Hudud Oh Hudud!

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Isu besar ni sekarang ni kan... sampaikan effectnya sampai kat budak sekolah juga... Semalam lepas bagi latihan kat pelajar... MF tanda buku kat meja... Sekali ada pelajar datang... ustazah, hudud tu macam mana??? Tersenyum je MF.. hehe... Lepas tu dia tanya lagi... Ustazah, kat Kelantan je kan hudud dilaksanakan.. kat Malaysia belum kan... MF angguk je.. MF tanya semula.. kenapa??? Kalau Malaysia laksanakan hudud kenapa??? Uishhh,,, kalau Malaysia buat, kami nak lari la ke negara lain.. Hahaha... tergelak MF dengar jawapan tu.. Dah kenapa nak lari pula.. ishh.. takut la ustazah... nanti kena tuduh mencuri, kena pula potong tangan... 

MF pun mengeluh... alahai kamu ni.. meh sini, ustazah terangkan... Baru muqaddimah nak terang, loceng berbunyi.. tak dapat la nak terangkan habis... diorang dah kecewa... hehe.. Mereka nak tahu sangat pasal hudud ni rupanya... dan MF pasti ramai juga kita kat luar sana, tak faham pasal hudud kan... 

Alhamdulillah.. MF syukur sangat, ilmu MF belajar kat Universiti dulu, MF nak kongsikan sikit dengan semua... Masa tesis Sarjana Muda akhir, MF buat pasal hudud mencuri... 

Memang banyak sangat ilmu pasal hudud MF pelajari... Dan barulah MF tahu, bahawa hudud ni rahmat Allah untuk kita... 

Secara kasarnya, memang nampak hudud tu kejam.. sebab mencuri potong tangan, zina kena sebat, kena rejam sampai mati... murtad je pancung... Tapi sebenarnya, nak melaksanakan hukuman tu bukan sesuatu mudah... banyak syarat, banyak prosedur dan banyak tatacaranya yang ulama-ulama fiqh dah bahaskan... 

Secara dasarnya.. MF kongsikan... ilmu fiqh jenayah Islam:

Fiqh jenayah (فقه العقوبات) ialah undang-undang jenayah mengikut Syariat Islam. Jenayah menurut fuqaha' adalah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Pentakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman Qisas atau Diyat.

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jenayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman mengikut al-Quran:
  • Hudud
  • Qisas
  • Diyat
  • Takzir

Manfaat pengajaran fiqh jenayah
  • Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
  • Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
  • Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
  • Berhubung dengan keamanan Daulah Islamiyah dan menyelenggarakan keselamatan diri.
  • Berhubung dengan pembunuhan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam Daulah Islamiyah.
Tujuan fiqh jenayah
Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir diperuntukkan dalam qanun fiqh jenayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
  1. Menjaga agama - iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.

  2. Menjaga nyawa - iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman Qisas atau Diyat.

  3. Menjaga akal fikiran - iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat.

  4. Menjaga keturunan - iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam.

  5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak.
Sumber: Wikipedia

Ini secara asas je... ilmu pasal fiqh jenayah Islam... Dalam melaksanakan hukuman hudud banyak prosedurnya... misalnya.. hukuman mencuri... perlu tengok pada jenis barang dicuri, cara disimpan, pemilikan barang... syarat barangan... orang yang mencuri... Kemudian dilihat pula dari sudut nilai barangan yang dicuri... Perlukan saksi... dan setiap saksi tu ada syarat-syaratnya pula... Memang ada syarat-syaratnya... bukan mudah nak laksanakan sesuatu hukuman dalam Islam... sebab hukum Islam, bukan nak menghukum... tapi mendidik... 

Carilah buku-buku fiqh jenayah Islam yang sahih... dan belajarlah tentang hudud dengan guru yang faqih... Agar kita lebih faham.. bahawa Islam ni indah sangat... Hukum yang Allah tetapkan tu adil.. Hukum hudud, tak perlu takut kalau kita bukan peminum arak, bukan pencuri, bukan penzina dan kekal dalam Islam kan... Tak perlu takut kalau tak salah.. 

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. al-hamdulillah ;)
    kenapalah hukum Allah depa nak tolak , sedangkan nama jer ISLAM tp takut ,depa nak lari kat mane !!!ni laaa contoh simple , puasa nak , raya nak tapi sembahyang 5 waktu tak nak ... macam-macam

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing Maria.. bole tak Maria bagi cadangan buku2 yang bagus(detail dan jelas) untuk dibeli dan baca tentang ini?

    BalasPadam
  3. Saya sokong sepenuhnya hukum hudud...tapi sedih apabila orang islam sendiri ada yang menolaknya tanpa cuba nak memahaminya...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !