بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
70 Dosa Besar Menurut Adz-Dzahabi, iaitu dipetik dari buku al-Kabair. Kitab ni pernah dikupas dalam rancangan cinta Ilmu di TV al-Hijrah, tapi tak habis... Jadi, MF nak kongsi secara ringkas, apakah 70 Dosa Besar yang disenaraikan oleh Adz-Dzahabi dalam kitab al-Kabair.
Baca >>> APA ITU AL-KABAIR<<<
Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Menurut az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam bukunya ‘Al-Kabaair’, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:
- Empat jenis di hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
- Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
- Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
- Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
- Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
- Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
- Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.
Maknanya, semua anggota badan kita ni berpotensi untuk melakukan dosa... sama ada kita sedar atau tidak.
Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.
Sumber: google images |
1. Syirik atau Menyekutukan Allah SWT
2. Membunuh manusia
3. Melakukan sihir
4. Meninggalkan solat
5. Tidak mengeluarkan zakat
6. Tidak berpuasa tanpa alasan yang kuat pada bulan Ramadhan
7. Tidak mengerjakan Haji walaupun berkemampuan
8. Derhaka kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan silaturahim
10. Berzina
11. Melakukan liwat atau homoseksual
12. Memakan riba
13. Memakan harta anak yatim
14. Mendustakan Allah SWT dan rasul-Nya
15. Lari dari medan perang
16. Pemimpin yang menipu dan kejam
17. Sombong
18. Saksi palsu
19. Meminum minuman beralkohol
20. Berjudi
21. Menuduh orang baik melakukan zina
22. Menipu harta rampasan perang
23. Mencuri
24. Merompak
25. Sumpah palsu
26. Berlaku zalim
27. Pemungut cukai yang zalim
28. Makan dari harta yang haram
29. Bunuh diri
30. Berbohong
31. Hakim yang tidak adil
32. Memberi dan menerima rasuah
33. Wanita yang menyerupai lelaki dan juga sebaliknya
34. Membiarkan isteri, anak atau ahli keluarganya yang lain berbuat keji dan memudahkan anggota keluarganya tersebut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
35. Menikahi wanita yang telah bercerai agar wanita tersebut kemudiannya boleh kembali berkahwin dengan suaminya terdahulu (perbuatan cina buta).
36. Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena hadas kecil seperti air kencing atau kotoran.
37. Riak atau suka membangga diri.
38. Ulama yang mempunyai ilmu tetapi tidak mahu mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain.
39. Khianat
40. Mengungkit-ungkit pemberian
41. Mangingkari takdir Allah SWT
42. Mencari-cari kesalahan orang lain
43. Menyebarkan fitnah
44. Mengutuk dan mendoakan keburukan untuk umat Islam
45. Mengingkari janji
46. Percaya kepada sihir dan nujum
47. Derhaka kepada suami
48. Membuat patung
49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50. Menggangu orang lain
51. Berbuat zalim terhadap yang lemah
52. Menggangu jiran tetangga
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Derhaka kepada hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
55. Melabuhkan pakaian bagi lelaki
56. Lelaki yang memakai sutera dan emas
57. Seorang hamba (budak) yang lari dari Tuannya
58. Sembelihan untuk selain dari Allah SWT
59. Seorang yang mengaku bahawa orang lain sebagai ayahnya.
60. Berdebat dan bermusuhan
61. Enggan menyedia dan memberikan kemudahan air
62. Mengurangi timbangan
63. Merasa selamat daripada kemurkaan Allah SWT
64. Putus asa dari rahmat Allah SWT
65. Meninggalkan solat berjemaah tanpa alasan yang kuat
66. Meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan yang kuat
67. Merebut hak warisan yang bukan miliknya
68. Menipu
69. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang lain
70. Mencela Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat baginda.
Allah juga berfirman, maksudnya,
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135)
Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya,
“Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Orang yang bergembira dengan dosanya, Allah berfirman maksudnya,
“Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah ayat 206)
Mereka yang berasa aman daripada azab Allah, Allah berfirman maksudnya,
“Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Mujadalah ayat 7)
Perbuatan maksiat secara terang-terangan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata:
Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi tauladan. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun.”
Semoga Allah menjaga kita dari terlibat dengan dosa-dosa ini. Sama-samalah kita memohon keampunan Allah jika kita telah melakukan dosa-dosa ini, baik secara sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amiin.
JIka direnung, memang dosa tu berlegar-legar disekeliling kita waktu ini, terutama zaman moden, teknologi dan penuh viral ini.. Muhasabah diri, agar kita tak terjebak dengan dosa besar ini lagi...
Untuk penjelasan kena la download e-book kitab al-Kabair yang pernah MF kongsikan >DI SINI<
subhanallah..kekadang tanpa kita sedar,di dalam kehidupan kita seharian pun,kita ada melakukan dosa besar kan..Moga Allah sentiasa membuka pintu taubatnya untuk kita..thanks sharing maria
BalasPadamMOGA KITA DIJAUHI DRPD MELAKUKAN DOSA KECIL R DOSA BESAR
BalasPadamsinggah pagi... :)
BalasPadamnieyl suka singgah blog nie (k)