GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kesan dan Pengaruh Maksiat!


Apakah yang dimaksudkan dengan maksiat??? Biasanya yang orang faham maksiat tu berkhalwat, berzina, couple dan sebagainya... itu yang dikatakan maksiat... Maksud maksiat ialah:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

a) Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.

b) Jenis-jenis maksiat :

i.  Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.

ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.

c) Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat.

Kesan dan pengaruh maksiat menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:
  1. Terhalang dari mendapat ilmu
  2. Terhalang dari mendapat rezeki yang murah.
  3. Merasa jauh dari rahmat Allah.
  4. Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia.
  5. Segala urusan menjadi sukar dan sulit.
  6. Hati menjadi gelap.
  7. Terhalang dari melakukan ketaatan.
  8. Boleh memendekkan umur seseorang.
  9. Mengheret kepada kemungkaran yang lain.
  10. Melemahkan ransangan ketaatan.
  11. Merasa bangga dengan maksiat.
  12. Mendapat penghinaan Allah.
  13. Menganggap kecil terhadap maksiat kepada Allah.
  14. Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa.
  15. Menyebabkan kehinaan dalam kalangan manusia.
  16. Boleh melemahkan akal fikiran.
  17. Menyebabkan hatinya tertutup dan mati.
  18. Boleh mengundang banyak laknat.
  19. Terhalang dari mendapat doa Nabi dan malaikat.
  20. Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
  21. Boleh menghilangkan banyak nikmat.
  22. Boleh mengabaikan diri sendiri.
  23. Merasaakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit.


Justeru, maksiat ni bukan orang berkhalwat atau bezina... maksiat termasuk juga mengutuk, mengata, merendah-rendahkan orang lain.. maksiat mata, hati, serta anggota badan yang kita tak sedari... 

Renungkanlah... apa maksiat kita lakukan hari... maka, istighfarlah... 

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang didalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS.Ali’Imran: 135-136).

3تعليقات

  1. alhamdulillah.. terima kasih atas entri yang bermanfaat ini... sebagai peringatan kita semua

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html

    Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.

    - Mia Liana -

    ردحذف
  2. semoga kita dijauhkan dari melakukan perbuatan2 yang tidak baik..

    ردحذف
  3. Banyak nye kesan tak baik..
    Makin jauh hatinya dari mengingati Allah.

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ