GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa Yang Anda Perlu Tahu tentang Kempen beli barangan Muslim #BMF

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apa Yang Anda Perlu Tahu tentang Kempen beli barangan Muslim #BMF | Kempen #bmf atau penuhnya Buy Muslim First adalah satu kempen atau gerakan yang digerakkan atas kesedaran belia Muslim tentang menyokong produk Muslim.

Gerakan ini menyebabkan tertubuhnya satu Page yang kukuh untuk mengumpul orang Islam di Malaysia menyokong kempen ini.

Selepas beberapa isu di cetuskan menyebabkan orang Islam di Malaysia bertindak untuk melancarkan kempen ini.

Apa Yang Anda Perlu Tahu tentang Kempen beli barangan Muslim #BMF

Ada beberapa yang kita perlu tau tentang kempen ini, supaya takde yang salah faham.

Kempen beli barangan Muslim

Sejarah kempen produk Muslim pada zaman Rasulullah SAW. 


1. Rasulullah pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam. Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam, Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekanan ekonomi. Baginda Nabi berdoa:

اللهم أعني عليهم بسبع كسبع يوسف . فأصابتهم سنة حصدت كل شيء حتى كانوا يأكلون الميتة

“Ya Allah, bantulah daku dengan menimpakan sesuatu ke atas Quraysh seperti kemarau tujuh tahun yang menimpa kaum Nabi Yusuf. Maka Quraysh ditimpa tahun kemarau sehingga mereka terpaksa memakan bangkai.” (HR al-Bukhari).

2. Keadaan kemarau dan ekonomi yang meruncing ini benar-benar memberikan tekanan kepada Quraysh sehingga Abu Sufyan datang memohon kepada Rasulullah agar mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat Qurasyh. Kata Abu Sufyan:

أي محمد، إن قومك قد هلكوا، فادع الله أن يكشف عنهم فدعا

“Wahai Muhammad, sesungguhnya kaummu sedang binasa. Maka doa kepada Allah agar diangkat musibah ini, lalu Rasulullah mendoakan mereka.

3. Selain itu, seorang sahabat Nabi bernama Thumamah ibn Uthal al-Hanafi turut pernah mengenakan boikot ekonomi terhadap Quraysh. Ketika beliau datang untuk menunaikan Umrah ke Mekah, Quraysh mendakwa Thumamah telah terkena sihir Muhammad. Thumamah yang juga ketua kaumnya bersumpah akan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Quraysh. Kata Thumamah:

لا والله لا تأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن في ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم

“Demi Allah, tidak akan ada satu biji gandum pun daripada al-Yamamah yang akan dieksport ke Mekah sehinggalah kami mendapat keizinan Rasulullah.” (HR al-Bukhari)

4. Tekanan dan kepungan ekonomi juga pernah dikenakan ke atas Yahudi Bani al-Nadhir yang telah melanggar perjanjian dengan Rasulullah. Beberapa insiden ini menunjukkan tindakan tegas Rasulullah dan sahabat terhadap kaum yang memusuhi Islam.

Kempen beli barangan Muslim

Fakta tentang Kempen beli barangan Muslim 

1. Kempen ini adalah salah satu jihad ekonomi dalam Islam.

2. Kempen ini menyatupadukan masyarakat Muslim di Malaysia.

3. Kempen beli barangan Muslim bermaksud mengutamakan produk Muslim dalam segenap aspek kehidupan. Terutamanya barangan keperluan harian.

4. Kempen ini tidak menyuruh mana-mana pihak memboikot produk bukan Islam. 

5. Tiada larangan untuk membeli barangan bukan Islam. Cuma kempen ini mengutamakan produk Islam dahulu, jika tiada produk Islam barulah dahulukan produk Muslim.

6. Kempen ini menyebabkan kebanyakan produk Muslim dan jualan usahawan Muslim meningkat. Alhamdulillah.

7. Kempen ini menyebabkan beberapa harga barangan runcit turun harga mendadak.

8. Kempen ini memberikan kesedaran kepada umum supaya mendidik generasi akan datang sebagai menjadi pengeluar bukan lagi pengguna.

9. Kempen ini boleh dikatakan berjaya, kerana menjadi penyatu yang hebat antara orang Islam.


KAEDAH UTAMAKAN PRODUK MUSLIM 


  1. Cari dan Beli Produk Muslim Di Kedai Muslim! 
  2. Jika Tidak Ada Kedai Muslim, Beli Produk Muslim Di Kedai Non-Muslim 
  3. Jika Tidak Ada Produk Muslim, Beli Produk Non-Muslim Di Kedai Muslim 
  4. Jika Tidak Ada Produk & kedai Muslim, Beli Produk Non-Muslim Di Kedai Non-Muslim 


Kuasa membeli adalah ditangan anda. Majoriti pengguna adalah Muslim. Sekiranya sesuatu kaum jelas menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin, maka jihad ekonomi adalah salah satu daripada jalan menghadapinya.

Dalam masa yang sama, Muslim juga seharusnya membantu produk Muslim yang lain dalam membina kekuatan ekonomi buat kaum Muslimin itu sendiri.

Ikuti Page Kempen Sokong Produk Muslim untuk mengetahui lanjut tentang produk serta kempen ini.

Beli produk Muslim dan utamakan peniaga Muslim. Insha Allah...

Moga sedikit usaha kita menjadi ladang pahala di akhirat sana.


Apa pun, jaga adab dan tutur kata... Jangan mengutuk, provoke atau kecam pihak yang lagi satu... Tak perlu pun buat camtu kalau betul nak berjihad. Jadilah orang Islam yang sebenar.



Rujukan :  Telegram Dr. Ahmad Sanusi Azmi dan Page Kempen Sokong Produk Muslim.

2تعليقات

  1. Sebagai seorang Muslim memang kita disarankan untuk buy Muslim products first namun ramai yang salah anggap dengan mengatakan ianya untuk memboikot.. By the way saya suka perkongsian sis MF..

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ