GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Skinny Jeans Punca Lelaki Mati Pucuk! Biar Betul!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MahaPenyayang)

Skinny Jeans Punca Lelaki Mati Pucuk! Biar Betul! | Tidak kiralah sama ada seluar pendek ketat, skinny jeans mahupun spandex, ianya ada kena-mengena dengan kesihatan lelaki. Elak mengambil risiko yang boleh menjejaskan kesihatan anda semata-mata mahu bergaya. Melainkan anda seorang fashionable tegar yang menolak tepi akan kepentingan kesuburan untuk masa depan.

Menurut pakar perubatan dan kesihatan dari United Kingdom, Dr. Hilary Jones, beliau ada menerangkan bahawa pemakaian seluar ketat boleh menyebabkan testikel terbelit, pundi kencing menjadi lemah dan jangkitan pada saluran air kencing. Selain itu, jumlah sperma akan berkurangan dan memudahkan jangkitan kulat gara-gara seluar berfesyen ini.

Skinny Jeans Punca Lelaki Mati Pucuk! Biar Betul!
Sumber: Google image


Kalau korang merupakan peminat selebriti seperti Jude Law dan Russell Brand yang gemar mengenakan seluar ketat, korang juga mungkin menjadi salah seorang mangsa permasalahan ini. Memakai pakaian dan seluar yang ketat dalam tempoh masa yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah jangkitan pada saluran air kencing akibat gangguan aktiviti pada pundi kencing. Ia boleh dikatakan satu hint kelemahan pundi, punca jumlah sperma menurun & jangkitan kulat. Atau lebih tepat, menurunkan faktor kesuburan akibat kepanasan di celah kelangkang!

Tidak salah bergaya tetapi ada baiknya kita patut  lebih mengutamakan keselesaan dalaman serta luaran dan tidak membatasi apa-apa pergerakan. Ketahuilah bahawa sebanyak 40% lelaki telah mengaku bahawa kadangkala mereka sanggup berkorban demi gaya berbanding keselesaan. Apabila memilih seluar jeans, hanya tiga daripada sepuluh orang sahaja yang mementingkan faktor kelembutan dan keselesaan.

Apa pun bagi kami, nak bergaya tu boleh, tapi berpada-pada. Jangan sampai seharian pakai seluar ketat, melainkan korang memang terfikir tidak mahu zuriat. Fesyen jangan sampai seksakan badan sendiri.
Diolah dari Majalah Maskulin

Geli tengok lelaki pakai seluar ketat pastu singkat... Memang menyakitkan mata.. Ingat lelaki... Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut... Jadi, kalau pakai seluar ketat tu... Memang sah lah tak tutup aurat walaupun seluar tu labuh sampai ke buku lali...aura lelaki sikit sebab tu ramai yang tak berapa nak endah dan ambil kisah.. Tapi, sama je.   Berdosa juga hukumnya tak tutup aurat... Kalau lelaki pakai sendat pun haram, perempuan lagilah berdosa... Keran boleh jadi punca zina... 

2Ulasan

  1. ye la..lelaki pun ada aurat..kan..walaupun bertutup tapi ketat,tetap juga dikira mendedahkan aurat...

    pernah juga baca kata kalau perempuan pun pakai jeans ketat boleh menyebabkan kanser rahim..

    BalasPadam
  2. bahaya tu.. lelaki pun kena jaga aurat juga..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ