GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha' dan qadar. [HR Riwayat Abu Naim]

Pengajaran Hadis:
  1. Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.

  2. Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.

  3. Sifat dengki itu ialah ˜apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya'. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.

  4. Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah (puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.

  5. Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.
Berusaha untuk tidak menjadi miskin, maknanya bukan bermakna kena kaya. Hadis ini juga menangkis bahawa dakwaan sesetngah orang mengatakan kaya tu tak bagus.. dan juga menolak salah faham terhadap sifat zuhud. Zuhud bukan bermakna menolak kekayaan... Berapa ramai para sahabat yang jutawan seperti Abdul Rahman bin 'Auf yang kaya tetapi zuhud. Beliau gunakan kekayaan yang ada dengan infak dan membelanjakan harta ke jalan Allah. 

Berusahalah kita untuk tidak miskin... kerana Islam melarang kita meminta-minta. Seperti dalam hadis:

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda “Bukanlah (yang dikatakan) miskin itu seorang yang rela menerima pemberian satu atau dua biji tamar, satu atau dua suap makanan, sesungguhnya orang miskin yang sebenarnya ialah yang tidak meminta-minta daripada orang lain walaupun dia berhak menerima sedekah”. 
 
Di dalam riwayat as-Sohihain, “Bukanlah yang dikatakan miskin itu seorang yang meminta-minta daripada orang lain dan yang menerima sanak atau dua makanan, sebiji atau dua biji tamar diketahui, tetapi orang misin yang sebenarnya ialah yang tidak memperolehi kekayaan untuk memenuhi keperluannya, tidak diketahui pula kemiskinannya untuk diberi kepadanya sedekah dan tidak pula dia pergi meminta-minta kepada orang”.

Huraian Hadith: 
  • Antara sifat seseorang yang diiktiraf miskin oleh Islam adalah tidak mempunyai sesuatu apa pun untuk keperluan hidupnya dan tidak pula menunjukkan kemiskinannya kepada umum dengan cara meminta-minta.
  • Islam mengakui kemiskinan yang wujud dalam masyarakat dan ia akan dapat dihapuskan dengan pertolongan orang-orang kaya dengan mengeluarkan sedekah dan sebagainya.
  • Dalam hadis ini dinafikan kemiskinan daripada meminta, kerana seorang peminta akan diberi apa yang boleh mencukupi atau lebih daripada itu diberi zakat. Orang yang tidak meminta maka keadaannya diketahui kerana itu kekal kemiskinan dan keperluannya.
sumber: Jakim

0Ulasan