GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Ceraikan Isteri Ketika Mengandung

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Ceraikan Isteri Ketika Mengandung | Bab munakahat yang perlu kita pelajari. Kalau bab talak ni satu isu yang tak boleh dibuat main.

Talak boleh jatuh dalam apa jua keadaan sekalipun... Sama ada dalam sedar atau tidak, cuma ada ulama mengatakan talak tidak jatuh jika suami dalam keadaan gila. Tapi kalau dalam keadaan mabuk, jatuh talak. Apa pun, boleh rujuk bab ni dengan para asatizah dan ustaz/ustazah untuk ulasan lanjut.


Cuma, kecoh baru ni kes penceraian ketika isteri sedang mengandung. Ramailah netizen berbalah, ada kata jatuh, ada kata tidak jatuh talak.

Ok, ini penjelasannya.



Kata Mufti Wilayah,

Majoriti ulama mengharuskan talaq isteri sewaktu dia sedang hamil. Tsabit satu hadith:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ طَلَّقَ امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ فَذَكَرَ ذَلِكَ عُمَرُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا ثُمَّ لِيُطَلِّقْهَا طَاهِرًا أَوْ حَامِلًا

Maksudnya: Dari Ibnu Umar RA bahwa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Kemudian Umar bin Khatthab RA menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khatthab RA, ‘Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar RA) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil. [Sahih Muslim (1471)]

Haram Ceraikan Isteri Ketika Haid

Hadith ini menjelaskan dua hukum, iaitu haramnya talak sewaktu isteri sedang haid, dan harusnya talak sewaktu isteri sedang hamil.

Imam al-Nawawi sewaktu mensyarahkan hadith ini berkata, hadith ini menjadi dalil keharusan talak sewaktu isteri sedang hamil yang jelas kehamilannya, dan ia merupakan pandangan mazhab Syafi’e.

Ibnul Mundzir berkata, pandangan ini juga dipegang oleh majoriti ulama, antaranya Thawus, Al-Hasan, Ibnu Sirin, Rabiah, Hammad bin Abi Sulaiman, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Tsur, dan Abu Ubaid.

Namun Ibnul Munzir turut menambah bahawa terdapat sebahagian ulama mazhab Maliki yang mengharamkannya, manakala Al-Hasan al-Basri memakruhkannya. (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 10/65) Salah satu qaul Imam Malik juga (Rujuk Al-Mudawwanah 2/4)

Hukum Ceraikan Isteri Ketika Mengandung

Talaq sewaktu isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talaq yang bukan sunniy, dan bukan bid’iyy, maka hukumnya adalah harus. Hal ini kerana ‘iddahnya tertakluk kepada kelahiran kandungan, bukan kepada haid. (Rujuk Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah 3/478, Syarh al-Zarqani ‘ala Mukhtasar al-Khalil 4/144, Hasyiyata Qalyubi wa ‘Umairah 3/349, Bahr al-Mazhab 10/18, Manar al-Sabil fi Syarh al-Dalil 2/237 dan Al-Taqrirat al-Sadidah fil Masai’l al-Mufidah, hal. 92)

Namun demikian jika tidak terzahir pada wanita tersebut tanda-tanda kehamilan, maka ia menjadi talaq bid’iy. (Rujuk Hasyiyah Bujairimi ‘ala al-Khathib 3/505)

Hukum ceraikan isteri ketika mengandung adalah harus

Namun pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat majoriti ulama yang mengharuskan penalakan wanita yang sedang hamil. Dan iddah bagi wanita hamil yang ditalak adalah sehingga dia melahirkan kandungannya sebagaimana firman Allah SWT berikut ini:

وَأُولاتُ الأحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

Maksudnya: Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. [Surah al-Thalaq (4)]

Kelayakan
Manakala dari sudut perundangan, sekiranya isteri diceraikan ketika dia sedang hamil maka dia juga layak mendapat kemudahan-kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan apa-apa perbelanjaan lain yang patut.

Sumber: Mufti Wilayah

Hukumnya, jatuh talak dan iddahnya sehingga melahirkan anak. Lepas bersalin habislah iddahnya. 

Cuma bak kata mufti, bagi yang mengandung satu fasa yang memerlukan sokongan orang tersayang. Jadi, seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiyar sebelum melafazkan cerai terhadap isteri  yang sedang mengandung.

2تعليقات

  1. Hukumnya diharuskan..namun berat tanggungan si isteri.Moga ada 1001 hikmah untuk semua.Kita hanya mendengar dan membaca apa yang dikongsi..permasalahan akarnya hanya empunya diri dan Allah swt yang tahu.

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ