GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Menelan Kahak Bagi Orang Yang Sedang Berpuasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semasa berpuasa memang biasa la kan banyak air liur terhasil. Jadi, timbul pula persoalan... boleh ke telan kahak atau air liur semasa sedang berpuasa?

Berikut MF kongsikan penjelasan hukum daripada Mufti Wilayah Persekutuan. Terdapat beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu ini:
Sumber: Google image

Pertama: Pendapat Mazhab Hanafi 

Di dalam kitab Hasyiah Ibn Abidin, penulisnya berkata:

لَو ابْتَلَعَ البَلْغَمَ بَعْدَمَا تَخَلَّصَ بِالتَّنَحْنحِ مِنْ حَلْقِهِ إِلَى فَمِهِ لَا يُفْطِر عِنْدَنَا

Maksudnya: Sekiranya seseorang menelan balgham (kahak) setelah dia selesai berdehem-dehem dari tekaknya menuju ke mulutnya maka perbuatan itu tidak membatalkan puasa di sisi kami (mazhab Hanafi). Rujuk Radd al-Muhtar, Ibn Abidin (2/400).



Kedua: Pendapat Mazhab Maliki

Para fuqaha Malikiyyah berbeza pendapat  kepada dua pandangan:

Balgham (kahak) yang keluar daripada dada sehingga ke taraf (bahagian) lidah lalu seseorang itu menelannya maka tiada qadha baginya (tidak membatalkan puasa) sekalipun dia mampu untuk meludahnya. Begitulah juga dengan hingus sekalipun ia telah sampai ke bahagian lidah dan seseorang itu sengaja menelannya maka tidak perlu qadha ke atasnya.


Pendapat yang dipegang oleh seorang tokoh mazhab Maliki iaitu Khalil yang mengatakan bahawa menelan kahak itu membatalkan puasa serta wajib qadha ke atas sesiapa yang mampu untuk meludahnya (kahak). Lihat al-Fawaqih al-Dawani (1/309).


Ketiga: Pendapat Mazhab Syafie

Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan:

النُّخَامَةُ إنْ لَمْ تَحْصُلْ فِي حَدِّ الظَّاهِرِ مِنْ الْفَمِ لَمْ تَضُرَّ بِالِاتِّفَاقِ

Maksudnya: Hingus sekiranya tidak sampai kepada bahagian yang zahir daripada mulut maka ianya tidak memberi mudharat (membatalkan puasa) secara sepakat. Lihat al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (6/319).

Manakala jika kahak atau hingus itu sudah sampai ke bahagian mulut lalu seseorang itu menelannya maka itu membatalkan puasa. Lihat Raudhah al-Thalibin, al-Nawawi (2/360).


Kesimpulan:
Setelah kami meneliti beberapa pendapat di atas, pendapat yang rajih di sisi kami adalah pendapat yang mengatakan menelan kahak atau hingus TIDAK MEMBATALKAN PUASA bagi orang tua yang sukar untuknya mengeluarkannya. Manakala bagi mereka yang mampu untuk mengeluarkannya hendaklah dia berusaha melakukannya. Inilah sebagaimana pendapat dalam mazhab Imam Abu Hanifah, sebahagian fuqaha Malikiyyah dan juga pandangan para fuqaha yang lain.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Jadi, kahak kena buang jika boleh buang.. jangan sengaja telan. Kecuali orang tua yang jenis banyak kahak dan air liur di maafkan. 

4Ulasan

  1. ekin kalu kahak memang xtelan terus p buang.. macam sekarang ni tengah batuk

    BalasPadam
  2. Time solat lagi seksa nak buang.. ikut Mazhab Syafie, kalau dah berkumam dalam mulut, tak leh telan, kang batal solat, nak ludah, orang kiri kanan, haru.. hehe

    BalasPadam
  3. terima kasih cikgu kongsi ilmu ini..semoleknya buanglah kahak tu..

    BalasPadam
  4. fae kuat berkahak masa puasa ne. rimas betul >.<

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ