GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jangan Tangguh 5 Amalan Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Satu hari Rasulullah s.a.w bersegera keluar selepas solat Asar, sehingga melalui di celah-celah makmum sahabat, baginda pulang ke rumah. Kemudian apabila baginda kembali, dijelaskan " aku teringat ada satu barang sedeqah di rumahku, lalu aku tidak suka ia dibiarkan lalu aku segera ingin menyerahkannya (kepada yang berhak)". (Al-Bukhari).

Jangan Tangguh

Antara pengajarannya, JANGAN BERTANGGUH dalam melaksanakan perkara kebaikan, segerakan :-
a. Pembersihan wang haram & syubhah,
b. Zakat yang sudah masuk tempoh,
c. Bayar hutang yang sudah sampai tempoh kena bayar.
d. Sedeqah yang sudah lama diniatkan
e. Semua amal ibadah seperti solat bila masuk waktu, memohon maaf ke atas mangsa dan sebagainya.

Moga Ramadan dan Syawwal kita lebih berkat dan beroleh keampunan Ilahi.

Kredit : #DrZaharuddinAbdRahman

2تعليقات

  1. selalu bayar hutang tu berat benar orang nak buat. pinjam laju.. sikit2 tu xpela kita halalkan. yang banyak tu perit jugala nk lupa.. jalan terbaik kalo boleh janganla meminjam.

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ