GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU BUKAN KISAH CINTA BIASA-BIASA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Drama bersiri pukul 7 di tv3, ada yang Kecam pasal tv3 suka tayang drama adaptasi novel waktu maghrib... Memang mempengaruhi kot kan tu ada yang marah.. MF layan juga tapi takdelah sampai abaikan atau lengahkan maghrib tu... Kalau maghrib masuk.. solat je la dulu kan... Tak payah nak salah kan tv pula... Semua tu berkait dengan iman. 

Dah... Panjang merepek plak... Ok.. lepas drama Cinta Masam Manis habis, keluar drama adaptasi novel tajuk 7 Hari Mencintaiku... Persepsi awal drama ni mesti drama kena paksa kahwin je kan.. ala.. biasa-biasa la.. nanti pastu suka la kan... Itu anggapan MF pada awalnya..



Tapi sangkaan tu salah bila baca sinopsis.. owh... Sebelum tu meh baca sinopsis drama ni... 

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 
Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot. 
Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri. 
Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?


Nampak biasa sangat bila baca sinopsis kan... Tapi persepsi MF berubah terus bila MF mula layan drama ni secara online... Episod tengah baru MF layan drama ni... Yang awal tu memang skip je.. tak layan sangat... 

Tapi episod seterusnya dan seterusnya buatkan berbagai emosi bercampur baur dah... Tambah seronok drama ni bila ada partner dok layan sekali siapa lagi kalau bukan En.somi la... Haha.. dia pun dah terjebak layan drama ni... 

Sebenarnya yang buatkan kami suka layan drama ni sebab ianya bukan kisah cinta biasa... Tapi ianya membabitkan keluarga... Ya.. yang menguatkan drama ni jadi menarik sebab kisah kekeluargaan... 

Setakat ini 20 Episod dah berlalu dan banyak pengajaran dapat diambil dari drama ni.. banyak sangat... Terutamanya hal rumahtangga... Dan apa yang dipaparkan dalam drama ni secara realitinya memang ada dan terjadi... 

MF memang rasa, memang patut suami isteri layan drama ni untuk ambil pengajaran... Sebab ada kisah pasal tanggungjawab suami, perasaan isteri, kisah mak mentua... Tapi jangan tak solat maghrib... Kalau terlepas pun takpe.. boleh ulang tengok kat online.. paling tidak di YouTube pun ada.. 

Jadi, drama ni bukan drama cinta biasa... Menarik garapan drama ni.. tambahan lakonan yang menjadi dari pelakon utamanya buatkan drama ni jadi best dan real... 

Memang makan emosi betul layan drama ni... Sedih ada, romantik ada, geram pun ada... Sabar je la kan... Lagi dua minggu nak habis drama ni... Tak sabar nak tunggu kesudahannya dan nak tahu apa yang dimaksudkan dengan 7 Hari Mencintaiku. 

0تعليقات