div id='header-inner'>

KENAPA PERLU UNFRIEND KAWAN YANG NEGATIF???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biar tak ramai kawan jangan ramai musuh... Tapi berkawan di media sosial.. pada mulanya MF tak berapa memilih.. tapi sejak akhir-akhir ni, rasa lain pada diri... kena buat sesuatu... perlu bersihkan senarai kawan yang ada dimedia sosial... 

Baru-baru ni pun ramai la juga rakan di Facebook buat status untuk bersihkan rakan Facebook yang tak aktif.. MF tak kisah bab tak aktif, tapi yang dikisahkan aktif tetapi negatif.. 

Macam mana nak kenal rakan yang negatif di media sosial??? 

Antara ciri-ciri rakan negatif di media sosial ialah:

Selalu buat post negatif seperti:
  • Maki hamun orang
  • Meluahkan perasaan secara melampau.
  • Mengaibkan orang lain
  • Share sesuatu perkara yang tidak berfaedah
  • Mengumpat
  • Suka berbantah-bantah
  • Tidak suka mengalah
  • Merasakan dirinya sahaja betul dalam berhujah
  • Tidak suka dengan post yang baik
  • Mengejek jika orang post sesuatu yang baik
  • Berbangga dengan kejahatan yang dibuat.
  • Suka jika dipuji, tetapi akan mengeji jika orang tidak memuji mereka
  • Sukar menerima teguran.
  • Ego

Ni antara ciri-ciri rakan negatif di media sosial sama ada di Facebook, blog ataupun mana-mana media sosial yang lain... Jika ada antara rakan media sosial kita ada sifat sebegini... jangan teragak-agak untuk unfriend atau unfollow dia...sebab apa... :

Dalam sebuah hadis Rasululah saw menjelaskan tentang peranan dan kesan seorang teman dalam sabda baginda saw :

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi . Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

Hadis ini sangat popular dan selalu disebut bila berkaitan topik sahabat.

Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa dalam hadis ini terdapat bandingan teman yang soleh dengan seorang penjual minyak wangi dan teman yang jahat dengan seorang tukang besi.

Hadis ini juga menunjukkan keutamaan bergaul dengan teman solih dan orang baik yang memiliki akhlak yang mulia, sikap wara’, ilmu, dan adab.

Sekaligus juga ia mengandungi larangan berkawan dengan orang yang buruk akhlaknya, lebih-lebih lagi ahli bid’ah, dan golongan yang mempunyai sikap tercela yang lain” (Syarh Sohih Muslim 4/227)

Sebab itu, kita harus berhati hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan kita, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan dunia ini dan juga membantu kita diakhirat kelak.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Dalam riwayat lain Nabi saw bersabda “Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)


Jadi, jangan rasa bersalah untuk remove atau unfriend rakan negatif di media sosial. Bukan kita nak putuskan silaturrahim, tapi memang anjuran Nabi s.a.w untuk mencari rakan yang baik... Tambah pula.. kalau ada ego.. maknanya kalau kita berikan nasihat pun dia tak makan saman.. baiklah kita jauhi dia... kerana sedikit sebanyak sikap dia lama kelamaan akan pengaruhi kita. 

Sebagai pesanan kepada diri sendiri... Kita pun kena berusaha untuk jadi kawan yang positif kepada kawan yang lain.. Jangan sibuk nak unfriend orang sedangkan diri sendiri pun sama negatif... tak nak la camtu kan... maknanya, muhasabah diri.. moga kita tak tergolong dalam golongan yang negatif di alam maya ataupun alam nyata.

Catat Komen

7 Ulasan

  1. Assalamualaikum. Singgah melawat. nice sharing. Kalau kita fikir, hanya kerana sesuatu kita tak suka and then kita buang, bukankah kita turut sama negatif? Memang hak kita...tapi tidakkah tindakan yang berbeza tapi membawa maksud yang sama. Sedangkan kita xtahu masalah dia dan kita tak pernah tanya khabar dia...Ada seseorang yang berkata, kalau barang rosak jangan buang, repair. Kalau orang tu dah jadi rakan and tetiba kita buang hanya kerana rasa anoyying dengan status dia, kalau dia kecil hati macam mana? Dosa pula nanti...Hahaha... pening pula nak fikir :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fahamkan semula entry saya tu... Bukan sekali kita rasa annoying... Dia dh jadi kawan kita.. Kita muhasabah dgn sikap dan post dia... Adakah post dia sentiasa mmberi kebaikan kpd kita??? Kalau post dia asyik dgn mengutuk org..mengadu domba..mencari kesalahan org...mengumpat org... Dan kita pernah nasihatkan dia....di manakah positifnya dia... Dan kita tak mmp nk ubah dia...sdgkan dia dlm ego dia...mcm tu juga... Adakah kita negatif juga??? Ya.. Kita jadi negatif juga... Sbb sedikit sbyk akan terikut dgn rentaknya...sbgmana hadis Nabi s.a.w.... Apa pun terpulang kpd individu... Muhasabah diri...

      Padam
  2. betul sis, orang-orang macam ni memang kena unfriend...tapi kadang2 yg negatipnya kawan-kawan yg selalu ada kaitan dengan kita...payah sket lah kalau unfriend huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak nak unfriend.. Unfollow... Supaya perkara negatif tu tak lalu kat wall kita...

      Padam
  3. stju,,ida pun skrg nk unfriend kwn2 yg negatif ni...

    BalasPadam
  4. Sokong sis..
    Manusia cam nie yang banyak mempegaruhi orang lain menjadi negatif seperti dia juga..

    Jika kita hendak positif perlu bersama orang yang positif..

    Posting terbaru AM
    Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  5. asslmkm sis MF..
    sama la dgn kita. kalau kawan tu kerap sangat la tulis benda yang x elok, cakap bkn2..
    last2 mmng unfriend je..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)