div id='header-inner'>

Apa Blogger Boleh Bantu Isu LGBT?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apa Blogger Boleh Bantu Isu LGBT? | LGBT, tak nampk serius sangat orang kita nak bantu banteras isu ni...

Geng blogger setakat ni mungkin tak berani nak ambil pusing isu ni...

Tapi MF pasti, mereka tahu isu ni...

LGBT, iaitu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender merupakan isu negara... Isu sejagat dan isu sosial yang sangat serius ...

Senang kata, golongan pondan, mak nyah, penkid ni jika dulu kita boleh tengok kat lorong-lorong gelap.. Tapi sekarang, golongan ni semakin berleluasa dan berpengaruh di media sosial.

Alah... biarlah... bukan diorang kacau kita pun...

Baik.. MF tulis ni untuk buka mata korang semua bahawa golongan ni bahaya tanpa sedar...

Pengaruh mereka kuat, sebab ada dalam kalangan mereka ni popular, jutawan produk dan sebagainya.

Contohnya, dalam kalangan pelajar sekolah dah ada yang mula menjadi seperti golongan ini...

Ya... pelajar ya.. yang lelaki jadi lembut, mula make up bertudung... ini memang pengakuan bangga pelajar itu sendiri...

Yang perempuan mula jadi pengkid siap ada mak we pula...

Ini pengalaman MF sendiri sebagai guru sekolah...

MF, tak perlu sebut siapa golongan yang songsang ni, sebab memang semua orang tau... kalau sebut tu macam promo la pula kan... Jadi, MF tak nak sebut... tapi korang tau sendiri siapa..

Golongan ni perlu kita benteras, boikot dan ajak kembali ke pangkal jalan sama-sama.

Kita sebagai blogger, wajib ambil tahu dan bantu atasi sebab kita sebahagian masyarakat yang berpengaruh.

Apa Blogger Boleh Bantu Isu LGBT?
Apa Blogger Boleh Bantu Isu LGBT?

Apa Blogger Boleh Bantu Isu LGBT?

Jom blogger, kita kempen supaya boikot golongan ini...

Jangan follow lagi IG atau FB golongan ini...

Jangan beli atau promosi lagi produk golongan ini...

Jangan klik atau share apa sahaja berita dari golongan ini...

Golongan ini golongan yang dilaknat Allah jika mereka tak bertaubat.
Bukan salah pihak kerajaan tak bantu mereka...
Bukan salah ibu bapa mereka, kerana ibu bapa dah berikan yang berikan buat mereka...
Bukan salah cikgu...
Tapi salah mereka, mereka yang memilih jalan itu kerana adanya sokongan dari pihak yang suka, like, share golongan ini... (siap puji cantik tu yang paling teruk tu).

Dah.. cukuplah..
Kita boleh bantu kempen, boikot golongan ini...

Kita beragama Islam kan... masa ni lah kita nak bukti kita Islam kan...
Bukan pada IC, bukan buat tak tau...
Bukan sebab dia tak kacau kita...

Tapi dia akan kacau masa depan anak cucu kita...

Ini ujian Allah untuk kita, sama ada kita nak bantu selesaikan atau tengok saja...

MF suka nak kongsikan coretan Akhi Adif dalam Telegram Channel ni...
Moga kita faham kenapa kita kena benteras golongan pondan, maknyah dan seumpamanya ini..

| LGBT - Gejala Jijik Yang Merosakkan |

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu dari badan isteri-isteri kamu?" Tanya Nabi Luth a.s kepada kekejian kaumnya yang gemar melakukan hubungan sejenis.

"Diamlah engkau wahai Luth! Jika engkau tidak mahu berhenti daripada mengutuk kami, maka kamu akan kami halau dari negeri ini" Bentak kaumnya yang berang kerana ditegur oleh Nabi Luth a.s diatas kemungkaran yang mereka lakukan.

Nabi Luth a.s membalas: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

Disebabkan kedegilan dan kegilaan para kaumnya itu, Nabi Luth a.s pun berdoa memohon kepada Allah SWT, "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Maka Allah SWT menyelamatkan Nabi Luth a.s serta pengikut pengikutnya daripada azab yang dahsyat yang menimpa kaumnya disebabkan kekejian dan kemungkaran (melakukan hubungan sejenis) yang telah mereka lakukan. Wal'iyyazubillah.

Kemudian Allah SWT menghancurkan kaum Nabi Luth a.s pada malam hari disaat mereka sedang asyik melakukan perkara yang amat keji dan jijik itu.

Jelas ustaz ketika menceritakan kisah azab ke atas kaum Nabi Luth a.s ini,

"ketika malaikat mengangkat bumi di mana kaum Nabi Luth a.s itu berada, tidak dirasai langsung oleh mereka itu walau sedikit gegaran bumi yang akan menyebabkan mereka tersedar daripada azab Allah SWT yang bakal mereka hadapi".

"Lalu diterbalikkan bumi tersebut sehingga menjadilah kaum Nabi Luth a.s yang ingkar itu ditimpa bumi dan batu batu yang amat dahsyat sehingga mematikan kesemuanya". Sambung ustaz menamatkan cerita.

Hari ini masih lagi terdapat kesan azab pada negeri yang diazab oleh Allah SWT itu. Sememangnya Allah SWT sengaja meninggalkan kesan azab itu sehingga hari ini agar kita umat yang terkemudian ini mengambil pengajaran dan pelajaran daripada kisah tersebut agar kita tidak menjadi seperti mereka.

Malangnya sehingga saat ini masih terdapat ramai golongan yang memilih jalan "songsang" ini sebagai cara hidup mereka samada secara sembunyi sembunyi mahupun terang terangan. Wal'iyyazubillah

Dan yang paling membimbangkan lagi adalah apabila seseorang mengakui secara terang terangan dia seorang "Gay Muslim". Ini amat jelek dan jelas sekali bercanggah dengan agama dan pastinya dia memahami agama dengan akal semata tanpa panduan wahyu Allah SWT.

Aduh! buntu sekali fikiran ini untuk memilih ayat yang benar benar tuntas untuk menyangkal dan memisahkan perkataan "Gay" dengan perkataan "Muslim" ini. Mana mungkin kesucian islam boleh disamakan dengan satu istilah yang cukup jelek bahkan pelakunya dilaknat oleh Allah SWT.

Amat benarlah kata Dr Fadli Ghani, "Allah SWT menurunkan syariat untuk diikuti manusia, pada waktu yang sama manusia dikurniakan akal juga. Kalau semua (manusia) ikut akal, puja akal dan kebebasan akal, beginilah jadinya."

Gejala LGBT ini amat membimbangkan kita pada hari ini. Betapa mudahnya gejala songsang ini berkembang dan dianuti oleh umat manusia terutama di Malaysia adalah berpunca daripada kejahilan hidup mereka yang tidak mahu mengikuti panduan wahyu Allah SWT. Bagi golongan ini, hanya semata mata nafsu dan akal sahaja yang perlu dituruti. Ini amat merosakkan!

Patutlah Allah SWT ada berfirman didalam kitab suciNya yang bermaksud,
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." [7:179]

Gejala LGBT ini amat serius dan perlu ditangani oleh semua pihak. Jangan ada diantara kita hanya berpeluk tubuh dengan membiarkan gejala ini terus merebak dikalangan masyarakat kita. Ini kerana kelak kita sendiri yang akan menyesal apabila melihat anak anak kita telah dirosakkan oleh gejala yang jijik ini. Wal'iyyazubillah.

Pihak yang berkuasa lebih lebih lagi amat  penting memainkan peranan untuk membendung gejala yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT ini. Jangan dibiarkn mereka sewenang wenangnya menyampaikan ideologi jijik mereka kepada masyarakat. Kekang dan ubatilah mereka!

Azab Allah SWT pasti akan datang menimpa kita jika kita membiarkan mereka terus menerus bebas mengamalkan kehidupan yang songsang lagi jijik ini. Jika pun Allah SWT tidak menterbalikkan bumi kita ini nanti, tetapi azab seperti penyakit AIDS, penyakit kelamin, crisis identity, terputus zuriat, lambakan manusia jahil dan banyak lagi yang akan berlaku. Dan ini sudah cukup untuk merosak dan membinaskan kita serta umat islam yang lain dimasa akan datang. 

Ingatlah! disamping kita membanteras gejala LBGT yang merosak ini, mohonlah kepada Allah SWT agar kita dan ahli keluarga kita serta zuriat keturunan kita tidak dilanda bahkan dijauhkan oleh Allah daripada gejala ini. Wallahu'alam.

#AkhiAdifGorment via Telegram Channel.

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)