GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tarbiah Sentap | Allah Akan Uji Dengan Sesuatu Yang Kita Lemah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ALLAH akan UJI kita dengan benda yang PALING kita LEMAH:

1) Mungkin kau bab-bab solat jemaah ni kau okay. Dapat pergi surau 5 waktu semua. Tapi, jangan ingat kau hebat.
Mungkin kau tak lemah bab solat jemaah, kau lemah bab tak boleh tahan nafsu dengan perempuan. Maka, Allah akan uji kau dengan PEREMPUAN!

Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Ikhtilat, cinta, couple, video lucah dan sebagainya? Selagi kau tak settle bab tu, kau jangan rasa kau hebat dan jangan sesekali puas!

2) Mungkin, bab-bab tutup aurat sempurna, pakai tudung labuh semua, kau okay. Tapi, jangan ingat kau hebat.
Mungkin kau tak lemah bab-bab aurat. Tapi, kau lemah bab obsess artis! Maka, Allah akan UJI kau dengan artis!

Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Kpop, Justin Bieber, One direction, Lee Min Ho, drama korea jepun bagai. Sebab tu, ramai je orang tudung labuh, tapi bab ni tak settle. Selagi kau tak settle bab ni, jangan ingat kau hebat, dan jangan sesekali puas!!

3) Mungkin, kau, bab-bab akhlak semua kau okay. Akhlak kau baik, sopan, pemaaf, peramah dan sebagainya. Tapi, bab aurat kau lemah. Maka, Allah akan uji kau bab aurat!

Sejauh mana kau boleh tutup aurat sempurna? Tudung labuh tutup dada dan bahu, takde senggul, tak jarang. So, jangan mendabik dada dan puas dengan akhlak kau. Kerana tu bukan kelemahan kau!

4) Mungkin kau ni lelaki yang langsung tak tergoda bila tengok perempuan-perempuan seksi. Kau langsung tak tertarik. Soleh la katakan. Tapi, seperti biasa, Allah akan uji dengan benda yang kau lemah! Maka, Allah akan datangkan perempuan yang bertudung labuh sempurna untuk hancurkan kau!

Sebab tu wujud post-post kat FB dan twitter lelaki yang bajet soleh, yang berbunyi:

"Subhanallah! Sejuknya mata memandang wanita bertudung labuh. Moga kalian istiqomah!!"

"Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tenang hati melihat perempuan-perempuan bertudung labuh ni....."

Hancor! Tudung labuh ke tak, tunduk pandangan la kawan!

=====

Banyak lagi contoh.

Tapi, masing-masing ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain, kerana kita mampu buat perkara tu kerana itu bukan kelemahan kita!

Orang yang beriman, adalah, dia mampu atasi segala ujian yang Allah beri, termasuklah mengatasi ujian menyelesaikan segala kelemahan-kelemahan yang kita ada.

Jangan pernah rasa hebat bila kita tak melakukan kesalahan spt org lain sbb tu bukan kelemahan. Jgn pernah rasa hebat sbb hakikatnya kita tak pernah sempurna.

Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita lemah.
# notetoself
# ramadhankareem
# madrasahramadhanmendidikjiwa

Sumber: Facebook

6تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ