GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Minuman Oat BG-22 Bantu Turunkan Paras Kolestrol dalam Darah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kolestrol dalam darah satu ancaman dan punca kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia, iaitu sakit jantung... Memang bahaya.. orang yang kurus, jangan ingat sihat dan tak boleh kena sakit jantung... Sebab kolestrol dalam darah ni hanya boleh dikesan melalui ujian darah. 

MF pernah juga buat, tapi dah lama.. tapi suami pernah buat akhir tahun lepas ujian darah... dan nyata, tinggi paras kolestrolnya... hinggakan doktor minta rujuk ke hospital pakar. 

Memang bahaya... tambah merisaukan bila si suami mengadu sakit dada, dan cepat letih.. Isteri mana la tak risau kan... 

MF balik kampung tahun lepas, MF saja sembang dengan bapa MF... Bapa MF ni pernah diserang sakit jantung... namun, Alhamdulillah tak kronik... Paling MF tak boleh lupa, bapa MF kena tu ketika tarikh MF nak konvo di UTM... memang MF konvo tanpa ditemani keluarga.. ishk3... sedih betul... tapi takpe lah.. redha..sebab itu perancangan Allah kan... pasti ada hikmahnya.. 

Akhirnya buat rawatan..masukkan spring ke dalam saluran yang tersumbat.. dan kini, bapa MF kena amalkan pemakanan sihat yang kurang lemak dan garam. Di samping tu, bapa MF amalkan Oat dan juga susu yang kaya Omega 3. 

Bila cerita pasal suami MF, bapa MF suruh la beli minuman Oat BG-22 ni... minuman oat untuk kesihatan jantung dan menurunkan kolestrol dalam darah... Tengok testimonial bapa MF sendiri je la kan.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kesihatan bapa MF makin baik..dah boleh kayuh basikal, menoreh, menebas... biasalah.. bapa MF jenis orang yang aktif dan tak reti diam kan.. ada je kerja nak dibuatnya... Alhamdulillah... lepas amalkan oat tu... paras kolestrolnya makin menurun... 

Semalam MF carilah minuman Oat yang bapa MF cadangkan tu... Kami cari kat kedai kesihatan di KL Festival City... Alhamdulillah.. ada jual kat kedai yang sederet dengan Secret Recepi... Terus beli la semalam... Harganya satu tin RM58.00... memang mahal la kan... tapi untuk kesihatan, itulah satu pelaburan... takde makna kalau sayang duit tapi sakit kan... 

Cara nak minumnya mudah je... Campurkan Oat ni.. dalam jus buah, susu soya, susu atau minuman kegemaran kecuali yang berkafein tinggi lah... Pengalaman MF pernah minum herbalife, jadi, untuk jaga keasliannya dan supaya zatnya tak tercemar, bancuh dalam air sejuk atau air yang tak panas... dan gunakan sudu plastik.. Sedap juga campur dengan air oligo susu... semalam dah buat la juga segelas... Sedap.. dan bestnya..perut rasa kenyang... Jadi, sesuai untuk orang diet juga la ni oat ni.. 

MF nak tengok la kesannya lepas habis satu tin ni... Lepas dua minggu nak pergi cek paras kolestrol... JIka berkesan, memang MF akan konsisten la amalkan Oat BG-22 ni... 

Oat BG-22 ni, ada halal Malaysia ye..dan rupanya macam serbuk... dan mudah larut... berbanding Oat lain.. BG-22 ni senang nak diamalkan sebab bancuh je dalam minuman kegemaran kita kan... terus minum... kalau nak makan oat betul sebagai sarapan tu.. memang tak la kan... hehe.. 

MF kongsikan juga resepi Oat untuk makanan bayi:

Makanan feveret adik... Oat + kurma dan juga Oat + Pisang... Cara nak sediakan mudah je... Blend kan kurma segera cepat masak hingga halus... kemudian, masukkan air panas dan lenyek bersama kurma atau pisang... siap!  sedia untuk dimakan oleh si comel anda... Biasa MF blend dan simpan dalam bekas kedap udara.. nak guna bancuh je... macam nestum tu lebih kurang kan... tapi yang ni sihat berbanding makanan segera untuk bayi tu... Oat ni juga MF bawa ketika travel... Bawa oat dah dikisar, dan kurma... dan boleh bancuh je bila nak beri adik makan... 


Kebaikan oat untuk kesihatan:
Kerap makan oat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah. Oat mengandungi beta glukan yang merupakan serat larut yang membantu menyerap kolesterol daripada badan semasa penghadaman. Kandungan karbohidratnya digelar "Frukto-oligosakarida" mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus. Dengan jantung dan saluran penghadaman yang dijaga dengan baik, kita mengambil langkah yang lebih sihat berbanding mereka yang mengambil kurang bijirin penuh. (sumber)

Insha Allah, next time MF kongsikan pula keberkesannya ya... 


Nota:
Umur meningkat, penyakit pun banyak yang nak datang melekat... jadi, kena mulakan fikirkan sesuatu untuk kekal sihat... kadang luaran nampak sihat.. dalaman??? hmmm... 

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ