Review Xiaomi Redmi Note 9s

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Review Xioami Redmi Note 9s | Smartphone adalah kawan baik manusia zaman sekarang. Manusia tidak boleh hidup tanpa smartphone. 

Smartphone dicipta untuk mudahkan kerja manusia. Dan rata-rata orang sekarang memang ada smartphone, tak kira murah atau mahal, yang pasti ada. 

Pertama kali MF guna smartphone pada tahun 2012. Sebelum tu MF guna Handphone Nokia 1110 je... Kiranya anak murid lebih canggih la waktu tu... Cikgu pakai Nokia, anak murid dah pakai iPhone. 

Ada rezeki lebih, MF upgrade handphone ikut perkembangan semasa. Tu pun sebab handphone Nokia tu rosak, bila call, orang sana tak dengar kita cakap, mic dia rosak. Jadi, MF tukar.

Smartphone pertama

Minat pada Nokia masih menebal, MF beli Nokia Lumia. Best, laju tak masa tu Nokia guna sistem Windows bukan Android... Agak tak user friendly. Seminggu pakai, MF trade in smartphone lain. Kebetulan masa tu Samsung Note baru release, MF beli Samsung Note. 

Alhamdulillah, seronok pakai... kira paling canggih dah masa tu kan... Mahal beli.. Pakai 2 tahun... sekali skrin retak, dan terus bergelap phone tu. Berfungsi tapi tak nampak skrin dia. 

Terpaksa cari phone baru... Masa tu sesak plak duit.. Jadi, ke Seng Heng la cari yang boleh bayar bulan-bulan. MF beli smartphone Sony Xperia Z1.. sebab masa tu suami pakai Sony Xperia Z. Dia hutang kat PENAMA, MF hutang kat Seng Heng. 

Alhamdulillah, rezeki lebih sikit, beberapa bulan lepas tu bayar lum sum habis... Jadi, kejap je la hutangnya tu. 

Puas hati sangat pakai Sony .. Berbaloi harga ribu-ribu... Lepas 3 tahun pakai, bateri dia kong teruk.. Pernah tukar bateri sekali, lepas tu kong lagi... terus fikir ambil phone lain... 

Beli smartphone online

Kali ni tak nak hutang dah... 2016 MF beli smartphone Xiaomi Redmi 4x di Lazada... Tolak voucher menang contest kat blog, dapat la RM400 lebih... 

Alhamdulillah, masih berjasa smartphone ni.. tahan lasak, cuma tak larat cas bateri sehari dua kali.. akhirnya, 2020 MF beli lagi smartphone lain.. cari bateri besar sikit... belek-belek, beli RealMe 5i kat Shopee... 

Sebulan lebih pakai, tak serasi dengan MF kot kan, jadi hang la... dan ada yang tak puas hati pakai... MF jual... suami jualkan kat kawan dia... 

Kali ni, malas dah nak beli online, pergi terus kedai jual phone dekat dengan rumah... sebelum tu dah survey dulu nak beli phone apa... 

Selepas dibelek, ditelek dan akhirnya, MF kembali berjodoh dengan smartphone Xiaomi. Akhirnya, kami beli Xiaomi Redmi Note 9s. 

Review Xiaomi Redmi Note 9s

Memang MF bajet smartphone bawah RM1000, sebab kami sejenis yang sayang duit nak beli yang mahal.. sebelum ni pun beli hutang yang mahal tu, kali ni malas nak hutang... jadi beli yang mampu milik je la.. 

Lepas beli, memang seronoklah... sebab sebelum ni MF pengguna Xiaomi kan... Jadi, tak kekok nak eksplore. 

Dan sebenarnya, MF beli 2 unit... untuk suami satu... Jadi, dapatlah kami pakai smartphone yang sama macam zaman bercinta 12 tahun dulu... hehe... 

Kenapa pilih smartphone Xiaomi Redmi Note 9s


Sebelum beli pasti MF survey dan bandingkan dengan smartphone lain. Jadi, antara spefikasi yang MF tengok sebelum beli ialah bateri, RAM, prosessor dan kamera. 

Spefikasi Xiaomi Redmi Note 9s


NETWORK

Technology

GSM / HSPA / LTE

LAUNCH

Announced

2020, March 23

Status

Available. Released 2020, April 30

BODY

Dimensions

165.8 x 76.7 x 8.8 mm (6.53 x 3.02 x 0.35 in)

Weight

209 g (7.37 oz)

Build

Glass front (Gorilla Glass 5), glass back (Gorilla Glass 5), plastic frame

SIM

Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)

DISPLAY

Type

IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors

Size

6.67 inches, 107.4 cm2 (~84.5% screen-to-body ratio)

Resolution

1080 x 2400 pixels, 20:9 ratio (~395 ppi density)

Protection

Corning Gorilla Glass 5

PLATFORM

OS

Android 10, MIUI 11

Chipset

Qualcomm SM7125 Snapdragon 720G (8 nm)

CPU

Octa-core (2x2.3 GHz Kryo 465 Gold & 6x1.8 GHz Kryo 465 Silver)

GPU

Adreno 618

MEMORY

Card slot

microSDXC (dedicated slot)

Internal

64GB 4GB RAM, 128GB 6GB RAM

MAIN CAMERA

Quad

48 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/2.0", 0.8µm, PDAF
8 MP, f/2.2, 119˚ (ultrawide), 1/4.0", 1.12µm
5 MP, f/2.4, (macro)
2 MP, f/2.4, (depth)

Features

LED flash, HDR, panorama

Video

4K@30fps, 1080p@30/60/120fps, 720p@960fps, gyro-EIS

SELFIE CAMERA

Single

16 MP, f/2.5, (wide), 1/3.1" 1.0µm

Features

HDR, panorama

Video

1080p@30fps

SOUND

Loudspeaker

Yes

3.5mm jack

Yes

BATTERY

Charging

Non-removable Li-Po 5020 mAh battery

 

Fast charging 18W

FEATURES

Sensors

Fingerprint (side-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass




Antara yang MF tengok ialah Bateri...

Kalau tengok spec tu, setaraf dengan smartphone mahal kan... Tapi harganya baru RM899 dan tauke kedai bagi RM890... 

Xiaomi Redmi Note 9s Review

Review Xiaomi Redmi Note 9s


Review MF pakai selama lebih satu minggu ni:
  • Bateri memang tahan lama... 2 3 hari baru cas... Tu full online tu, kalau tak selalu guna mau seminggu sekali cas kan...
  • Cas bateri cepat... Dalam 45 minit penuh.. guna charger dia bagi je.. tak pakai fast charger pun... Kalau off phone masa cas lagi cepat lah... Dalam 35 minit ke 45 minit dah boleh full ... Memang cepat... Walaupun bateri dia besar... 
  • Kamera memang cantik... sebelum ni, kamera phone Xiaomi ni memang orang pertikaikan, tapi kali ni MF puji... memang cantik... 
Contoh gambar...
Review Xioami Redmi Note 9s
Ni guna real punya effect cahaya.... takde filter... 


Review Xioami Redmi Note 9s

  • Speaker memang biasalah, kuat dari phone yang sebelum ni MF pakai.. puas hati kuat dia.. 
  • Dengan prosessor dia, memang puas hati buat kerja dan main game... 
Jadi, memang fall in love dengan phone ni.. Puas hati... Dan MF memang fall in love dengan barang brand Xiaomi ni.... Antaranya dalam wishlist ialah Robotic Mop Vacuum Cleaner... Kena himpun duit la dulu, sebab harga dia sama dengan phone ni juga... 

Tapi banyak alatan elektrik brand ni... Memang suka juga. 

Apa pun, MF suggest kalau sesiapa nak beli phone bajet bawah RM1000... boleh masukkan dalam wishlist handphone ni. 

Sekian, semoga bermanfaat

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. wah best tu. sebelum ni mama penah pakai xiaomi note 4 tapi note 9 ni lagi best la

    BalasPadam
  2. Harga hp sekarang boleh dapat motor sebiji dah.

    BalasPadam
  3. Maria sama dgn shida, segan betul nak keluarkn byk2 cash kdg2 rasa nak pkai je hp yg rosak tu smpai betul2 xleh guna ^_^

    BalasPadam
  4. di sini, yang keluar note 9 and note 9 pro, tak ada note 9s

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !