GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

eGTukar: Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan September dah menjengah... Musim nilah musim cikgu cikgi mula mohon tukar dan berpindah.

Setahun dua kali sistem ni dibuka... Untuk sesi Jun permohonannya dibuka pada bulan April... Dan untuk pertukaran tahun hadapan, sistem permohonan online dibuka pada bulan September...  

Tempoh permohonan adalah sebulan:
1 September 2015  hingga 30 September 2015

Permohonan adalah secara online iaitu melalui laman web:

Permohonan adalah untuk guru yang telah mengajar secara tetap dan sah jawatan. Guru-guru baru posting, nak minta boleh juga... Tapi dengan alasan dan sebab yang paling munasabah. 

Antara faktor yang menyebabkan cikgu-cikgu nak berpindah adalah:
  1. Ikut pasangan,  siapa sanggupkan duduk berjauhan kan... 
  2. Menjaga ibu bapa yang telah uzur
  3. Sakit yang kritikal
  4. Mencari pengalaman baru
  5. Membina motivasi diri. Sesetengah orang dia cepat bosan bekerja dalam suasana yang sama dalam satu-satu tempat... Jadi, dia suka berhijrah untuk lebih bermotivasi.
  6. Tak suka tempat kerja yang lama... Mungkin tak serasi dengan sekolah yang ada tu kan.. 
  7. Ancaman keselamatan... Kena ugut dan ada laporan polis. Alasan ni boleh dipindahkan serta merta pun ya... 

Ini antara sebab popular untuk berpindah... Dan kebiasaannya dapat mengikut kekosongan yang ada. 

Sistem pertukaran sekarang guna sistem trafik light... Maknanya guru-guru boleh lihat, jika negeri yang dipohon tu berwarna merah, maknanya tiada kekosongan lagi disitu mengikut opsyen cikgu... Kalau hijau tu ada harapan untuk dapat dan lulus permohonan cikgu. 

Jadi, buatlah pilihan sebaiknya...dan karanglah ayat terbaik agar permohonan cikgu-cikgu diluluskan. Dalam masa yang sama, letakkan sepenuhnya tawakal kepada Allah... Kerana setiap sesuatu yang Allah tentukan itulah yang terbaik untuk kita. 

Semua berjaya buat cikgu-cikgu yang memohon bagi sesi kali ini...

5Ulasan

  1. wah.. senang x dapat tukar? hehehhe
    ke menunggu turn jugak macam jpa..

    BalasPadam
  2. kebetulan aida sedang isi minta tukar melaka ni :)
    letih berulang tiap hari :(

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ