Petua Bersihkan Seterika!

Maria Firdz
16
sumber: google images

Seterika yang biasa kita guna lama-lama akan jadi gelap dan kadang-kadang melekit dan melekat pada pakaian. Leceh kan camni.. Terutama kalau gosok baju putih, kesan kadang-kadang melekat... Dah tak cantik seterika kita... Jadi, ada beberapa petua mudah kita boleh cuba buat untuk hilangkan kesan hitam pada seterika. 

1. Daun Pisang
Ambil daun pisang tua, yang masih basah dan hijau. Buka seterika dengan kepanasan sederhan dan gosokkan permukaan seterika berulang kali hingga seterika terasa licin.

2. Garam
Bahan yang  diperlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap. (sumber: karangkraf)

3. Kertas pasir halus
Gosok permukaan seterika menggunakan kertas pasir yang paling halus. Gosok tanpa panaskan seterika terlebih dahulu.

4. Daun mempelas
Ni kaedah orang dahulu bagi yang tiada kertas pasir. Boleh gunakan daun mempelas dan gosok permukaan seterika berulang kali secara perlahan-lahan dan sekata.

Mudah dan senang. Selamat mencuba. 

Tips:
  1. Jangan seterika jenis kain sintetik bergetah seperti kain lycra.
  2. Panaskan seterika dengan kepanasan sederhana sebelum laraskan ikut jenis kain semasa seterika.
  3. Cuba gosok pada permukaan papan seterika sebelum gosok terus pada pakaian. 


Tags

إرسال تعليق

16 تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. waaa best jugak petua ni..blh try nnt kt umh
    jemput ke blog i
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ردحذف
  2. wah boleh pakai tips ni...boleh cuci iron kt rumah ni..:P

    ردحذف
  3. tq for sharing..pas ni nak check kat bawah iron lak..hihihi..biasa SB main bedal je, tak check apa pon..

    ردحذف
  4. Kalau kat rumah, selalu guna petua daun pisang tue. Petua lain tak pernah cuba sebab petua daun pisang tue dah berkesan. :D

    ردحذف
  5. pernah cuba yg garam tu.alas dgn surat khabar atsnya.mmg licin habis seterika lepas tu.

    ردحذف
  6. Bab garam tu tu baru saya tahu.. thanks sharing..

    ردحذف
  7. Boleh pakai garam je rupanya... Terimakasihlah berkongsi info.

    ردحذف
  8. Boleh try nanti ni..garam tu gosok dengan kain ye.

    ردحذف
  9. petya yg bagus...leh try

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!