GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Penjagaan Rambut Bertudung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Bertudung bukan bermakna boleh biarkan rambut kita begitu sahaja tanpa penjagaan yang rapi dan sempurna... Sebab adakalanya kita berhadapan dengan mahram tanpa mengenakan tudung.. Pasti mahram kita tak selesa jika rambut kita kusut masai dan tak terurus... Jadi, penjagaan rapi perlu walaupun bertudung litup...

1)  Basuh Rambut Secara Teratur
Elakkan dari basuh rambut dengan kerap. Memadai dengan membasuh rambut setiap dua hari sekali. Langkah terbaik, pilih syampu yang mempunyai rumusan penjagaan rambut yang semula jadi. Aplikasikan juga pelembap rambut selepas selesai bersyampu.

2)  Jangan Pakai Tudung Ketika Rambut Basah!
Ini satu kesalah besar. Elakkan daripada mengenakan tudung ketika rambut kamu masih dalam keadaan basah atau lembap. Ia boleh menyebabkan rambut kamu berbau dan kering. Jika perlu, gunakan sahaja pengering rambut dalam suhu yang rendah untuk mengeringkan rambut dengan lebih cepat.

3)  Elak Pakai Tudung Gelap
Sama seperti baju yang kamu pakai, tudung  yang berwarna gelap juga berpotensi untuk menyerap haba yang lebih besar. Jadi, elakkan daripada mengenakan tudung yang berwarna gelap kerana haba yang diserap juga boleh memberi efek yang tidak pada terhadap rambut.

4)  Pilih Fabrik Tudung
Kalau boleh, gunakan tudung daripada fabrik yang lembut kerana ia boleh menyegarkan rambut  kamu. Pada masa sama, rajin-rajinkan diri untuk bertukar tudung bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan bau yang kurang menyenangkan pada rambut.

5)  Elak Pakai Tudung Gelap
Sama seperti baju yang kamu pakai, tudung yang berwarna gelap juga berpotensi untuk menyerap haba yang lebih besar. Jadi, elakkan daripada mengenakan tudung yang berwarna gelap kerana haba yang diserap juga boleh memberi efek yang tidak pada terhadap rambut.

6)  Tudung Praktikal
Sebagai seorang remaja, pastinya kamu mempunyai jadual harian yang padat. Jadi, pakailah tudung yang praktikal dan usah pakai tudung yang terlalu ketat atau sarat dengan aksesori manik kecuali jika kamu perlu menghadiri majlis makan malam bertema.

7)  Rehatkan Rambut
Sama seperti badan, rambut juga perlukan rehat yang secukupnya. Rambut juga perlukan nafas untuk pengaliran darah yang baik pada kepala. Secara tidak langsung, ia juga akan membuatkan rambut kamu kekal sihat.

8)  Makanan Sihat
Pilih dan banyakkan pengambilan makanan yang mempunyai rendah lemak dan kaya dengan protein, vitamin B-6, B-12, dan C, serta zat besi kerana khasiat tersebut mampu menutrisi rambut dengan semula jadi. Kacang-kacangan, bayam, pisang, juga dapat menguatkan akar rambut.

9)  Rajin Sisir
Pada masa sama, rajinkan diri untuk menyisir rambut kamu empat kali sehari. Tetapi ingat, jangan sisir rambut dengan terlalu kasar kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur atau putus. Memadai dengan sisir secara lembut. Pakai jari pun boleh!

10)  Potong Rambut
Bagi yang bertudung, kamu digalakkan untuk memotong rambut lebih pendek kerana memudahkan proses penjagaannya. Selain memudahkan penjagaan, cara ini juga boleh mengurangkan masalah rambut gugur. 

Nak rambut cantik dan tak banyak masalah.. memang patut bertudung... rambut yang bertudung dan tak bertudung lebih mudah dijaga.. sebab rambut yang sering terdedah dengan sinaran UV, habuk, debu dan pencemaran alam..lebih mudah rosak... Lihatlah bagaimana Islam itu amat prihatin dengan penjagaan kecantikan dan kesihatan manusia kan... Hukum Allah tu banyak hikmahnya... cuma kadangkala kita yang tak ketahuinya... :)

3تعليقات

  1. elakkan basuh rambut dengan kerap?
    means mandi tak payah basuh rambut or cuci rambut dengan syampu?

    saya setiap hari mandi, mesti basuh rambut sekali... kalau syampu tu dalam 2 hari baru syampu..

    ردحذف
  2. erk...3 dan 5 tu sama je maria..hehehe...kalau bekerja akak cuma basahkan pada waktu balik mandi petang je..Pagi memang tak basahkan sbb nak pakai tudung kan..by the way,thanks sharing tips ni maria

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ