GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pengajaran Telemovie QALBU di Slot Cerekarama TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pengajaran Telemovie QALBU di Slot Cerekarama TV3 | Setelah sekian lama tak layan drama, semalam sempat layan sambil siapkan  kerja rumah apa yang patut.

Semalam banyak pula drama kat TV... MF ni drama bersiri tak layan, tapi kalau drama habis terus.. Takde sambung-sambung tu layan lah.

Lepas pilih punya pilih channel akhirnya layan cerekarama kat TV3.

Simple tajuk dia QALBU. Dari perkataan Arab, QALBU bermaksud hati.

Baca sinopsis macam Best... Jadi teruslah melayan sambil buat kerja rumah...

Rupanya memang best juga dan banyak pengajaran drama ni...

Sebelum tu, jom ikuti sinopsis ringkas drama/Telemovie QALBU.

Kisah Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.

Memang ringkas sinopsis ni... Tapi apa maksud QALBU dalam cerita ini... kisah tentang hati siapa?

Drama ni buatkan kita juga bermain dengan perasaan hati... rasa sedih, geram, marah dan segala macam rasa di hati.

Tapi, drama ni memang sarat dengan pengajaran... dan ini yang MF nak kongsikan dengan semua.

Pengajaran Telemovie QALBU di Slot Cerekarama TV3

Pengajaran Telemovie QALBU di Slot Cerekarama TV3

1. Bijak Memilih Isteri

Banyak kisah rumahtangga zaman sekarang hal tentang isteri curang. Hal isteri yang hanya nak hidup ketika senang. Itu realiti. Bila suami kurang beri perhatian sibuk cari makan luar. Wanita akhir zaman sekarang memang berani.

Itulah watak yang dimainkan oleh isteri Kamal, Salina lakonan Fasha Sanda yang menjadi isteri derhaka kepada Kamal. Bukan sahaja curang dengan suami, tapi juga Fasha Sanda membawa watak ibu yang jahat mendera dan mengabaikan anak kerana lelaki lain.

Akhirnya, Salina menerima Kifarah atas dosanya sendiri... Lelaki yang dia puja, akhirnya curang juga dengan dia dan dia ditangkap oleh SPRM atas kesalahan pecah amanah dan dipenjara selama 8 tahun.

Itulah, pengajaran penting dalam drama ini... Wahai lelaki, bijaklah kamu memilih isteri.

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai banyak anak (subur), kerana aku bangga dengan sebab banyaknya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad No: 13594 , dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

2. Sentiasa Pantau dan Nasihati Isteri

Pengajaran buat suami... Selalu dan sentiasa lah pantau isteri... di media sosial tambah-tambah lagi...

Jangan terlalu beri kelonggaran kepada isteri... Jangan beri 100% kepercayaan kepada isteri... tak kira isteri tu bekerja atau pun suri rumah sepenuhnya.

Seperti yang berlaku kepada rumahtangga Kamal dan Salina... kerana percayakan isteri.. isteri tikam belakang suami... curang dan pecah amanah... Bahkan Kamal kena tanggap dengan SPRM pun atas perangkap dari Salina... Sebab dia nak mudah tuntut cerai dan bebas buat apa sahaja dengan kekasih hatinya.

3. Jangan Mudah Percaya Kawan

Ini pengajaran penting juga... Kamal mudah percaya kawan. Jadi dalam keadaan terdesak, kawan akan mudah makan kawan.

4. Tak Semua Banduan Tu Jahat

Dalam penjara tak semua yang jahat tu jahat sebenarnya. Kadang depa buat salah sebab terdesak dengan hidup.

Seperti kisah hidup Toyu yang dipenjara kerana pecah amanah. Kerana terdesak nak gunakan duit untuk pembedahan jantung ibunya, dia guna duit syarikatnya bekerja.

Tapi dia salah langkah sebab dia pinjam along sebab nak ganti duit yang dia dah ambil dari syarikat dia.

5. Jangan sesekali Pinjam Along

Biar susah macam mana pun jangan pinjam along... Gadaikan lah barang apa yang kita ada asalkan jangan pinjam Along. Along memang tak boleh dipercayai langsung.

Seperti yang berlaku pada Toyu lakonan Fauzi Nawawi ... Dia pinjam along, lepas tu Along tu juga yang rompak duit tu semula... Lepas tu dia kena tanggung hutang along hingga akhirnya meragut nyawanya sendiri.

6. Kesan Penceraian

Penceraian satu perkara halal yang dibenci Allah. Memang teruk kesan penceraian terutama kepada anak-anak.

Itulah yang berlaku pada anak-anak  Kamal... Anaknya terabai selepas ibunya sendiri abaikan mereka.

Menumpang kasih dengan nenek yang juga Ibu Toyu lakonan Wan Maimunah. Namun, hilang arah tuju bila ibu Toyu meninggal dunia.

Tapi lepas Toyu dilepaskan dari penjara dia berjanji akan menjaga anak-anak Kamal. Tapi disebabkan kes along, anak Kamal turut menjadi mangsa. Mereka dilanggar lori ketika lari menyelamatkan diri dari Along selepas mereka membunuh Toyu.

7. Ujian Hebat Untuk Orang Hebat

Ini lah input akhir MF nak katakan... Ujian hebat untuk orang yang hebat. Allah tak kan uji kita jika kita tak mampu...

Begitulah kisahnya hati atau QALBU Kamal yang diuji Allah... Kasih kepada keluarga... Dan kerana kasih itulah dia diuji Allah.

Dari kisah Salina isterinya yang curang... Anaknya yang hilang, mati dilanggar... Akhirnya dia kecundang... Hatinya tak kuat, dan terlalu mengenangkan kisah yang berlaku dalam hidupnya... Dia akhirnya jadi kurang siuman.

Sebenarnya, banyak lagi pengajaran yang tersirat dalam Telemovie ni. Tak mampu MF rungkaikan.. Kena tonton sendiri barulah akan terkesan di hati..

Bagi yang terlepas untuk menonton Telemovie ni... Boleh tonton online di sini:
http://www.layandrama.org/qalbu-2018-telemovie.html

Barisan Pelakon: Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah, Wan Maimunah dan ramai lagi

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ