Khasiat bunga cengkih yang ramai orang tak tahu

4
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Khasiat bunga cengkih yang ramai orang tak tahu | Bunga cengkih makin popular sejak covid melanda. Sebabnya, bunga cengkih antara “natural remedy” yang digunakan untuk meredakan gejala covid-19. 

Sejarah bunga cengkih

Bunga cengkih ialah putik bunga daripada pokok cengkih yang juga dikenali sebagai Syzygium aromaticum. Tu nama saintifik dia lah... 

Cengkih boleh didapati dalam serbuk mahupun biji. Tapi kat Malaysia banyak jenis biji... Serbuk ada juga tapi macam tak banyak jual kat kedai-kedai biasa. 

Cengkih berasal daripada negara Indonesia. Tapi sekarang mula ditanam secara komersial di Malaysia. 

Pernah tengok pokok cengkih? 

Nah!... Ini rupa pokok cengkih... hasil carian MF di google images... haha...

Khasiat bunga cengkih yang ramai orang tak tahu


Kegunaan Bunga Cengkih

Cengkih kebiasaannya digunakan sebagai bahan perasa untuk membakar, di tambah sebagai perisa ke dalam minuman panas, mahupun digunakan di dalam biskut dan kek. Kebanyakan masakan orang berketurunan India menggunakan cengkih sebagai bahan wajib dalam masakan mereka.

Cengkih sangat terkenal sebagai rasa yang manis dan rempah yang beraroma, namun begitu cengkih juga telah digunakan di dalam perubatan tradisional. 

Biasanya kat Malaysia ni salah satu bahan rempah ratus dalam masakan Melayu. 

Kandungan Nutrisi bunga cengkih

Satu sudu teh atau bersamaan dengan 5 biji bunga cengkih mengandungi:
  • Kalori: 1kcal
  • Karbohidrat: 0.1g
  • Manganese: 55% daripada Nilai Harian (Daily Value)
  • Vitamin K: 3mg
  • Kalsium: 2mg
  • Karotena: 1μg

Kandungan Berkhasiat Dalam Bunga Cengkih

Kandungan berkhasiat bagi cengkih ialah Eugenol sebagai antioksidan. Selain itu, terdapat juga kandungan Nigericin yang penting dalam pengawalan gula dalam darah. Manganese penting dalam pembuatan tulang dan ketumpatan tulang, serta kandungan oleanolic acid (OA) sebagai komponen yang bertanggungjawab di dalam antikanser.

10 Khasiat Bunga Cengkih Pada Kesihatan

1. Kaya dengan antioksidan

Bunga cengkih mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh badan, malah cengkih juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan dapat mengurangkan tekanan oksidatif.
 
Tekanan oksidatif ini berpunca daripada radikal bebas seperti proses metabolik tubuh badan (penjanaan tenaga), asap rokok, melakukan senaman, pencemaran udara, penggunaan dadah dan racun perosak serta terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari.

Antioksidan akan mengurangkan tekanan oksidatif dengan menstabilkan radikal bebas tersebut. Setelah menjadi stabil, radikal bebas dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik. 

Di dalam bunga cengkih, terdapat antioksidan semulajadi iaitu eugenol, di mana terdapat kajian  mengatakan tindakan eugenol sebagai antioksidan untuk menghentikan kerosakan radikal bebas adalah 5 kali ganda berkesan berbanding vitamin E yang merupakan antioksidan penting. 

Dengan menggunakan bunga cengkih di dalam diet bersama dengan makanan yang tinggi antioksidan mampu meningkatkan kesihatan diri kita. 

Power tak power khasiat bunga cengkih ni kan... Hebat Allah yang Maha Kaya Menciptakan.

2. Membantu mencegah penyakit kanser

Kajian mendapati bunga cengkih dapat membantu melawan penyakit kanser. Didalam satu kajian tabung uji mendapati ekstrak bunga cengkih dapat menghentikan pertumbuhan ketumbuhan dan mampu merangsang kematian sel kanser. 

Didalam kajian lain, minyak cengkih yang pekat dan banyak mampu menyebabkan sel mati sebanyak 80% terhadap sel kanser esofagus.

Eugenol dan oleanolic acid yang ditemui di dalam cengkih mempunyai ciri-ciri antikanser. Namun begitu, kajian yang dilakukan adalah kajian tabung uji dan bukan merupakan kajian ke atas manusia. Ianya menggunakan ekstrak cengkih, minyak cengkih dan eugenol yang sangat pekat dan jumlah yang banyak.

Jadi, bukanlah kata mampu merawat kanser, Cuma mencegah dan mungkin juga mengurangkan risiko kanser jika amalkannya. Kita usaha je la kan... Allah Maha Menentukan. 

3. Dapat mencegah keracunan makanan

Cengkih didapati mempunyai ciri-ciri antimikroorganisma, dimana ianya mampu menghentikan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria. Kajian tabung uji menunjukkan minyak cengkih mampu membunuh bakteria yang seperti E.Coli. iaitu sejenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan keracunan makanan.  

Jadi, bagus kalau masak memasak masukkan dua tiga ketul bunga cengkih ni dalam masakan. Bau pun wangi... khasiat pun dapat. 

4. Membantu kesihatan mulut

Cengkih juga mampu menjaga kesihatan gusi. Dalam kajian menyatakan ekstrak cengkih mampu membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi. Hal ini juga disokong oleh kajian lain yang menyatakan cucian mulut yang mengandungi cengkih, minyak pokok teh dan selasih mampu memberikan perubahan positif kepada kesihatan gusi selepas 21 hari penggunaannya.

Ianya termasuk juga pengawalan plak dan bakteria di dalam mulut.  Dengan gabungan memberus gigi secara kerap dan mengamalkan kebersihan mulut yang betul, kesan aktibakteria daripada cengkih mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan mulut.

Ha... info baru juga ni... MF nak la beli ubat gigi cengkih lepas ni... Korang pun kena cuba juga... Ada jual kat shopee jenama Olive House lagi... 

ubat gigi cengkih
Beli kat shopee di sini: https://shp.ee/qy53i97


5. Boleh membantu mengawal gula di dalam darah

Pengambilan cengkih juga mampu menjaga paras gula dalam darah agar dalam keadaan terkawal. Kajian mendapati cengkih dan komponen nigericin yang terdapat di dalam cengkih mampu meningkatkan penggambilan gula dari darah kepada sel. Ianya juga dapat meningkatkan rembesan insulin dan membaiki fungsi sel untuk membuat insulin.

Insulin ialah sejenis hormon yang bertanggungjawab di dalam membawa gula daripada darah kepada sel. Fungsi insulin yang baik akan membantu mengawal kenaikan paras gula.  Namun begitu, dengan gabungan diet yang seimbang, pengambilan cengkih mampu mengawal paras gula di dalam darah.

6. Boleh menggalakkan kesihatan tulang.

Kekurangan jisim tulang ini akan menyebabkan kepada osteoporosis dan akan meningkatkan risiko tulang retak dan patah.

Cengkih di dapati mampu memelihara jisim tulang di dalam kajian haiwan dengan meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang. Manganese yang terdapat di dalam cengkih adalah mineral yang terlibat dalam pembuatan tulang dan ianya amat penting dalam kesihatan tulang.

Bagus ni bagi yang tak suka susu kan... atau alah kepada hasil tenusu... Boleh la mula amalkan air cengkih atau kerap gunakan cengkih dalam masakan.

7. Boleh membantu meredakan ulser di perut

Kesakitan ulser perut dapat dikurangkan dengan mengambil cengkih. Ulser perut ialah kesakitan atau luka yang terjadi pada dinding perut, duodenum dan esofagus. Ianya terjadi apabila lapisan perlindungan di perut semakin menipis disebabkan stress, jangkitan dan genetik.

Di dalam kajian, pengambilan minyak pati cengkih mampu meningkatkan pengeluaran cecair gastrik.  Di mana, cecair gastrik ini bertindak sebagai penghalang dan membantu mencegah hakisan dinding perut daripada asid pencernaan di dalam perut. 

8. Digunakan sebagai ubat penahan sakit

Cengkih telah digunakan sebagai ubat penahan sakit sejak abad ke-13 lagi. Ianya digunakan di dalam sakit gigi, mahupun sakit pada bahagian sendi. Komp0nen yang terlibat sebagai penahan sakit ini ialah eugenol, yang menyebabkan rangsangan kalsium dan klorida di dalam sistem saraf yang mampu memberikan kesan analgesik. Namun begitu, dos yang digunakan ialah tinggi untuk dijadikan ubat penahan sakit iaitu 50, 70 dan 100mg/kg berat badan.

9. Membantu melegakan penyakit pernafasan

Perubatan tradisional menggunakan cengkih sebagai bantuan pernafasan. Cengih sering digunakan di dalam the di Asia untuk membantu dan merawat batuk. Selain itu, terdapat juga aroma terapi yang menggunakan cengkih yang dipanaskan sebagai satu cara merawat masalah pernafasan seperti batuk, asma, bronchitis dan resdung.

Tambahan lagi, menjadi kebiasaan bagi orang Asia mengunyah cengkih untuk mengubati sakit tekak dan keradangan pada saluran pernafasan. Dengan campuran bersama madu, ianya mampu meredakan kesesakan nafas.

10. Mempunyai sifat antithrombotik

Cengkih mempunyai sifat anti-trombotik. Dimana, ianya mampu membuat pembekuan darah menjadi lambat kerana mempunyai eugenol. Pengambilan cengkih mempunyai kesan positif pada individu yang mempunyai masalah pendarahan seperti yang mempunyai masalah darah membeku dengan cepat.

Namun, bagi yang mempunyai masalah darah ini perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil cengkih.

Petua tradisional guna bunga cengkih

Selain khasiat dari kesihatan, sebenarnya cengkih sudah lama digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah manusia. 

Jom tengok apa petua tradisional guna bunga cengkih.

1. Kawalan serangga

Bunga cengkih ini adalah pembunuh serangga perosak tanaman secara organik tanpa menggunakan tambahan bahan kimia. 

Cara-caranya adalah:
  1. Renihkan 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1L air 
  2. Biarkan air rebusan tadi mendidih dan matikan api selepas air tersebut mendidih 
  3. Masukkan air rebusan tersebut ke dalam botol semburan dan sembur seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.

2. Halau semut

Pernah tak kita tanam pokok, nanti ada semut berderet kat sekitar tanaman kita. Semut ni kadang boleh jadi serangga perosak pada akar pokok yang kita tanaman. 

Jadi, cara untuk mengelakkan kehadiran semut di kawasan tanaman adalah menggunakan bunga cengkih, kisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan kisaran tadi di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.

3. Mencegah kehadiran lalat

Bunga cengkih disifatkan sebagai alat untuk mencegah kehadiran lalat. Hal ini disebabkan, lalat gemar kepada bau-bauan makanan, mereka akan datang beramai-ramai untuk menghinggap pada makanan. 

Jadi, bunga cengkih ini mampu menghalang kehadiran lalat. Caranya adalah ambil buah epal atau limau dan cucukkan bunga cengkih pada buah tersebut. Dengan kewujudan bauan bunga cengkih, ianya mampu menukar bau haruman makanan kepada bau haruman bunga cengkih. 

4. Mencegah nyamuk

Bunga cengkih berfungsi sebagai pencegah nyamuk secara semula jadi. Cara menghalau nyamuk secara tradisional adalah campurkan lemon dan bunga cengkih selepas itu biarkan ia. 

Nyamuk akan hilang dan ni juga bergantung kepada jenis nyamuk la.. Sebab ada nyamuk kebal dengan petua-petua ni, jadi ridsect je lah jawabnya... haha

5. Mengawal rumpai

Rumpai akan menghalang pertumbuhan tanaman, jadi kita buat racun rumpai guna cengkih. Bagi menyediakan racun rumpai secara organik, cara-caranya:

  1. Sediakan pati minyak bunga cengkih 
  2. Campurkan sedikit garam bersama 20 titik minyak pati bunga cengkih bersama 20oz cuka dalam botol penyembur 
  3. Goncang campuran tadi sehingga sebati dan semburkan pada rumpai yang hendak dimusnahkan. 

6. Membantu menghilangkan bau mulut dan sakit gigi

Bunga cengkih bagus untuk sakit gigi. Ramai yang masukkan bunga cengkih pada gigi yang berlubang untuk redakan sakit. Petua lain untuk sakit gigi dengan menggiling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja ke dalam lubang gigi tersebut. 

Dengan haruman bunga cengkih yang semula jadi ini, ianya juga mampu membantu menghilangkan bau pada mulut. Terdapat 2 cara untuk menghilangkan bau mulut iaitu : 
  1. Ambil bunga cengkih yang masih segar atau yang sudah kering, kunyah sehingga lumat. Manfaat mengunyah cengkeh ini sangat elok untuk bau mulut. 

  2. Tumbuk 10 biji bunga cengkih sehingga lumat beserta 3 ulas bawang putih kemudian gosokan ke gigi dan berkumur-kumur sehingga bersih lakukannya 3 hari sekali. 

7.  Menghilangkan bau peti sejuk

Peti sejuk akan mengeluarkan pelbagai bau-bauan disebabkan oleh percampuran pelbagai barangan di dalamnya.
 
Jadi terdapat satu tip untuk menghilangkan bau peti sejuk iaitu masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalam peti sejuk. Ianya mampu mehilangkan bau dalam peti sejuk. 

8. Jadikan sebagai wangian rumah 

Bunga cengkih boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Campurkan beberapa bunga cengkih dengan beberapa batang kayu manis dah percikkan sedikit vanilla. Ianya dapat menjadi wangian semula jadi di dalam rumah. 

Bagi menaikkan lagi kewangiannya pastikan kawasan yang diletakkan wangian ini tidak terlalu besar kerana ditakuti wangian tersebut hilang ditutupi oleh keluasan kawasan. 

Balik nak try buat tengok...

9. Melawan sakit kepala

Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan beberapa ulas bunga cengkih dan campuran lain. Cara-caranya:
  1. Jadikan bunga cengkih  paste(tumbuk sehingga lumat)
  2. Campurkan ia dengan garam batu. 
  3. Setelah selesai mencampurkan kedua-dua bahan ini masukkan ia ke dalam segelas susu. (campuran ini dapat megurangkan rasa sakit kepala). 
MF nak cuba buat juga sebab suami MF selalu diserang migrain dan vertigo..

Khasiat bunga cengkih yang ramai orang tak tahu


10. Membantu mengurangkan stress 

Stress mampu membuat semua manusia hilang kewarasan. Dengan terapi semula jadi ini ianya mampu megurangkan stress. 

Didihkan bunga cengkih, daun pudina dan daun kemangi (boleh cari kat shopee). Kemudian ambil air rebusannya untuk diminum tetapi disarankan campurkan sedikit dengan madu untuk menambahkan rasa kemanisannya. 

Ini ialah salah satu cara tradisional yang mampu mengurangkan stress secara alami. Kenyatan ini belum dibuktikan secara saintifik lagi tetapi boleh diamalkan jika tidak memudaratkan. 

11. Dijadikan sebagai perapi rambut 

Jika seseorang mempunyai masalah dengan rambut keriting dan tidak terurus, campuran beberapa ulas bunga cengkih bersama minyak zaitun boleh digunakan sebagai perapi rambut secara semula jadi. 

Ia membantu dalam meningkatkan aroma dan mengekalkan warna rambut bagi yang mewarnakan rambut. 
 
Memang menarik petua guna bunga cengkih ni... Boleh dicuba.

12. Membantu melancarkan penghadaman 

Cengkih melancarkan pencernaan dengan merangsang rembesan enzim pencernaan. Cengkih boleh dipanggang, dibakar, dan diambil bersama dengan madu untuk melegakan masalah pencernaan.

Petua untuk yang alami sembelit atau masalah perut.

13. Menghilangkan kesan kulit hitam di wajah

Bunga cengkih boleh membantu di dalam mehilangkan kesan kulit hitam di muka. 

Caranya:

Tumbuk bunga cengkih, kulit kayu manis dan pucuk jambu batu sehingga lumat dan campurkan ia dengan minyak zaiton. Sapukan pada kulit 2 kali seminggu. Adunan ini adalah skrub muka semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia.

14. Mengawal muntah

Pengambilan serbuk cengkih goreng dengan madu dapat mengawal muntah secara berkesan. 

Cengkih didakwa secara turun-temurun membantu menghentikan muntah-muntah. Rendaman air bunga cengkeh juga bagus untuk dicium bagi menghilangkan mual. 

Bagi yang amali mabuk perjalanan boleh juga amalkan bau cengkih... 

15. Pembasmi kuman secara semula jadi

Bunga cengkih mempunyai beberapa ciri-ciri anti bakteria. Jadi, ianya boleh menjadi pembasmi kuman secara semula jadi. 

Jadikan bunga cengkih dalam bentuk minyak setelah itu tambahkan beberapa titisan ke dalam air bersama bauan lain contohnya lemon atau lavender. Ianya boleh digunakan untuk membasmi kuman di rumah.

16. Merawat batuk 

Walaupun tiada kajian yang mendalam mengenai bunga cengkih mampu merawat batuk, tetapi cengkih ialah salah satu cara tradisional untuk merawat batuk. 

Caranya adalah campurkan bahan-bahan seperti sireh, buah pelaga, gula batu dan bunga cengkih. Setelah dicampur semua bahan ini rebuskan ia sehingga mendidik. Tapis air rebusan dan minum dua kali sehari untuk mehilangkan batuk.

Batuk dan sakit tekak adalah salah satu simptom covid-19. Dan pengalaman dari ramai bekas pesakit covid-19 amalkan minum air cengkih + lemon + madu untuk redakan sakit tekak dan batuk ni untuk meredakan simptom covid. Dan ramai gunakan bunga cengkih untuk covid ni. 

Jadi, boleh diikhtiarkan... Allah yang Menyembuhkan.

Kesan pengambilan cengkih

Pengambilan cengkih dalam masakan tidak mempunyai kesan ketara kepada tubuh badan. Namun, pati minyak dikira selamat penggunaannya jika diambil dalam kuantiti yang rendah dari 1500mg/kg berat badan. 

Sekiranya diambil dalam kuantiti yang lebih akan memberikan kesan kepada hati. Manakala, WHO menyarankan kuantiti sehari yang boleh diterima ialah 2.5mg/kg berat badan manusia. Pengambilan cengkih dalam sederhana tidak memudaratkan.

Jadi, jangan berlebihan lah walaupun cengkih ni banyak khasiat kan. 
Sederhana itu lebih baik..
Apa pun memang terbaik guna cengkih ni.. Bau pun wangi dan khasiat nya pun banyak. MF sendiri pun baru tahu juga beberapa khasiat bunga cengkih ni. 


_________________
Rujukan:
rootofscience.com
bidadari.my

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Banyak betul khasiat cengkih ni kan.. waktu kuarantin dulu memang dok rebus dan gunakan untuk redakan demam, batuk bagai.. alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Kalau sebut bunga cengkih, asalkan sakit gigi memang akan guna bunga cengkih utk tahan sakit.
    Selain tu, suami lah rajin sangat rebus air bunga cengkih utk diminum macam teh, katanya banyak khasiat. Kitorang pun ikut je lah minum.
    Thanks MF share info menarik ttg cengkih.

    BalasPadam
  3. Bunga cengkih memang banyak kahsiat dye. Cuma kene betul cara guna and sukatannya. macam mana la agaknya rasa ubat gigi bunga cengkih tu.

    BalasPadam
  4. Tq share...boleh try ni letak kt pkok..sllu ada smut smpai mati pokok

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan