Sebelum ni kita tak pernah kisah kat mana nak letak handphone... kadang sampai ke dapur bawa handphone sebab nak snap gambar lepas tu letak je dekat periuk atau dapur gas... kini kena alert kat mana kita letak handphone kita... 

1. Jangan Simpan Dalam Poket Seluar 
Sebagai pengguna telefon bimbit lelaki biasanya kita selalu menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar namun kajian mengatakan elektrostatik & elektromagnetik yang dihasilkan telefon bimbit boleh membuat lelaki menjadi mandul, dan mengundang tindak balas yang tidak baik pada anda. Selain itu jika kita jika kita lupa meletakkan telefon bimbit di dalam seluar silap-silap telefon bimbit tersebut boleh juga termasukan ke dalam mesin cuci pakaian.

2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik
Jangan simpan telefon bimbit anda dekat dengan barang elektronik lainya seperti di dekat TV, laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat telefon bimbit kesayangan anda menjadi rosak.

3. Dilarang Dekat Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon bimbit yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah.

4. Jangan Diletakkan Dekat Komputer
Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini amat anda sayangi. Sebaiknya jangan diletakan terlalu hampir diantara keduanya.

5 Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar
Pasti anda berfikir dengan meletakkan telefon bimbit dekat dengan gas boleh membuat gas meletup. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon bimbit berada dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan baik.

6. Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta Berkunci
Meninggalkan atau meletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kecurian selain mungkin, telefon bimbit anda akan dicuri dan kereta anda mungkin akan dirosakkan.

Kesemua tempat tersebut mungkin tak bagi kesan jangka masa pendek, tapi jika amal selalu mungkin akan beri jangka masa panjang kan... jadi elakkan itu yang terbaik.. sma-sama beringat...

9 تعليقات

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. salam. heheehe sy main hamtam ja letak mana+ :D...nice sharing sis :)

    ردحذف
  2. Za selalu letak dekat laptop..wah bahaya ni..tq share .

    ردحذف
  3. No 4 tu selalu buat..he..he. Nway thanks Maria for info..

    ردحذف
  4. Semua tu kebiasaan yang selalu kita buat ..Lya pon sama ..main eltak jer kadang2 atas peti ais pon jadik huhuhuhu......Selalu en hubby ingatkan jgn letak ats peti ais ..

    ردحذف
  5. macam selalu pulak meletakkan di tempat yang tak sepatutnye ni =__='

    ردحذف

إرسال تعليق

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

أحدث أقدم