GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

41 Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

41 Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri | Zaman sekarang dah canggih... kad raya dah lama pupus tapi tak pupus terus, cuma dah kurang orang gunakan kad raya. Tambah dengan servis dari pos laju yang bermasalah akibat kekurangan pekerja, lagilah orang dah malas nak hantar kad raya.

Jadi, ucapan raya secara digital melalui SMS atau Whatsapp menjadi pilihan masa kini.

Ucapan raya , mesti ayatnya canggih sikit kan... Jadi MF kongsikan koleksi ucapan dan pantun hari raya aidilfitri yang best.

41 Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri
41 Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri

41 Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri

#ucapanraya 1

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 2

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 3

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 4

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 5

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 6

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 7

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 8

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 9

Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 10

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir dan Batin.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 11

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 12

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 13

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 14

Ucapan Raya bahasa Nogori 9:

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam.

Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang.

Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato.

Dogup bicagho, meghisik raso.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada (nama penghantar dan family)
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 15

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata

Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.

MOHON AMPUN dan MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 16

Ada ketikanya…
MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir,
 dan HATI silap mnduga.
Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidil Fitri.
 ----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 17

I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH dan WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived safely to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U dan family.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 18

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 19

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku dan sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
dan sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 20

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 21

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 22

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Page amanz dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN…

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 23

Jinak2 burung merpati,
jinak lagi burung sendiri,
Burung merpati di pegang lari,
burung sendiri di pegang berdiri,
Selamat menyambut Aidil Fitri ;p
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 24

Kata telah terlafaz,
tangan telah tergerak,
prasangka telah terungkap,
Tidak boleh diundur lagi,
Kecuali “saling maaf” jalain ukhuwah dan kasih sayang raih indahnya kemenangan hakiki,
Selamat Hari Raya Iedul Fitri 1439 H.Maaf zahir batin
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 25

“”!J+!J 7!p!e eheJ !JeH fewe7aS
“”u!feq dan J!He7 dvvw uOHOw
*Terbalikkan dulu HPnya kalau mau baca :)
Taqaballahu minna wa minkum. Semoga spirit Ramadan terus bersama kita di sebelas bulan berikutnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 26

Heroin Hindustan sangatlah cun,
dikenali ramai namanya Kajol,
sayangkan anak beli la mercun
supaya senang dan cepat kojol

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 27

Main mercun dimalam hari
main bersama anak Pak Ali
Hari raya meriah sekali
disambut sanak dan juga saudari (Nama)

 Selamat Hari Raya Aidilfitri
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 28

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 29

UCAPAN RAYE KHAS DR TEMAN, OGHANG PERAK

Ayo sungei bukan selalunye jeghoneh
Gitu juge labun teman
Kapeh pun idok juge nyemedang putih..
Ghopetu juge hati ini
Langit juge kekadang idok nyemedang bighu
Ghopetu juge hidup ini
Jalan pun idok juge selalu lughuih
Macam tu juge langkoh teman
Adakalenye jatuh tejeghombab juge
Mengkalu maap itu boleh diungkap haghi ini
Meghonjang ape nok nunggu ghaye tiba?
Sedangkan hembusan napeh⏳ pun Kite pun tak penoh tahu bile akan beghenti
Ate.........bile dikenangkan......
Make daghi itu........TEMAN ingin Mohon Maap bebanyok ateh
Segale dan seknike......
Kesalahan dan Kekhilafan mawupun
Kelaku buwat....saloh
yg sengaje dan idok sengaje......
yg boleh nyakitkan hati mengkome
......(sedehhhh).......
.. Sebelum ghemadhan pegi
.. Sebelum aeidul peteghi datang
Sebelum umat islam makin sebuk...lagut....hingke.....dan nyebukkan dighi
Sebelum wassap line tak mandang......
Sebelun line tepun tesangkut...sangkut......biyo le teman update siap2.....
Dighi ni mohon maap...bebanyok ateh semuwe kesalahan...
selamat menikmati haghi haghi akhir Ghomadhan.
Mohon le bebanyok doa pada Illahi.
Selamat nyambut haghi kemenangan.....eidul piteghi.....daghi diri teman pada yg mengenali teman seadanye🚘🚍🚖

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 30

#HIDUP CUMA SEBENTAR#
SEBENTAR senang
SEBENTAR sedih
SEBENTAR Susah
SEBENTAR berduit
SEBENTAR ketawa
SEBENTAR lagi…
$SALAM LEBARAN Aidil Fitri$
Mohon Maaf Zahir dan Batin

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 31

Ya Allah, Ya Rabbi Ya Tuhan Kami,
Sempena kedatangan Syawal yang barakah ini,
Muliakan dan sayangilah sahabatku yang sedang membaca SMS INI.
Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya,
Berkati rezekinya, kuatkan imannya.
Berikan kepadanya kenikmatan ibadah,
Jauhkanlah dirinya daripada fitnah,
Suburkan benih Keislaman pada diri dan keturunannya, dan
Masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu tanpa hisab.
Amin Ya Rabbul’alamin
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 32

Adakala, kapas tak selalunya putih, begitulah ucapanku.
manakala jalan tak selalunya lurus, begitulah langkahku.
kadangkala air tak selalunya jernih, begitulah hatiku
namun apakala, Syawal datang menjelma, maaf kupinta zahir dan batin

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 33

Jika langkah membekas lara,
Jika kata merungkai dusta,
Jika jelingan jadi bisa,
Jika tingkah menoreh luka,
Jika suara menikam rasa,
Ampun dan maaf dipinta,
Hapuskan dosa tanpa dikira,
Agar sempurna sedia kala,
Tiada prejudis tiada wasangka,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 34

Hari Raya Semua Bagai Nak Gila,
Bila Puasa Buat-buatlah Lupa,
Berpakaian Semua Harus Sepadan,
Tapi Puasa Tak Cukup Sebulan.

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 35

Dalam kerendahan hati

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 36

Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut hari lebaran.

.A.Y.A P.E.R.T.A.M.A C.A.N.T.I.K B.E.R.S.E.R.I
B.E.R.B.A.J.U K.U.R.U.N.G B.A.G.A.I P.U.T.E.R.I
D.U.I.T R.A.Y.A J.A.N.G.A.N L.U.P.A D.I.B.E.R.I
S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A A.I.D.I.L.F.I.T.R.I
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 37

Makan nasi dalam pinggan,
Minum air dalam gelas,
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan,
Maaf dipinta, sambut tangan dibalas..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
 ----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 38

_Eid Mubarak_

_Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin atas segala kekhilafan kepada guru-guru dan sahabat-sahabat semua._

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

صِيَمَنَا وَ صِيَمَكُمْ

وَجْعَلْنَا مِنَ الْعَائِدِين وَالْفَائِزِين

كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ

_Semoga berbahagia dan bergembira bersama keluarga dan sahabat handai menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba_...😊

_Salam Aidilfitri daripada: ………… dan keluarga,
2018M/1439H
------------------------------------------------------------------

#ucapanraya 39

Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Text dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 40

          Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

           Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

               Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

                Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

              Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

      Negeri Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

 Selangor dan K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

                 Perak
Gulei tempoyak ikan mayong
Doroyan busok tebok dek tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei

                Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

               Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

               Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

                Sabah
Gunong kinabalu tinggi bah,
Org sabah bawah bayu..
Hari raya jgn lupa bah,
Ok bah kalau kau...

               Sarawak
Bulan posa sik boleh bebulak,
Makan megi betapok tapok,
Iboh takut asuk menyalak
rilek lah pok.....

                  Jawa
Nyimpan jenong nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingopuro.

                  Hatyai
ดังนั้นที่นี่คุณชอบไม้โอ๊ค
ฉันรักคุณชอบว่าวโอ๊ค
วันหลังจากวันพรุ่งนี้ raye
โอ๊ค โอ๊คพอ ๆ กันความสุข

----------------------------------------------------------------

#ucapanraya 41

We wish you all the love and happiness that this year brings! Happy holidays and have an awesome time with your friends and family.


Fuh... panjang kan...

kesemua ucapan ni MF dapat dari whatsapp, telegram, dari SMS yang dulu-dulu dan juga media sosial yang lain. MF kumpul dan tapis sebab ada ucapan yang tak sesuai...

Korang boleh copy mana-mana ucapan dan hantar kepada sesiapa yang korang suka... kalau nak share semua, guna je butang share yang ada...

Semoga bermanfaat dan semoga raya kali ni... dapat hubungkan silaturahim yang terputus... insha Allah... 

0تعليقات