GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

15 Sebab Allah Turunkan Bala Kepada Umat Manusia


Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya? Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah ke atas diri kita yang terpaksa menanggung risiko akibat perbuatan orang lain? 


Apabila dilihat telatah, gelagat dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mereka mengundang bala daripada Allah SWT. 

15 Perkara Mendatangkan Musibah & Bala Bencana

Dari Ali bin Abi Talib Ra berkata: Rasulullah Saw bersabda: "Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka halal baginya (layaklah) ditimpakan kepada mereka bencana." Ditanya, apakah lima belas perkara itu wahai Rasulullah?

Rasulullah Saw bersabda: “Apabila…

1. Harta rampasan perang (maghnam) dianggap sebagai milik pribadi

2. Amanah (barang amanah) dijadikan sebagai harta rampasan,

3. Zakat dianggap sebagai cukai (denda),

4. Suami tunduk pada isterinya.

5. Derhaka terhadap ibu.

6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.

7. Menbenci ayah.

8. Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.

9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.

10. Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.

11. Minum arak berleluasa.

12. Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.

13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.

14. Permainan muzik merata rata.

15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi’in dan para imam muktabar.

Apabila telah berlaku perkara-perkara tersebut, maka tunggulah datangnya malapetaka berupa; taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang diatasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tananh runtuh), dan perubahan-perubahan atau penjelmaan-penjelmaan dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. "(HR. Tirmidzi, 2136)

Itulah perkara-perkara yang menyebabkan suatu negeri mengalami kekacauan, kehancuran, kesempitan, kemelaratan, perseteruan, dan perpecahan satu sama lain, antara rakyat dengan rakyat dan rakyat dengan penguasa. Rasuah dan ketidakadilan berleluasa, segala macam penyakit bermunculan menimpa manusia, yang benar-benar menyulitkan dan membinasakan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Oleh sebab itulah, Rasulullah Saw berdoa agar sahabat-sahabatnya tidak menjumpai keadaan yang demikian dahsyat dan buruknya. Dari semua perkara yang menyebabkan datangnya siksa dan azab itu. Insya Allah akan berakhir jika manusia dan kaum Muslimin khususnya kembali kepada Allah dan Rasul Nya, berpegang teguh kepada Dinullah (Islam yang sebenar-benarnya, menurut Al Qur'an dan As Sunnah) mengikut petunjuk Rasulnya.

Sebagai penutup, renungkanlah firman Allah swt berikut sebagai introfeksi kita semua:

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya." (QS. Al A'raf, 7: 96)

Sumber: internet

14Ulasan

  1. Nauzubillah semoga kita dijauhkan dari datangnya bala bencana dari-Nya. semoga kita sentiasa dirahmati oleh-Nya.

    BalasPadam
  2. Hmm, takut bila baca.
    Allah, Engkau maha Besar!

    BalasPadam
  3. betul lah dh mcm2 sekarang nie..allahuakhbar..dunia nk pecah..sudah..

    BalasPadam
  4. 4 dan 5 tu akak cepat digest...hu hu hu... memang banyak sebabnya....

    BalasPadam
  5. meremang baca entry akak.. Allah..ampunilah kami.. :(

    BalasPadam
  6. Muhasabah buat semua umat Islam. . Di mana silap kita dalam menjadi hamba

    BalasPadam
  7. T.kasih atas peringatan dan perkongsian..

    BalasPadam
  8. Semoga sentiasa menjadi peringatan yg baik buat kita semua... Allahuakbar...

    BalasPadam
  9. Muhasabah diri..Ini peringatan Allah sebenarnya..

    BalasPadam
  10. Allahuakbar tkutnya..tp tuh la akhir zaman nih dh byk yg disabda Nabi berlaku...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ