GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Atasi Bau Badan!

Tips Atasi Bau Badan!
sumber: google images

Petua Atasi Bau Badan!

1. Guna limau

Ketika mandi, gosokkan bahagian ketiak dengan hirisan limau purut atau limau nipis.

Mandi air perahan limau purut atau limau nipis yang dicampurkan dengan air putih

2. Guna kapur makan

Usah menyembur minyak wangi pada baju kerana ini akan membuatkan bau badan semakin kuat. Sebaliknya sapukan sedikit bancuhan kapur makan pada bahagian ketiak.

3. Mandian Anti Bakteria

Pilih mandian yang mempunyai anti bakteria. Ini dapat menghalang bakteria membiak yang menjadi punca bau badan.

Jangan sesekali memakai pakaian lembap kerana ini menyebabkan bakteria membiak.

4. Deodorant 

Pilih deodoran yang bersesuaian. 

5. Amal petua tradisional 

Petua orang lama, ketika mandi dalam keadaan mencangkung gosokkan ketiak pada lutut. Atau gosokkan belakang tangan di bahagian tulang punggung,seterusnya gosokkan bahagian ketiak. Ulangi langkah ini sehingga bau hilang, kemudian barulah badan disabun dan dibilas bersih.

6. Daun jambu batu

Tumbuk daun jambu baru sehinggga lumat, jadikan sebagai lulur. Gosokkan pada seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah kangkang. Biarkan 10-15 minit, bilas dengan air bersih. Lulur daun jambu baru bukan sahaja menhilangkan bau badan malah dapat juga menjadikan kulit licin dan lembut.

7. Mandi dengan kerap


Mandi dengan kerap dan pakai pakaian bersih dan pilih material yang menyerap peluh dengan baik.

Sumber: Karangkraf

3تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ