GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa Taubat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

DOA TAUBAT

Taubat
Sumber : Google images 


“Aku mohon ampun pada-Mu wahai Allah Yang Maha Agung. Aku bertaubat dari segala dosa yang aku buat sama ada secara sengaja atau tak sengaja, yang aku tahu atau tak tahu, sembunyi atau terang-terangan dan baik dosa kecil mahupun dosa besar.

Ampunkanlah aku ya Allah kerana Engkau yang Maha Pengampun Maha Penyayang. Terima kasih Allah kerana gerakkan hati aku untuk bertaubat. Terima kasih Allah.

Ya Allah, sungguh aku menyesal atas semua perbuatan maksiat yang aku lakukan. Berilah aku petunjuk dan bimbingan menuju ke syurga-Mu. Aku tahu aku tak layak.  Namun aku juga tak mahu memasuki neraka-Mu.

Ampunkan aku ya Allah.  Kerana aku ingin kembali kepada-Mu dalam keadaan suci seperti kain putih. Aamiin ya rabbal alamiin."

Psss : Jika diri makin seronok beribadat, makin tenang, makin tekun membaiki diri dan segala-galanya mulai baik, ketahuilah bahawa itu petanda taubat kita diterima.  Insya Allah.

Jika tiada tanda ini setelah bertaubat macam mana pulak? Bertaubat lagi hingga kita sendiri meraih ketenangan. Kerana taubat itu bukan sekali, ia mesti dibuat berulang kali. Faham faham?

Kredit : Himpunan Doa

0تعليقات