Cermin mata untuk rabun silau

Maria Firdz
9
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cermin mata untuk rabun silau | Zaman sekarang ramai orang mengalami rabun silau. Rabun silau ni paling senang dan dihadapi oleh ramai orang.
 

Punca rabun silau

Sebab apa boleh rabun silau?
Sebabnya mata kita sekarang banyak terdedah dengan cahaya.
 
Mata kita banyak mengadap skrin telefon atau skrin komputer dalam tempoh yang lama.
Bila mata banyak sangat terdedah dengan cahaya itu yang boleh jadikan kita silau dan mata jadi sensitif dengan cahaya.
 
MF sendiri pun rabun silau juga. Sebab zaman Blogging muda-muda dulu… MF mampu mengadap skrin komputer lama-lama. 5 6 jam menulis blog takde hal lah…
 
Sekarang usia dah hampir 40 ni…
Mengadap 30 minit dah rasa sakit kepala… sakit mata…
Anak mata rasa macam nak terjojol.
Letih mata dibuatnya.
 
Tapi kerja macam MF ni memang banyak mengadap skrin komputer juga.
Cikgu zaman melinnium. … Semua benda online Aje. Tak mengadap phone.. mengadap laptop. Mau nya tak rabun kan. Ramai juga dah kawan-kawan MF mula pakai cermin mata.
 
Cermin mata untuk rabun silau


Cari cermin mata online

Disebabkan tu lah MF mula buat survey online… cari cermin mata online… yang boleh atasi rabun silau MF ni…
 
Nak tak nak kena juga lah pakai terutama berkerja atau masa memandu.
 
Cari punya cari MF jumpa website ni, nama website dia Mouqy Eyewear… macam best..
 
Dok survey lah kan… ada tak cermin mata untuk rabun silau macam MF ni…
 
Uikk… ada lah… kat sini ada juga cermin mata dengan teknologi yang terkini…
 

Cermin mata untuk lelaki dan wanita

Bagus betul website jual cermin mata ni…dia suggest kan terus cermin mata yang sesuai ikut jantina… senang nak pilih.
 
Bahkan boleh cuba juga tengok bingkai cermin mata tu sesuai ke tak untuk muka kita.
 
Ada banyak pilihan dan jenis serta warna bingkai cermin mata dan juga ada panduan pemilihan saiz cermin mata. Jadi, memang senang nak beli... Insha Allah tak kan tersilap.

Cermin mata untuk rabun silau

 

Cara beli cermin mata online

Buat pertama kalinya, MF jumpa website yang boleh beli cermin mata online. Dan MF rasa, website ni sangatlah membantu dan mempunyai ciri-ciri kedai cermin mata online yang lengkap.

cermin mata online


 
Boleh ikut langkah-langkah ni untuk beli cermin mata online:
  1. Pilih jenis bingkai
  2. Kemudian, pilih saiz berdasarkan paparan saiz yang diberikan. Setiap bingkai ada saiz nya yang tersendiri. Jadi, ukur dan tengok padanan yang sesuai.
  3. Pilih warna bingkai jika bingkai yang dipilih mempunyai lebih dari satu warna.
  4. Pilih jenis kanta. Ada dua jenis kanta untuk kedai cermin mata online ni... 1 Kanta jenis jelas dan 1 lagi kanta jenis anti blue light. Macam MF yang memang kerjanya banyak mengadap gadjet dan laptop MF pilih kanta jenis blue light lah... Dan boleh juga tambah coating untuk lebih tahan lasak dan anti calar.
  5. Dah siap pilih, bolehlah add to cart dan buat pembayaran seperti biasa.
  6. Tunggu je spek mata kita beli tu sampai ke rumah.
  7. Senang je kan...

Jenis kanta cermin mata

cermin mata online


MF nak kongsikan juga jenis kanta cermin mata mengikut teknologi yang terkini. Zaman sekarang dah banyak jenis kanta cermin mata yang ada... Makin canggih juga dan sesuai dengan keperluan masa kini.
 
Mata kita sekarang banyak terdedah dengan cahaya, itu menyebabkan rabun dan juga silau pada mata.
Jadi, walaupun tak rabun, tapi pasti mudah silau juga kan.
Orang yang silau ni, susah nak memandu terutama waktu malam. Matanya sakit dan boleh jadi blind pada waktu malam.
 
Jadi, kena pilih kanta yang sesuai.
 
Kat website ni ada dinyatakan jenis kanta cermin mata yang mereka ada.
 
Antaranya, MF cuba kongsikanlah sikit kat korang,
 
Orang yang berbeza mempunyai keperluan visual yang sama sekali berbeza. Ada yang memerlukan bantuan untuk melihat objek berdekatan, ada yang memerlukan bantuan melihat jauh, dan banyak yang jatuh di antaranya.
 
Berikut adalah beberapa kanta paling biasa di pasaran yang memenuhi keperluan tersebut:

1. Kanta penglihatan tunggal

Kanta penglihatan tunggal ialah jenis kanta preskripsi yang paling biasa. Kanta dalam cermin mata ini hanya mempunyai satu pembetulan preskripsi optik. Ia biasanya digunakan untuk cermin mata jarak atau membaca. Dalam erti kata lain, ia biasanya digunakan untuk membetulkan rabun dekat (miopia) atau rabun jauh (hiperopia).
 

2. Kanta jarak penglihatan tunggal

Kanta jarak penglihatan tunggal menyediakan pembetulan penglihatan yang betul untuk orang yang sama ada rabun dekat atau rabun jauh. 'Penglihatan tunggal' merujuk kepada fakta bahawa kanta hanya menyediakan satu jarak fokus.
 
Contohnya, jika tidak dapat menonton TV dengan jelas dari seberang bilik, tapi jika diberi sepasang cermin mata dengan preskripsi jarak penglihatan tunggal, korang dapat melihat skrin dengan jelas.
 

3. Kanta bacaan penglihatan tunggal

Kanta membaca direka untuk membantu melihat sesuatu pada jarak yang dekat. Secara amnya, banyak preskripsi bacaan adalah untuk orang yang mempunyai preskripsi (+), namun orang rabun dekat juga boleh memerlukan cermin mata membaca apabila melakukan tugas yang memerlukan tumpuan dekat.
 

 4. Kanta astigmatisme

Kanta penglihatan tunggal biasanya ditetapkan untuk membetulkan astigmatisme juga. Penghidap astigmatisme biasanya mengalami masalah biasan di mana cahaya tidak dapat difokuskan secara sama rata pada retina, yang mengakibatkan penglihatan kabur apabila melihat pada jarak atau dekat.
 

Cara jaga kesihatan mata

MF kongsikan juga petua dan cara untuk jaga kesihatan mata untuk elak daripada rabun dan kerosakan mata.

cermin mata online



1. Makan nutrien yang betul
2. Bersenam dengan kerap
3. Berhenti merokok
4. Pakai cermin mata hitam dan alat pelindung
5. Pilih kanta cahaya biru
6. Ambil rehat skrin biasa
7. Jadualkan pemeriksaan mata secara berkala

Jadi, penjagaan mata ni penting untuk elak rabun dan rabun silau. 
 

Petua untuk menjaga kanta cermin mata

Kanta cermin mata perlu dijaga supaya tidak mudah calar, rosak atau pecah. Jadi, MF kongsikan juga cara jaga kanta cermin mata untuk lebih tahan lama.
 
  1. Sentiasa simpan cermin mata di tempat yang bersih dan kering seperti bekas cermin mata dengan cangkang keras.
  2. Jangan letakkan cermin mata yang tidak dilindungi dalam beg tangan, poket atau beg.
  3. Elakkan mengelap kanta cermin mata dengan tisu atau tuala kertas, kerana ini boleh mempunyai permukaan kasar yang boleh mencalarkan kanta cermin mata.
  4. Gunakan kain yang tidak berbulu, seperti kain mikrofiber, dilembapkan dengan air atau larutan pembersih untuk membersihkan kanta cermin mata.
 
Mata adalah satu pancaindera daripada Tuhan. Jagalah mata dengan sebaiknya bagi yang belum rabun tu. 
 
Inilah antara yang MF boleh kongsikan. Tapi yang pasti memang best lah masuk website tu... Semuanya kau nak try tu Virtual try-on ... Haha…
 
Ada virtual yang kita boleh try semua spek mata yang ada.... Memang syok layan... Dan mudah lah kita nak beli cermin mata untuk rabun silau walaupun secara online. 






Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


إرسال تعليق

9تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Memang betul, telefon bimbit ni memang punca banyak masalah mata. Tapi nak buat macam mana, memang telefon bimbit ni dah jadi satu keperluan.

    ردحذف
  2. azni pun ada masalah rabun dekat dan silau. rabun jauh okay lagi.. tak teruk sgt. tapi mmg masuk 40 terus dah kena pakai spek

    ردحذف
  3. Masa PKP dulu memang kerap sangat dapat simptom-simptom ni sebab masa tu banyak sangat guna skrin. Baru tahu juga yang rabun silau ni antara puncanya adalah skrin time. Thank you MF.

    ردحذف
  4. Ohh ...thanks for this sharing, after reading it, just in time for me to book appointment for my eyes check up as recently find not so clear vision. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  5. Best lah pulak kedai cermin mata on9 tu ya. Siap boleh pilih bingkai yg sesuai dgn kita

    ردحذف
  6. Senangnye nak beli cermin mata sekarang ye. Beli online je. Bingkai dia banyak pilihan

    ردحذف
  7. Bagus ada cermin mata macam ni. Beli online pun mudah asal tahu spec untuk mata. Seksa kalau rabun ni.

    ردحذف
  8. Sebagai seorang yg memang menggunakan cermin mana 24/7 memang wajar ikut semua aturan diatas. Sy sayang mata sy 😍

    ردحذف
  9. Baru tau ada kedai cermin mata rabun silau online rupanya. Selama ini kalau nak beli gi kedai cermin mata.. menarik.. menarik..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !