GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Main Hujan Itu Sunnah dan Kelebihan Mandi Hujan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Main Hujan Itu Sunnah? | Bila hujan... Ada yang suka, ada yang merungut.

Waktu macam ni.. Dah beberapa hari tak hujan ni.. Bila datang hujan pasti seronok... Rasa nak mandi hujan je..

Zaman kecik dulu, suka main hujan... Nikmatnya. Tapi zaman sekarang hujan boleh jadikan kita demam bagi yang tak imun...

Tapi jangan tak tau... Main hujan  tu sunnah...

Main Hujan Itu Sunnah?

Ye ke?

Ikuti penjelasan dari Ustaz Rozaimi ini..

Main Hujan Itu Sunnah?


Soalan:

Salam ustaz. Sahih ke riwayat yang mengatakan Rasulullah saw akan membuka sedikit baju ketika hujan dan membiarkan air hujan mengenai badan baginda secara langsung? Jazakallah..

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Ia merupakan HADIS YANG SHAHIH.

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ أَنَسٌ : ” أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ ، قَالَ : فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنَ الْمَطَرِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا ؟ قَالَ : ” لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى ” .

Anas ra berkata: Kami bersama-sama Rasulullah saw pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah saw menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya). Kami bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau lakukan hal ini. Baginda saw menjawab: Kerana ia adalah makhluk yang Allah baru ciptakan. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Istisqa, hadis no: 898]

Imam an-Nawawi menghuraikan hadis di atas:

معناه أن المطر رحمة ، وهي قريبة العهد بخلق الله تعالى لها فيتبرك بها . وفي هذا الحديث دليل لقول أصحابنا أنه يستحب عند أول المطر أن يكشف غير عورته ليناله المطر ، واستدلوا بهذا وفيه أن المفضول إذا رأى من الفاضل شيئا لا يعرفه أن يسأله عنه ليعلمه فيعمل به ويعلمه غيره .

Hadis ini bermaksud: Hujan adalah rahmat, ia merupakan ciptaan Allah yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi saw mengambil bertabarruk (ambil berkat) dengannya. Hadis ini merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan dapat kena padanya. Hadis ini jua menunjukkan apabila seseorang melihat orang yang lebih mulia/alim melakukan sesuatu, sedangkan dia tidak mengetahuinya, maka hendaklah orang itu bertanya kepada orang yang lebih mulia tadi agar dapat mengamalkannya, dan mengajarkan orang lain. [Syarah Sahih Muslim]

Wallahua'lam.

Kredit: Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith


Larangan Mencela Hujan

Merungut ketika hujan

Jadi, haram mencela hujan... Dan Sunnah kenakan hujan dengan anggota tubuh badan kita yang bukan aurat...

Kelebihan Air Hujan 

Orang tua dulu-dulu, kalau hujan turun mereka akan menyuruh anak-anak masuk ke dalam rumah takut sakit kepala dan demam. Ya memang sakit kepala, selsema dan kadang-kadang memang demam. Tapi kenapa ini terjadi???

➡️ Kenapa boleh demam lepas kena hujan?

Jika kita sakit selepas terkena atau mandi air hujan, ianya bukan disebabkan air hujan itu merbahaya tetapi banyak benda kotor di dalam badan kita yang bertindakbalas dengan air hujan tadi.

Air hujan adalah sebagai bahan pencuci untuk menyah segala kotoran termasuk gangguan syaitan. Jika kita sakit yang teruk selepas mandi air hujan, kita perlu membuat rawatan susulan.

➡️ Cara Mandi Hujan Dengan Betul

1. Niat

Niat dalam hati mohon pertolongan daripada Allah tujuan kita mandi air hujan. Sebagai contoh, minta Allah keluarkan penyakit dari badan kita atau menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan dan mohon pada Allah. Jadikan air hujan sebagai api dan asid yang membakar jin dalam tubuh kita).

Jika kita mempunyai anak yang degil atau hyperaktif (5 tahun ke atas), niat mohon dilembutkan hatinya agar mendengar kata. mohon hilangkan segala gangguan syaitan.

Ini kami buat sendiri terapi ni... dan nampak lah perubahan pada si anak kami.. Korang juga boleh cuba mandi anak dengan air hujan.

2. Jangan Terus Mandi Jika Hujan

Biarlah hujan turun selama sekurang-kurangnya 10 minit, kemudian barulah kita mandi.
Sebab hujan awal tu bawa asid dan kotoran dari udara. Tak bagus untuk badan.

3. Jangan tadah air hujan

Untuk tujuan terapi eloklah mandi dengan air hujan yang turun terus dari langit. Ianya tidak terkena pokok, bumbung atau ditahan dengan baldi atau baldi.

4. Jangan mandi hujan renyai atau gerimis

Mandilah dengan air hujan yang lebat bukan gerimis.

Cara Minum Air Hujan

Tadah air hujan terus dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. Ini juga sebagai satu penawar.

6. Baca surah dan ayat kursi

Mulakan mandi sambil baca Al-Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-Ayat Kursi, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Lagi bagus jika mengingati ayat-ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit. Mandi sambil membaca sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit.

7. Tanda ada gangguan dalam badan

Jika anda merasa sakit di mana-mana bahagian badan, tepuk-tepuk pada bahagian yang terasa sakit itu. Sekiranya ada rasa mual, cuba muntah untuk keluarkan. Jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit atau jin yang mahu keluar.

8. Sental badan

Sental badan anda seperti menggosok daki di badan. Jika ada penyakit kulit, cara ini pun bagus untuk dilakukan.

9. Jangan terus lap badan

Selesai sahaja mandi, jangan lap badan anda kecuali rambut. Biar air di badan kering sendiri.

10. Bukan hanya sekali

Jika musim hujan, seeloknya lakukan terapi ini selama sekurang-kurangnya 3 hingga 7 hari berturut-turut.

Dalil Al-Quran berkaitan hikmah air hujan:

”Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa kabar gembira sebelum kedatangan rahmatnya (hujan) dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih, agar Kami menghidupkan dengan air itu negeri (tanah) yang mati, dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk Kami, binatang-binatang ternak dan manusia yang banyak. Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia supaya mereka mengambil pelajaran (daripadanya); maka kebanyakan manusia itu tidak mau kecuali mengingkari (nikmat)” (Al-Furqaan : 48-50)
“Ingatlah ketika Dia menjadikan kamu mengantuk sebagai ketentraman dari Nya dan Allah menurunkan hujan dari langit kepada kalian untuk menyucikan kalian dengan hujan itu dan menghilangkan gangguan-gangguan setan dari kalian, juga untuk menguatkan hati kalian dan memperteguh telapak kaki kalian.” (Al-Anfaal: 11)
“Dan Kami turunkan dari langit, air hujan yang diberkahi…”(Qaaf : 9)

MF suka main air hujan dari cucur atap... Waktu kecik dulu la... Tapi zaman sekarang tak macam hujan dulu.. Banyak bahan kimia dan toksik dalam udara kita... Jadi hujan tak berapa nak selamat kalau nak mandi macam dulu...

Tapi cukup main-main air hujan... Dan paling penting jangan mencela hujan yang turun.. Sebaliknya banyak kan doa ketika hujan turun.. Kerana hujan itu rahmat. 

2تعليقات

  1. seronok hari hujan. sejuk jeee sedap rasa nyaman dalam rumah..
    main hujan pun suka juga. tapi da beso xdela main kan hihi..

    ردحذف
  2. ye betul, saya sangat suka hujan tapi kalau lebat sangat macam ribut tu takut jugak :D

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ