GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Percutian Singkat Yang Bermakna

Salam Isnin, ada yg Isnin blues hari ni??? Aku, Alhamdulillah... xde isnin blues lepas aku bercuti singkat di hujung minggu baru-baru ni... Percutian yang tak dirancang pun. Memandangkan suamiku xde kena kerja hari minggu ni, dan bagi menghilangkan rasa bosan dok lepak kat rumah je, tengah hari, hari sabtu tu, terus siap2 gerak ke Bentong, Pahang. 

Apa ada kat Bentong kan??? Orang bukan nak sgt ke sana. Tapi aku dan suami suka ke sana. Seronok kat sana... walaupun pekan kecil je, tapi suasana hijau dan dikelilingi pokok hijau, buatkan suasana damai dan menenangkan tak macam bandar KL, yang panas dan sentiasa sibuk. 

Gerak dalam jam 1 tgh hari, sampai dalam kul 2 petang, singgah di Masjid solat Zohor dulu, lepas tu baru ke Hotel Kristal, Bentong, hotel yg biasa kami inap jika ke Bentong. Dulaxe Room harga RM67 sahaja semalam lepas guna Privillage Card dapat diskaun RM10.. jadi RM57.. untungkan.. hehe... 

Lepas cek in, relax dan santai dulu di bilik.. lepas Asar baru kami gerak dan ronda2 di pekan Bentong. Mula2 ke Old Town White Coffee menikmati minum petang... Lepas tu, gerak ke taman permainan, bawa Faiqah bersantai-santai di sana... suka bukan main dia.. dapat berjalan... seronok sungguh rasa... 




Malamnya, suamiku janji nak jumpe dengan kawan lama dia.. Suamiku 9 tahun jadi warga Bentong, jadi memang ramai kawan dan ramai lagi yg kenal dia..walaupun dh 2 tahun suamiku pindah ke KL sebab ikut aku. So, lepas maghrib kami ke sana.. sebelum tu beli sate pekan Bentong yang popular.. sedap dan murah.. kalau sapa2 ke Bentong, jangan lupa singgah beli sate di corner Jalan Pekan Bentong ea.. RM0.50 secucuk..  tapi memang tak sama lagi dgn mana2 sate yg pernah ku rasa. 

Lepas beli sate, kami ke kedai makan jalan simpang nak masuk Kem 25RAMD.. kawan suamiku belanja.. masa kat situ, ada peristiwa dan kenangan yang tak dapat dilupakan.. aku akan kongsi di entry akan datang. Lepas penat bersembang, kami balik ke hotel. Esok paginya lepas cek out, kami jenjalan di TF Value Mart yang baru dibuka.. shopping sikit2 dan lepas makan tengah hari, terus gerak balik.. 

Walaupun singkat, percutian tak dirancang ni, tapi penuh bermakna sebab ada kenangan yang tertinggal...Ada masa, sedang fikirkan ke satu tempat lain yg lain dari yang lain plak... :)




Nota Ungu: Percutian, walaupun bukan ke tempat mahal  tapi jika dengan orang yang kita sayang, pasti membuahkan kebahagiaan dan ketenangan.. Alhamdulillah atas nikmat-Nya... :)

4Ulasan

  1. wah bestnya..walau pun singkat je cutinya tapi bermakna kan...sebab dapat relaese ape-ape yang patut..huhuhu

    BalasPadam
  2. haa janji berjalan kan dik ;)
    akk dah sampai dah bentong nie .. cantik bandar dia .. small town

    BalasPadam
  3. percutian yg sgt bermakna kan walaupun sekejap je

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ