GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Setiap Perbuatan Baik Itu Sedekah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ

Dari Jabir bin Abdullah radliallahu 'anhuma dari Nabi SAW beliau bersabda: "Setiap perbuatan baik adalah sedekah." (HR Bukhari No: 5562)

Setiap Perbuatan Baik Itu Sedekah!


Pengajaran:

1. Perbuatan yang baik sama ada yang dilakukan atau yang ditinggalkan (larangan) akan dicatat sebagai pahala sedekah.

2. Perbuatan yang baik sama ada yang kecil seperti berwajah ceria, menyapa khabar, membuang duri dijalanan, menyebarkan info berfaedah mahupun yang besar seperti bekerja mencari nafkah, membina pondok perlindungan, melaksanakan solat dan sebagainya dicatat ganjaran pahala. 

تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيْكَ لَكَ صَدَقَةٌ

Senyummu di muka saudaramu adalah sedekah bagimu (HR. Bukhari)

3. Meninggalkan larangan walaupun kecil sama ada melibatkan diri, keluarga, saudara Muslim juga bukan Islam, termasuk meninggalkan penyiksaan ke atas binatang – ia termasuk perkara baik yang mendatangkan ganjaran pahala. 

Marilah kita melakukan pelbagai amal kebaikan mengikut relung dimana kita berkemampuan. Semoga Allah menganjarkan pahala sebaiknya.  

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Bukan susah nak sedekah dan buat baik... Diam dan tak cakap perkara yang sia-sia itu juga satu sedekah... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ