GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

SELALULAH... adalah jawapan untuk persoalan KADANG-KADANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KADANG-KADANG... 



Kadang-kadang kita cuba nak faham apa yang Allah aturkan untuk kita,

Kadang-kadang kita persoalkan ujian yang Allah campakkan kepada kita,

Kadang-kadang kita rasa kecewa apabila kita tak dapat penuhi impian kita,

Kadang-kadang kita penat dan lesu sebab kita cuba untuk berubah, tapi kita tak dapat sokongan yang kita perlukan,

Kadang-kadang kita rasa rimas dan lelah untuk jadi baik,

Kadang-kadang kita rasa dunia tak adil pada diri kita, kerana seringkali kita dipersalahkan untuk benda yang remeh...
Atau dipersalahkan atas hal
Yàng tidak kita lakukan..

Dan kadang-kadang kita kesal, kita tidak tahu mengapa kita diciptakan.

SELALULAH... adalah jawapan untuk persoalan KADANG-KADANG

Apabila perasaan kadang-kadang ini datang menerpa, SELALULAH beristighfar dan mohon keampunan,

SELALULAH baca dan tadabbur ayat-ayat cinta dari Allah,

SELALULAH berjumpa dengan rakan-rakan yang soleh agar bertambah iman,

SELALULAH rasa bersyukur untuk setiap nikmat yang Allah kurniakan,

SELALULAH ingat ada yang jauh lebih malang daripada diri kita yang sebenarnya cukup keperluan,

SELALULAH cuba untuk sabar dan redha dengan setiap dugaan,

Dan SELALULAH bermuhasabah semula apa tujuan sebenar kita dijadikan.

Kerana pada KADANG-KADANG itu sentiasa ada syaitan yang membisikkan,

Sedangkan pada SELALU itu, sentiasa ada Allah yang penuh dengan kecintaan.


Senyum.... 😃😃😃

Kredit : Facebook Majlis Ilmu

0تعليقات