GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Fakta Tentang Laksa Johor Yang Mesti Kita Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Fakta Tentang Laksa Johor Yang Mesti Kita Tahu | Laksa satu menu yang biasa di makan sebagai “side dish” bagi orang Malaysia. Setaip negeri ada laksa dengan resepinya yang tersendiri.

Laksa yang popular di Malaysia ialah:
  • Laksa Kedah
  • Laksa Penang
  • Laksa Johor
  • Laksa Terengganu
  • Laksa Sarawak

Yang MF nak kongsikan adalah pasal laksa Johor. 

Sebab laksa Johor ni sejenis yang unik dan ada yang kata pelik. 

Apa yang pelik? 

Jom kita baca 10 fakta tentang laksa Johor ni. 

10 Fakta Tentang Laksa Johor Yang Mesti Kita Tahu
google images


Fakta tentang laksa Johor

  1. Laksa Johor dikatakan  dicipta oleh tukang masak istana Johor mengikut citarasa Sultan.

  2. Gunakan bahan mentah yang mahal seperti ikan parang, udang, dan tulang kurau masin.

  3. Kelihatan seperti Laksa Kelantan tetapi lebih merah kerana mengandungi rempah kari. 

  4. Laksa Johor tak menggunakan laksa berasaskan beras, sebaliknya gunakan mi spageti (Itali).

  5. Spageti yang telah direbus, akan bahagi menjadi sukatan kecil dipanggil "cap". Kalau siapa biasa makan akan nampak macam mee sanggul je... sebab dah dibahagikan kepada “cap” yang kecil. Senang nak makan.

  6. Timun dipotong dengan teknik katsuramuki (Jepun) menjadi gulungan panjang.

  7. Laksa Johor dihidangkan di dalam pinggan, dan bukannya di dalam mangkuk.

  8. Cara nak makan laksa Johor ialah dengan menggunakan tangan kosong, tanpa gunakan sudu dan garfu.

  9. Dipadankan dengan sambal belacan sebagai penaik rasa penambah selera. 

  10. Laksa Johor biasanya dimasak waktu perayaan dan keraian. Jarang nak jumpa kedai atau gerai masak laksa Johor. Tak macam laksa Penang yang memang ada orang jual di pasar malam dan gerai tepi jalan. 

Resepi Laksa Johor

10 Fakta Tentang Laksa Johor Yang Mesti Kita Tahu
Sumber: google images


Bahan-Bahan:

  • 1 kg ikan parang atau sardin (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
  • santan, dari 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • minyak masak
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
  • 2-3 kepingan asam keping
  • gula melaka
  • garam

Bahan-bahan untuk stock udang:

  • kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • Bahan-bahan untuk kisar halus (A):
  • 1.5 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
  • 8-10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 batang serai, hiris nipis
  • 1 sudu besar belacan bakar
  • 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut

Bahan-bahan untuk kisar halus (B):

  • isi udang, anggaran semangkuk kecil
  • 100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
  • isi ikan rebus (dari bahan atas)
  • Bahan-bahan untuk spaghetti:
  • 1 paket spaghetti
  • 1 sudu besar garam
  • air secukupnya
  • sedikit minyak

Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:

  • timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
  • taugeh, buang ekor
  • daun kesum, hiris nipis
  • kacang panjang, hiris dadu
  • bawang besar, hiris nipis
  • limau kasturi
  • lobak masin,celur dan rincik halus
  • bunga kantan, hiris nipis
  • daun selasih, hiris nipis
  • Bahan-bahan untuk sambal belacan:
  • 6-8 biji cili merah
  • 10-15 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • belacan bakar, sebesar ibu jari
  • air perahan jus limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk stok udang:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Kemudian tapis airnya.

Cara-cara untuk spaghetti:

  1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
  2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

Cara-cara untuk kuah laksa:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
  2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
  5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
  6. Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan

Cara-cara untuk sambal belacan:

  1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
  2. Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

Tips:

  • Penggunaan jenis ikan amat mempengaruhi rasa laksa Johor. Kebiasaannya ikan parang menjadi pilihan kerana isinya yang manis dan sedap, tetapi boleh juga dicampur bersama ikan lain seperti sardin, kembung atau selar.
  • Kuah pula harus direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan supaya kuah laksa akan pekat cantik tidak tidak terlalu pecah minyak dari lemak santan.

Kredit resepi Che Nom... Asal resepi dari Chef Wan. 

Menarik kan Laksa Johor. Tapi walaupun begitu... Takde salahnya kalau modified resepi ni... Ye lah... kita rakyat biasa tak mampu nak makan ikan mahal kan... Jadi, asalkan guna ikan ye dak.. Jangan guna ayam sudah... 

3Ulasan

  1. akak ni nama je orang johor tapi sekali pun akak tak pernah masak laksa johor hhehehe...
    tapi laksa lemak terengganu dan laksa penang akak biasa masak sebab senang hehehhe...
    bagi akak laksa mana-mana negeri semua sedap, semua akak suka makan heheheh

    BalasPadam
  2. hangat yaaa isu laksa ni sejak semalam hehe..
    pape pun saya tak makan sangat laksa jadi tak amek port.. baca jela komen2 kelakar hehe..

    BalasPadam
  3. sedapnya laksa..baru makan laksa kedah baru ni mak mertua masak..hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ