Sedap ke Latok?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sedap ke Latok? | Latok pernah jadi satu fenomena viral tahun lepas. Rata-rata kengkawan MF dok update latok ni. 

Masa tu memang tak ambil port pasal latok ni. Tambah pula nampak pelik je kan… Lagilah malas nak rasa ke apa. Nampak macam rumpai laut… Lagilah tak lalu nak makan.

Tapi sejak melayan Instagram, iklan pasal latok selalu dok lalu lalang… Aisshhh… nampak macam sedap je orang makan kan. Bunyi kruk krak kruk krak je diorang makan… 

Ishhh… Tak boleh jadi… Macam nak kena try la juga. 

So, MF pun apa lagi… carilah kat Shopee dan Lazada… 

Alhamdulillah… Jumpa pun Latok yang MF nampak kat IG tu… 
Teruslah beli satu sebab nak rasa punya pasal… 

Sebelum MF review Latok yang MF beli tu, jom kita cerita sikit pasal Latok ni.

Latok
Sumber: Google image



Apa itu latok?

Dalam istilah saintifik, latok dikenali sebagai Caulerpa lentillifera, iaitu sejenis rumpai laut. Rumpai laut ni sejenis tumbuhan laut yang dikenali sebagai alga, dan berbeza mengikut pigmen warna aslinya seperti merah, hijau, atau perang. 

Latok ialah sejenis rumpai laut berwarna hijau. Oleh kerana biji-biji latok menyerupai buah anggur, ia turut digelar sebagai umibudo (anggur laut) dalam bahasa Jepun.

Rumpai laut ini ialah tumbuhan berstolon (jenis batang kecil yang tumbuh menjalar dan mengeluarkan pucuk dan akar pada bahagian hujung) dan boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 10 cm.

Selain itu, rupa latok yang seakan-akan sama seperti telur ikan menjadikannya turut dipanggil sebagai kaviar hijau. Tekstur latok yang rangup dan ‘meletup’ apabila digigit akan memberi pengalaman yang sama seperti memakan kaviar telur ikan.

Tumbuhan ini mempunyai rasa yang agak masin dengan kesegaran air laut. Di Jepun, secara tradisional, latok atau umibudo dituai daripada dasar lautan. Namun, berikutan permintaan yang tinggi di pasaran, kini, kebanyakan umibudo diternak dan dituai daripada ladang tempatan.

So, yang MF beli ni adalah Latok yang dikatakan memang dari negara Jepun… Entah ye ke tidak… haha… wallahua’lam… Apa pun betullah rupanya Latok.

Cara makan Latok

Kat Jepun, tumbuhan ini diternak dan dituai lalu dinikmati secara segar dan mentah. 
Di Sabah pula, latok biasanya dimakan sebagai ulam bersama-sama nasi, lauk-pauk dan sayur-sayuran lain. Ia juga boleh dimakan begitu saja bersama perahan limau kasturi dan cili padi.

Di Filipina, tumbuhan ini dibersihkan dan dimakan mentah begitu sahaja atau ditambah dengan hirisan tomato, bawang, mangga, dan sos ikan.

Khasiat Latok

Kalau dah makan sesuatu tu mesti nak tahu, ada khasiatnya ke?
Semestinya ada la kan… Allah jadikan sesuatu mesti ada kebaikan untuk manusia. 

Ini khasiat latok yang MF nak kongsikan.

1. Antioksida dan anti-bakteria

Satu kajian baharu yang dijalankan secara spesifik ke atas spesis rumpai laut Malaysia atau latok membuktikan bahawa ianya mempunyai kesan antioksida dan anti-bakteria yang tinggi terhadap bakteria Staphylococcus aureus. 

Bakteria ni biasanya penyebab kepada keracunan makanan dan ada dalam usus manusia. Jadi, bagus la makan latok ni, dia boleh bantu bunuh atau nyahaktif bakteria jenis ni.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Ekstrak tumbuhan rumpai laut ini didapati dapat meningkatkan penghasilan insulin dan pengambilan gula dari dalam darah oleh sel lemak. Oleh itu, hasil kajian mencadangkan bahawa latok berpotensi dalam membantu mengawal gula dalam darah dan mencegah diabetes. 

Bagus orang yang ada diabetes amalkan makan latok. Kat semenanjung Malaysia susah nak dapat kan… Kalau dok kat Sabah banyak la latok ni katanya. 

3. Menyumbang kepada kesihatan jantung

Kandungan asik lemak tidak tepu dalam latok berupaya mengurangkan kadar kolesterol, meningkatkan keanjalan salur darah, memelihara struktur kolagen arteri, lantas mencegah penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

Ni antara khasiat latok yang menarik perhatian MF… Tapi nak amal selalu, macam susah juga lah… sebab mahal juga latok ni. 

4. Membantu mencegah kanser

Melalui satu kajian, oligosakarida yang terhasil daripada tumbuhan latok melalui rawatan asid mampu mengurangkan jumlah sel kanser payudara. Kesan ini dipercayai berikutan fungsi rumpai laut untuk menyebabkan apoptosis (kematian) sel kanser tersebut berlaku.

5. Menguatkan tulang dan sendi

Rumpai laut atau latok kaya dengan kandungan protein, kalsium, dan asid lemak tidak tepu seperti omega-3, yang berkesan melegakan keradangan dan mengurangkan gejala artritis.


6. Membantu mencegah Goiter

Dalam 100 gram latok, terdapat kira-kira 1.8 miligram iodin. Individu kekurangan iodin berisiko mempunyai tubuh yang tidak mampu menghasilkan hormon tiroid mencukupi lalu mengakibatkan goiter. 

Selain keju, telur, ikan air masin, dan kerang, rumpai laut juga merupakan salah satu sumber makanan yang membekalkan iodin.

7. Menghasilkan kulit dan rambut yang lebih sihat

Kandungan lemak di dalam tumbuhan ini membantu memelihara membran sel, memperbaiki keanjalan, dan mengurangkan kebolehtelapan (permeability) dinding salur darah bagi mengurangkan gejala kulit kering.

Selain itu, kandungan vitamin A dan C di dalam latok juga mampu menghasilkan kolagen dan antioksida. Oleh itu, ia dianggap sebagai ‘bahan kosmetik semula jadi’ yang menambah baik kesihatan kulit dan rambut, serta melambatkan proses penuaan.

Seronok betul baca khasiat latok ni… Memang tinggi khasiat latok ni. Patutlah orang Jepun ni sihat-sihat dan cantik kan… hehe… 

Review Latok Shrink Pop Pop

Latok



Lepas dah beli, memang tak sabar nak tunggu sampai tu kan… 

Elok sampai je, MF terus la cuba makan… 
Latok Shrink Pop Pop ni katanya latok dari Jepun…. Yang diawet tu macam dijeruk kan la kot… so, dipasteur dibungkus segar. Siap dengan sambal diberikan. 

Cara makan Latok Shrink Pop Pop

Latok


Pertama sekali… dalam bungkusan tu korang akan dapat satu bungkus latok, dan satu bungkus sambal dia. 

Yang lain-lain tu MF free gift dari seller… baikkan seller tu.. hehe… 

Lepas tu korang sediakan bekas berisi air sejuk dan ketulan ais.. MF sejak dah tukar penapis air Coway .. bab ais ketul takde masalah dah… tekan Aje… 😂

So, korang rendam latok tadi dalam air ais tu… dalam 3 ke 5 minit camtu… 

Sedap ke latok


Bila dia dah kembang tu… terus bilas. 

Latok ni masin tau… 
Kalau nak kurang kan masin tu korang bilas la banyak kali…

MF bilas 2 kali je… so, takde lah tak masin terus… biar ada rasa masin tu sikit… 

Lepas bilas… tos kan… dan boleh la makan cicah dengan sambal yang dia bagi sekali tadi… 

Sambal tu korang boleh olah … kalau nak lebih pedas buh la cili padi potong… macam MF tambah perahan limau kasturi sikit… rasa masam-masam pedas… campur dengan masin latok tu ngam sangat.

Sedap ke latok?

Sedap ke? Buat MF yang pertama kali merasa ni .. boleh la makan… sedap sebab bila kita kunyah latok tu ada bunyi pop pop… 🤣🤣🤣… syok dengar bunyi tu… 

Untuk satu pek MF beli tu kenyang la juga makan sorang .. suami MF tak makan hidupan marin macam tu… so, makan sorang… kenyang lah… 

Memang sedap la buat makan cicah sambal gitu… ngam rasa dia… pada MF boleh la makan… 

Rasa dia macam makan ulam la camtu… makan sayur rangup gitu… takde rasa hanyir ke bau hamis ke takde… boleh ditelan… 

Orang alah seafood boleh ke makan Latok?

Ini persoalan MF lepas beli Latok…😂😂😂
Dah beli baru nak fikir kan… 

MF ni ada alahan makanan laut… tetiba nak makan Latok pula… yang memang datang dari laut.. 

Memang risau juga la…. Kang kena alahan .. jenuh juga..  
Tapi dah beli tu… tak kan tak makan… 

Akhirnya makan lah kan.. bismillah dan telan je… 😂

Alhamdulillah… takde alahan apa² selepas makan Latok.. Alhamdulillah… seronok plak rasa lepas makan takde rasa gatal ke apa… so, boleh makan lagi lah lepas ni… 


Kat mana nak beli Latok Shrink Pop Pop?

Yang ni MF beli kat Lazada sebab nak dapat Free Shipping…free shipping shopee dah habis masa tu … hehe .. so, cari kat Lazada… dapat lah harga barang sahaja… RM15 tanpa perlu bayar kos pos… 🤣🤣🤣… hidup kena bijak kan… 

Kat Shopee korang boleh beli kat sini: https://shp.ee/c44iqr7
Kat Lazada korang boleh beli kat sini: https://invol.co/cl9j9z6

Itulah perkongsian MF pasal latok… 
So, yang belum pernah rasa… boleh cuba makan… sedap dan berkhasiat latok ni… 

Kalau dok Sabah mungkin lebih banyak dan lebih fresh dari laut kita boleh cuba… 

Sekian, semoga bermanfaat… 





Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Saya pertama kali rasa last year. Boleh tahan dan syok juga layan. Kalau nampak lagi boleh lah beli tapi kalau nak mencari, mungkin tak kot.

    BalasPadam
  2. saya sampai ke sekarang belum pernah makan latok ni. ntah la, tak lepas dibuatnya nak makan. huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Jujur kak min lom pernah makan latok ni tp leh agak la dia jenis pop krup krap kalo makan haha

    BalasPadam
  4. Pernah makan, bagi saya jika teringin bolehlah mencari untuk belanja tekak teringin… sedap juga makan dengan sos ala thai ,

    BalasPadam
  5. Om tak pernah makan latok smapi skrg.. mcm manalah rasanya.

    BalasPadam
  6. Tak pernah lagi makan latok ni. Tapi nampak pada bentuknya macam sedap betul. Rasa fresh dari laut gitu.

    BalasPadam
  7. Dulu2 time kecik kitorang makan latok ni. Kalau ada family yg dtg dari Filipina, biasanya mereka akan beli latok n bawa balik rumah utk kitorang makan2.
    Tapi bila dah besar2 , dah x makan. Mak ckp susah nak dpt latok yg bersih, so kitorang pun mcm x berani nak makan. Tapi latok import Jepun ni menarik, boleh diyakini kebersihannya pasal saya ada terbaca betapa Jepun sgt menitikberatkan kebersihan pada makanan mereka.

    BalasPadam
  8. Pernah makan sekali aritu mak ada beli tapi perasaannya macam x berapa nak ingat. Nanti nak try beli yang paket ni la plak.

    BalasPadam
  9. Kalau d'sabah mng famous dgn latok.. Pergi pasar saja mmg ada latok.. Tp sy x penah makan sbb ada alergik dgn makanan laut

    BalasPadam
  10. mama penah makan yg fresh sedap juga. tapi yang dried tu mcm tak rasa nak makan huhu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ