Lelaki kena tahu, perempuan memang kuat membebel...
Bebelan seorang perempuan tu tanda dia prihatin dan sayang...
Wanita memang diciptakan banyak cakap... Kalau tak caya tengok aje anak perempuan dan anak lelaki, anak perempuan lagi cepat dan banyak cakap berbanding anak lelaki... (majoriti bukan semua) ...kerana itu memang fitrahnya...
Jadi, bebelan perempuan tanda dia sayang... Jangan mengeluh, tapi fahamilah...
Ikutilah kisah ini sebagai pedoman kita bersama...
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.
Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.
Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.
Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,
“Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab,
“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Saidina Umar tersenyum lalu berkata,
“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan “senyap” sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.
Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.
Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.
Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.
Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).
Wallahu a’lam.
Posted via Blogaway
betul, org pompuan membebel tande caring die... :D
ردحذفhahahha ada lelaki suke wanita membebel nie
ردحذفlumrah hidup allah bagi pro and kontra ;)
inilah indah dunia ciptaan allah
betul2..perempuan akan membebel banyak pada lelaki..
ردحذفsemoga dipermudahkan..
ردحذفsuami yg baik "halim" sabar sifatnyaa :)
ردحذفtak dinafikan, sejak kahwin ni memang suka membebel..hubby layankan je..hee..salah satu keceriaan juga :)
ردحذفisteri membebel bkn isteri bnci nak kurg ajar tp sygkan suami
ردحذفLya kurengg sikit bab2 membebel ni ...Lya tak berapa suka nak bebel membebel sebab suami setakat ni mmg ok anak2 pon ok tak perlu nak bebel2 sangat hehehehe....... Sesekali membebel jugak tapi kejap jer
ردحذفMasa kecik saya x banyak cakap.
ردحذفBila dah kawen yang mula babbling ni.
Banyak bende salah buat banyak kali walaupun dah tegur..macam mana x bebel?