GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makruh Makan Sambil Bersandar!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Daripada Anas RA katanya, aku melihat Rasulullah SAW duduk, dengan merapatkan kedua punggungnya ke lantai dan mengangkat kedua lututnya ke atas sambil makan tamar. (Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 
  • Cara makan Rasulullah SW ialah dengan merapatkan kedua punggungnya dan menegakkan kedua betisnya.
  • Sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW akan mendapat pahala daripada Allah SWT.
  • Gesaan supaya bertawdhu’ kerana mencontohi Rasulullah SAW.
  • Makruh duduk dengan menunjukkan cara yang takbur dan sombong, dan ini adalah menurut tanggapan dan budaya tempat dan zaman.
Sumber: e-Hadith

Ada hikmah makan dengan cara duduk Rasulullah s.a.w... Bagi yang pernah buat pasti tahu... Antara hikmahnya, menjadikan kita tak makan banyak dan cepat kenyang.. Jadi perut tak buncit... Jika kat meja, boleh amalkan juga.. caranya... Jangan bersandar kat kerusi, tapi duduk separuh dari kerusi dan badan hampir rapat pada meja makan... Jom amalkan sunnah... Mudahnya nak dapat pahala kan.. (^_*)

7Ulasan

  1. Fida dah try buat...tapi dimarah mama...Dia kata tak sopan pulak..hehehe lupa pulak diri ni perempuan la..

    BalasPadam
  2. Owh, baru tahu, esok nak cuba buat. Part duduk separuh kerusi tu. ha

    BalasPadam
  3. Klu ada majlis makan2 di masjid di sini, selalu diperingatkan cara makan mengikut sunnah. Baguslah bila ramai2 buat sekurang2nya perkara mcm ni dpt dibawa ke rumah juga. Perkongsian yg bermanfaat buat pengetahuan kita semua. Sesungguhnya dlm sunnah itu pasti ada kejayaan.

    BalasPadam
  4. Salam ukhuwah. Terima kasih kongsi ilmu. Walaupun nampak mcm hal kecik, tapi besar kesannya.

    BalasPadam
  5. Selalu buat gitu la...sbb mkn sambil jg anak x sempat nk bersandar pon dkt kerusi..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ