GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jadilah Manusia Berhati Burung!

Sumber: fb

"Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung"

Hati burung: yakni orang yang benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.

Kenapa hati burung???
Burung, iaitu haiwan yang setiap pagi keluar mencari rezeki, namun dia tak pasti dimana rezekinya, tapi sifat tawakal dan berserahnya dengan rezeki yang Allah tentukan, buatkan setiap pagi dia akan keluar juga mencari rezeki, ada atau tidak Allah sudah tentukan.

Begitulah juga kita, berserahlah diri dan segalanya kepada Allah dalam setiap urusan, rezeki dan perancangan. Terkadang, kita banyak bergantung kepada alat, manusia dan teknologi tetapi sedikitnya tawakal dan berserahnya kita kepada kuasa Allah Taala.

Jadilah seperti burung, kerana tawakalnya hati burung kepada Allah, maka di petang hari dia pulang dengan kicauan yang ceria dan gembira... sedikit atau banyak, suka atau duka itulah rezekinya, syukur dengan segala apa yang Allah tentukan buat dirinya. 

11Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ