GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Didik Anak Jadi Penyayang Melalui Binatang Peliharaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramai nak anak yang pandai dan bijak, tapi jarang ibu bapa tekankan bab nak mendidik hati anak-anak kecil... 

Nak didik anak kecil perlu juga didik dari hatinya... Supaya ada sifat sayang, lembut hati dan kasih pada orang atau makhluk Allah yang lain... 

Sifat ni penting untuk elakkan anak-anak dari bersifat agresif, kasar, ganas dan nakal.. Bila ada sifat sayang dalam diri mereka... Insya Allah.. Mudah lembut hati bila kita didik mereka... 

Salah satu kaedah MF dan suami buat ialah mendidik anak-anak menjadi penyayang melalui binatang peliharaan. 

Ada yang tahu, MF alergik pada kucing... Mf tak boleh bela kucing... Jadi, kami buat pilihan nak bela arnab... Suami belikan anak-anak arnab ni kat pasar... Kebetulan masa nak beli lauk pauk, ternampak seorang pak cik jual anak-anak arnab ni... Selepas berbincang... Kami setuju nak beli... 



Kami beli sepasang... Seekor untuk kakak dan seekor untuk adik... Bukan main suka bila tengok arnab tu hari-hari... Nampak makin bersemangat dan lembut hati si kakak dan adik ni... Mudah ditegur dan touching... Kurang sikit perangai kasar diorang tuh... 

Mendidik anak melalui binatang peliharaan..  Perkara ni juga ditekankan oleh ibu bapa MF satu ketika dulu... Bapa MF bela lembu, mak pula bela ayam.. Jadi, selain untuk tambah pendapatan... Ianya juga bertujuan mendidik hati anak-anak supaya bersikap penyayang kepada binatang dan orang lain... 

Insha Allah... Anak mudah dididik dan dilentur bila hatinya lembut. Selain tu, elakkan anak-anak dari gadjet game yang ganas... Drama atau filem serta kartun ganas... Memang ini antara kaedah kami untuk anak jadi kasar dan ganas... 

Bab didik anak kena mula dari awal.. Bukan tunggu dah besar baru nak didik.. Melentur buluh biar dari rebungnya..  

2تعليقات

  1. Nieyl bela 6 ekor kucing :)
    singgah pagi isnin ♥

    ردحذف
  2. sebab tu saya bela kucing..masa anak pertama dulu tak bela ..dia memang lain sikit..agak penting kan diri sikit..lain dengan adik.walaupun suka mengusik tapi adakalanya dia nak di peluk ,kadang2 dalam kereta pun nak kakak peluk.dengan kucing pun nak peluk..heheh

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ