GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nak Kenal Orang Tu, Cuba Tengok Cara Dia Duduk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nak Kenal Orang Tu, Cuba Tengok Cara Dia Duduk | Sebenarnya, Allah jadikan manusia ni unik. Walaupun sama fizikal tapi tabiat dan peel berbeza.

Kalau ikut kajian psikologi, banyak cara nak kenal seseorang tanpa soal itu ini. Melalui body language atau gerak atau gaya badan pun boleh kenal orang tu macam mana.

Tapi, ini hanya ramalan berdasarkan kajian mengikut respondan … Tapi tidak boleh dikatakan valid untuk seluruh umat manusia pula.

Jadi, mungkin betul atau mungkin tidak. Tapi boleh dijadikan satu rujukan yang bukan mutlak untuk kita kenal seseorang.

Selain daripada rahsia cara berjalan dan  juga rahsia gaya tidur seseorang, kedudukan kaki semasa duduk juga menggambarkan sifat seseorang itu. Menurut ahli psikologi, cara kedudukan kaki semasa duduk menggambarkan niat dan karektor dan watak diri sesorang itu.

Nak Kenal Orang Tu, Cuba Tengok Cara Dia Duduk

kenali personaliti melalui cara duduk, kenali personaliti, cara nak kenal seseorang

Posisi A


  • Orang yang sering duduk di posisi ini berpendapat cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mengabaikannya. 
  • Mereka suka melibatkan orang lain dengan masalah mereka untuk melepaskan diri.
  • Merupakan orang yang mudah untuk berkomunikasi. 
  • Individu ini memiliki character yang menarik, kreatif, dan agak kebudak–budakan. Pada masa yang sama mereka tidak berfikir sebelum bercakap.


Posisi B


  • Individu yang sering duduk di posisi ini merupakan seorang realisasi imaginasi. 
  • Mereka penuh dengan idea – idea yang baik dan baru. 
  • Mereka juga sering dihargai di tempat kerja. 
  • Suka mengembara dan menjalinkan persahabatan. 
  • Mereka juga tidak suka membazir masa dengan perkara yang negatif.


Posisi C


  • Individu ini mementingkan keselesaan. 
  • Tidak berfikiran terburu – buru dan kebiasaannya mereka akan berfikir panjang sehingga mengambil masa berhari – hari sebelum membuat keputusan. Ini kerana mereka ingin semuanya sempurna dan berjalan dengan lancar. 
  • Kehidupan mereka biasanya tidak teratur namun mereka tahu bagaimana untuk mengatur hidup mereka. 
  • Mempunyai masalah untuk memberi tumpuan kerana fikiran mereka sering mengembara.


Posisi D


  • Orang yang suka duduk dalam posisi ini tidak suka menjadi lewat. 
  • Ini kerana mereka adalah individu yang pintar, tidak suka kelam kabut. 
  • Mereka juga tidak suka bergaduh dengan orang lain dan mereka berasa tidak selesa untuk menunjukkan emosi secara umum. 
  • Mereka tidak mempunyai masalah untuk meluahkan perasaan mereka dan pada masa yang sama mereka dianggap kurang ajar. 
  • Rumah dianggap tempat perlindungan kerana disitulah mereka berehat sepenuhnya. 
  • Individu ini juga tidak gemar menerima kritikan kerana ia dianggap sebagai serangan peribadi dan secara tidak langsung mereka akan mempertahankan diri.


Posisi E


  • Orang yang duduk di posisi ini tidak pernah tergesa-gesa dan mereka percaya bahawa segala-galanya akan datang pada masa yang tepat. 
  • Bersifat degil dan tidak pernah berputus asa sehingga mereka mencapai matlamat mereka. 
  • Mereka mementingkan penampilan luaran dan bersedia untuk melabur untuk kelihatan lebih baik kerana mereka kurang keyakinan diri.


Selain cara 5 cara duduk ini, satu lagi posisi duduk ialah selalu duduk bersila je atas kerusi. Haha… MF la tu… Yang jenis ni nak masuk kategori mana pula? Haha… Mungkin jenis anak kampung, dah biasa tak duduk atas kerusi, bersila je kan… Jadi, sampaikan atas kerusi pun nak bersila juga… hehe…

Tapi ini hanya ramalan sahaja… Not valid 100 percent. Cuma nak tanya, korang available cara duduk yang mana? Hehehe..

0تعليقات