GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bila Kita Disyariatkan Berpuasa???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images 

Sambil ulangkaji tajuk nak mengajar minggu depan... Terjumpa pula pasal sejarah puasa kat dalam buku rujukan MF ni.. Alang-alang baca.. Meh kita kongsi bersama kan.. Boleh kita recall ilmu agama sikit petang ni kan..

Bila kita disyariatkan berpuasa???

Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan difardhukan pada bulan Syaaban tahun kedua setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Sebelum itu, puasa telah diamalkan oleh umat sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad SAW.

Berikut ialah firman Allah SWT yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah, ayat 183)

Walau bagaimanapun, kewajipan puasa di bulan Ramadhan tidak pernah disyariatkan kepada umat terdahulu. Persamaan yang wujud antara umat Nabi Muhammad SAW dengan umat yang terdahulu ialah puasa yang disyariatkan. Namun begitu, kefarduan puasa di bulan Ramadhan hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Puasa Asyura
Hari Asyura ialah hari yang kesepuluh dalam kalendar Islam, iaitu pada 10 Muharam. Nabi Muhammad SAW melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda mendapati bahawa kaum Yahudi turut berpuasa pada Hari Asyura. Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajipan kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa a.s. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa 10 Muharam sebagai amalan sunat dan bukan lagi atas dasar kewajipan. 

Jadi, puasa bukan sesuatu yang baru bagi kita... Umat terdahulu pun beepuasa... Bahkan kaum Yahudi dan Nasrani juga berpuasa...cuma bezanya... Puasa Ramadhan yang dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW ni ada tempoh masa tertentu serta ganjaran tertentu bagi orang yang berpuasa sebulan. 

Alhamdulillah...  Tambah ilmu lagi pasal puasa hari ini... 

2تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ