GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Mudah Masak Bubur Bayi, 5 Minit Dah Siap Masak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Mudah Masak Bubur Bayi, 5 Minit Dah Siap Masak | Tiga anak sebelum ni takde alami masalah berat badan. Walaupun makannya tak seberapa... Tapi berat sentiasa naik... Paling kurang 300gram setiap sebulan. 

Tapi, anak keempat lain ragamnya... Walaupun diberi makan, tapi berat dan perkembangannya tak memuaskan. 

Dua bulan berat naik 100gram sahaja. Tinggi pula naik 1cm. Seakan terbantut. 

Hati mula risau... Biasalah ibu kan... Dalam hati, dan tekad kena buat sesuatu... 

MF ni bekerja... Jika dulu setiap pagi gigih la masak tapi kadang terlambat bangun tak sempat masak bubur... Suami suap aje apa yang ada... Puree buah dan campuran oat. 

Bila begitu, memang risau... Kena juga bagi dia bagi bubur nasi. Jika tidak... Memang berat susah nak naik. 

Cara Mudah Masak Bubur Bayi, 5 Minit Dah Siap Masak

Dengan gigihnya, hari minggu yang lepas MF beli segala bahan untuk buat bubur bayi yang senang untuk dimasak dan segar untuk dimakan. 

Bila siap semuanya senang nak masak. 

Jadi, MF sediakan beras yang siap disangai (goreng tanpa minyak) dan di kisar halus.

Lepas tu buat pula puree carrot, chicken booth Dan puree saderi campur dengan brokoli dan frozen kan dalam bentuk kiub kecil. 

Cara Mudah Masak Bubur Bayi, 5 Minit Dah Siap Masak

Dan MF cuba masak dan bagi anak makan... Alhamdulillah... Dia suka... 

Cara Mudah Masak Bubur Bayi, 5 Minit Dah Siap Masak

Memang senang dan mudah sangat nak masak bubur lepas ni. Tak sampai 5 Minit Dah masak. Anak dapat makan bubur fresh dan bukan yang di sejuk bekukan. 

Cara Mudah Masak Bubur Bayi, 5 Minit Dah Siap Masak

Bahan yang telah disiapkan seperti beras yang di kisar dimasukkan dalam bekas kedap udara. Bila baby nak makan, cuma ambil satu skop masukkan dalam periuk campur dengan puree frozen dan satu cawan air... Masak dengan api yang perlahan. Kacau je sentiasa hingga agak pekat. Angkat dan tunggu hingga suam sebelum disuap pada bayi.

Cara Mudah Masak Bubur Bayi, 5 Minit Dah Siap Masak

Beras yang disangai akan keluarkan bau yang wangi. Nak lagi sedap boleh masukkan satu sudu kecil minyak zaitun atau mentega tanpa garam... Bubur akan jadi lemak-lemak berkrim gitu.

Alhamdulillah... Nampak la perubahan lepas dia makan ni... Harapan dengan usaha ni berhasil naikkan berat Mu'allim untuk check up 2 minggu lagi ni...

Bagi yang dalam usaha nak naikkan berat badan baby atau anak susah nak makan... Boleh cuba cara ni... Moga berhasil dan anak suka makan. 

1تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ