Ttg gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedback dr Ustaz Mohd Noor (Melaka), beliau menjawab:

Harus bg Mazhab Maliki&Hambali..sbb tu geng2 org gelap yg bnyak guna mazhab ni

MAZHAB MALIKI
Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.

Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:

Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya.
Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya)
Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur'an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan.
(al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam) 

So jgn pelik lah..kat kmpung kamu jgn pulak beramal ..kene belasah nanti


Pendapat aku lah pula.. seeloknya pakailah seluar panjang nampak lagi sopan.. Solat kan nak jumpe Allah... Malulah dengan Allah.. walaupun sah hukumnya.. tapi nampak kurang sopan.. Kalau kita nak jumpe menteri, jumpe orang-orang besar pakai kemas, cantik dan mahal, kenapa nak jumpe Allah sekadar seluar pendek??? Begitu juga dengan perempuan kan... kalau nak jumpe org besar-besar beratus dan beribu habis utk bersiap, tapi kenapa bila nak jumpe Allah, hanya pakai telekung yang dah lusuh dan bertahi lalat??? renung-renungkanlah dan selamat beramal... 

Namun, jelas lah... tak de salah bersolat dgn seluar pendek, cuma kurang sopan je kalau kita tgk kan... 

16 تعليقات

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. nice sharing sis. Sepertimana kita berpakaian cantik dan kemas ketika berjumpa dengan orang, perlulah juga kita menjaga pemakaian ketika di dalam solat. Wallahualam

    ردحذف
  2. betul tu kak, seeloknya guna pakaian yang sopan dan bersih..
    alhamdulillah, setakat ni saya tengok kaum adam masih mengekalkan pakaian sopan ketika solat..

    ردحذف
  3. X nk komen byk on this..tp elok lah pakai pakaian yg sopan...

    ردحذف
  4. ooo..mun rasa better pkai suar pnjang..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Sy x suka tgk llki berseluar pndek... Apatah lgi klu solat...nmpk x beradab...

      حذف
  5. tp seeloknyer kalu pakai sluar panjang nampak lg sopan kan...bayangkan kalu sembahyang kt masjid time solat jumaat... apa lah pandangan org lain

    ردحذف
  6. info yg bagus ni, untuk ag tak tau !

    ردحذف
  7. Hmmm Betul tu spt yg dikata.. kita klu nk mengadap raja, PM ke even nk mengadap org secara rasmi pun kita sure pilih pakai seluar panjang, sbb lebih sopan.. inikan pula nak mengadap Allah. Ada2 je. Selagi x betul2 darurat, lebih elok berseluar panjang lah kan.. Thanks sharing.. :)

    ردحذف

إرسال تعليق

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

أحدث أقدم