Menutup Aurat tetapi Tabarruj

Maria Firdz
8
Alhamdulillah... kita tengok sekarang dah ramai yang menutup aurat... Namun, sedikit sedih apabila masih yang belum faham konsep menutup aurat dan tatacara berhias, berpakaian menurut Islam yang sebenar... 

Dalam Islam, konsep berpakaian itu mudah... tak perlu disusahkan... tapi yang jadi masalah ialah menutup aurat tetapi masih bertabarruj... 
Menutup Aurat tetapi Tabarruj

Apa itu tabarruj?

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  

Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.    
Menutup Aurat tetapi Tabarruj

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak. 

Dalil tentang perkara ini adalah;         
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [An-Nur (24):31].

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. 

Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. 

Ini juga termasuk dengan kasut bertumit tinggi, kerana bunyi detak kasut boleh menarik perhatian orang, walaupun bukan niat kita nak tarik perhatian orang. 

Seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya.  

Inilah kewajipan  untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala  berfirman;      
“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [Al-Nur (24) : 31]

yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi  bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.

Menutup aurat tetapi tabarruj... iaitu memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, umpamanya dia pergi ke suatu kawasan orang yang tak pernah pakai  pakaian  tu, atau pakaian tersebut sukar dibeli kerana harganya yang mahal, tetap dikira tabarruj walaupun dia menutup aurat, longgar,, labuh hingga ke dada,bersarung kaki dan sebagainya. 

Contoh perbuatan yang tergolong tabarruj yang disebut oleh nas-nas syara’

Berikut ini beberapa perkara yang disebutkan dalam nas syara’ yang tergolong tabarruj, sekadar sebagai contoh.

Allah berfirman dalam surat An Nuur ayat 31:

وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنّ

Dan janganlah mereka memukulkan kaki-kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (An Nuur, 31)

Rasulullah s.aw bersabda: “wanita mana saja yang memakai wewangian, kemudian dia melewati kaum (laki-laki) agar mereka mencium baunya maka dia pezina” (HR. An Nasa’i, Abu Dawud, At Tirmidzi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Dua golongan ahli neraka yang belum aku lihat: Orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, mereka mencambuki manusia dengannya; dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, mereka berlenggak-lenggok dan menggoyangkan kepalanya seperti bergoyangnya punuk unta. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, padahal baunya itu bisa dicium dari jarak sekian dan sekian” (HR. Muslim)

Tabarruj boleh terjadi pada wanita yang telah menutup aurat

Menampakkan aurat boleh merupakan salah satu bentuk tabarruj. Tapi, pengertian tabarruj bukanlah menampakkan aurat, melainkan mempertontonkan kecantikan dan perhiasan wanita untuk menarik simpati kaum lelaki. 

Maka, tindakan tabarruj boleh dilakukan oleh seorang wanita yang telah menutup aurat, dan mengenakan jilbab serta khimar yang tidak menggambarkan warna kulit dan bentuk tubuh. 

Tabarruj itu boleh terjadi jika si wanita mengenakan jilbab atau khimar yang sedemikian indah dengan berbagai corak sehingga menggoda pandangan, atau merias muka(bersolek) dengan begitu mencolok seperti para pelayan di mall, atau dengan memakai minyak wangi yang semerbak sehingga tercium oleh siapa saja yang dia lewati, atau dengan mengenakan perhiasan yang menarik perhatian, atau dengan tindakan yang semisalnya. 

Semua itu adalah tindakan tabarruj yang dilarang bagi wanita yang telah mengenakan jilbab dan khimar.

Berdandan dan memakai perhiasan tidak automatik bererti bertabarruj

Larangan tabarruj bukan bererti larangan mutlak untuk mengenakan perhiasan dan berdandan. 

Wanita boleh mengenakan perhiasan asalkan perhiasan itu tidak menarikperhatian dan wajar, seperti cincin yang sederhana. 

Mereka juga boleh berdandan dengan ringan untuk sekadar menutupi sesuatu yang menjadi kekurangan. Boleh juga menggunakan minyakwangi yang tidak semerbak baunya untuk sekadar menutup bau badan. 

Asal, semua itu tidak dilakukan untuk menarik perhatian lawan jenis. Sebab, yang disebut dengan tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan kecantikan sehingga menarik perhatian dan mengundang kekaguman lawan jenis. 

Jika perhiasan atau dandanan tidak menarik perhatian, maka fakta tabarruj tidak terwujud, sehingga ia tidak tergolong tabarruj.

Memakai pakaian berwarna atau bermotif tidak automatik bertabarruj

Ibnu Abi Syaibah, sebagaimana dikutip oleh Al Albaniy meriwayatkan beberapa atsar yang menunjukkan bahwa isteri-isteri nabi dan muslimah pada masa sahabat pernah menggunakan pakaian yang berwarna. Atsar itu antara lain:
  • Dari Ibrahim (An Nakho’i) bahwasannya ia pernah bersama Al Qomah dan Al Aswad mengunjungi para istari Nabi saw., dan dia melihat mereka mengenakan pakaian-pakaian panjang berwarna merah.
  • Dari Ibnu Abi Mulaikah, dia berkata, “saya pernah melihat Ummu Salamah ra. mengenakan baju dan pakaian panjang berwarna kuning.
  • Dari Al Qosim (Ibnu Muhammad bin Abu Bakar) bahwa Aisyah ra. pernah memakai pakaian berwarna kuning, dan dia sedang ihram.
  • Dari Hisyam, dari Fatimah binti Mundzir, bahwa Asma’ ra. pernah memakai pakaian berwarna kuning dan dia sedang ihram.
  • Dari Sa’id bin Jubair bahwa dia pernah melihat sebagian dari istri nabi thowaf mengelilingi Ka’bah dengan mengenakan pakaian berwarna kuning.
Jadi, memakai pakaian berwarna tidak automatik dianggap tabarruj. Ini dengan catatan, warna itu wajar digunakan di lingkungan si pemakai sehingga tidak terlihat menjolok. 

Jika sebuah motif(corak) atau warna itu tidak wajar digunakan di lingkungannya, atau biasa digunakan untuk menggoda lawan jenis, maka fakta tabarruj akan terwujud, kerana ia akan menarik perhatian. 

Untuk itu, masalah memilih warna dan corak ini butuh pencermatan yang hati-hati. Demikian, Wallahu a’lam wal hamdulillah.

Ciri-ciri pakaian menurut syarak ialah bersederhana, jangan berlebih-lebihan. 

Berhiaslah pada yang hak iaitu SUAMI Sahaja!!!

Sumber rujukan: FB dan MyKhalifah, namun, ayat dan beberapa perkataan diubah suai dari bahasa Indonesia ke bahasa Melayu untuk memudahkan kefahaman pembaca...

Semua gambar adalah dari Google Images

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Sama-sama perbaiki diri k..semoga setiap amalan kita diterima Allah..

    BalasPadam
  2. banyaknya yg perlu saya perbaiki diri. terima kasih kak

    BalasPadam
  3. Mmg betul tu.. mungkin ramai yg dah ada kesedaran utk bertudung tp masih belum faham konsep sebenarnya.. wallahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...tpi ni lebih peringatan kpd yg dh bertudung dan mnutup aurat... Spy tak berlebih2 dlm mnutup aurat..

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !