GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Travel Bajet Part 1 : Layan Kapal Terbang Berlepas di KLIA 2

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Travel Bajet Part 1 : Layan Kapal Terbang Berlepas di KLIA 2 | Cuti Raya Cina, kira cuti akhir sebelum MF naik sekolah selepas 3 bulan cuti bersalin. Kali ni kami travel bajet lagi dengan Viva660 enjin turbo... 6 beranak naik Viva, boleh aje.. Ingat tak muat... Muat aje... Sebab kami semua saiz S ke L je..


Tujuan asal ke Selangor ialah melawat mak mentua dan kakak ipar di Banting. Lebih separuh hari habiskan masa di Banting, mula plan nak ke mana...

Teringat kekecewaan nak bawa anak-anak tengok kapal terbang dari dekat di Senai sebab tak de kapal terbang yang berlepas. Kami terus ke KLIA2 untuk lihat kapal terbang berlepas dari dekat.

Dari Jenjarom ke KLIA2 tak jauh mana... Berpandukan Maps kami bergerak ke sana dari rumah kakak.

Sampai sana dah petang. Mencari Port menarik untuk parking dan layan kapal terbang. Ternampak parking untuk menunggu di luar pintu masuk KLIA2. Kami tak masuk parking dalam sebab kalau nak jalan terus untuk lihat real KLIA2 tu tak mampu dah sebab petang, anak-anak dah penat.. Si kakak dah tidur pula masa tu.

Travel Bajet Part 1 : Layan Kapal Terbang Berlepas di KLIA 2

Jadi, terus je parking kat Waiting Parking... Buka sunroof dan nikmati kapal terbang berlepas...


Travel Bajet Part 1 : Layan Kapal Terbang Berlepas di KLIA 2

Travel Bajet Part 1 : Layan Kapal Terbang Berlepas di KLIA 2

Seronok tengok kapal terbang yang rendah... Si kakak pula tidur... Kejut pun tak bangun dah.. Penat sangat la tu...


Lepas puas tengok, selfie dua tiga das... Terus gerak ke destinasi yang seterusnya itu ke tempat kenangan lama sewaktu menetap di KL iaitu Gombak.

Sebelum sampai sana, kami ke Sg. Besi untuk beli menu di Top Steak House. MF pernah reviews di entry ni... Ada komen kata mahal dan tak sedap... Jadi, kali ni kami kembali untuk rasa.. Sama ke tak macam dulu.

Lepas beli makanan terus ke Gombak, cari hotel bajet... Bermalam semalam di sana sebelum ke destinasi seterusnya esok harinya.


P/s: Memang betul, menu di Top Steak House dah tak serupa dulu...

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ