Sinopsis Andainya Takdir 2 di TV3 - Maria_Firdz

Maria_Firdz

Info | Motivation | Lifestyle | Review

13 Jun 2018

Sinopsis Andainya Takdir 2 di TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sinopsis Andainya Takdir 2 | Bila terjebak kembali dengan  drama bersiri payah nak tinggal... Hehe..
Siang tadi, tengok ulangan drama Andainya Takdir.

Insha Allah malam ni... 13 Jun 2018, bermula episod 1 drama bersiri Andainya Takdir 2. Drama ni kesinambungan dari drama bersiri Andainya Takdir pada tahun lepas.

Drama ni memang trending di media sosial sebab menyentuh emosi semua orang terutama kaum hawa.

Kisah suami yang psiko selalu memukul dan membelasah isteri kerana cemburu yang keterlaluan.
Haishhh.. Geram kan...

Kali ni di sambung lagi dengan watak dan pelakon yang sama...

Kisah yang lebih dramatik katanya.

Sinopsis Andainya Takdir 2 di TV3
Sinopsis Andainya Takdir 2 di TV3
-Sumber: google images-

Sinopsis drama Andainya Takdir 2 di TV3

Setelah tiga bulan bercerai, Airil masih lagi tidak putus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula. Airil menyesal atas segala kesilapannya. bagi Airil, hidupnya tidak sempurna tanpa isteri dan anak disisi. 
Fatihah pula turut berdepan kesukaran, dia mula berasa kepayahan hidup tanpa suami. Lebih-lebih lagi Aleeya yang sering bermasam muka kerana rindu akan ayahnya. 
Fatihah terpaksa kerja keras untuk menyara kehidupan mereka berdua sehingga mengabaikan Aleeya. Airil menyedari kesulitan Fatihah dan cuba untuk membantu. Tetapi adakah Airil sudah berubah sepenuhnya dan sudah tidak baran seperti dahulu lagi?

Wwaaa... Tertanya-tanya tu...

Kalau korang, sanggup tak nak terima lelaki tu lagi... Kalau MF, tak sanggup... Rela cari laki lain kot... Tapi semua orang perlu dapat peluang kedua. Dan manusia boleh berubah.. Eh, delima lah...

Tak payah fikir, malam ni kita layan... Sambil-sambil anyam ketupat... Hehe...

Senarai pelakon

Antara pelakon yang terlibat ialah Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Idris Khan, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, dan Neera Azizi.

OST/Lagu tema: Sabhi Sadhi - Setia Menunggumu

Andainya Takdir 2 akan ditayangkan mulai 13 Jun 2018, setiap Rabu hingga Jumaat, di TV3. Drama ni menggantikan drama Teratai Kemboja yang dah tamat minggu lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^