GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perlukah Hebohkan Pertunangan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perlukah Hebohkan Pertunangan? | Tengah panas kan.. Pasal isu yang menjadi heboh sekarang.. Kalau sebut bab bertunang tau dah siapa yang dimaksudkan.

Tapi Takpe la... Mungkin mereka orang popular... Jadi perlu buat begitu untuk elakkan fitnah.. Tapi kita orang biasa-biasa ni.. Perlukah sampai begitu?

Perlukah Hebohkan Pertunangan?
Sumber : Google image 

Jadi, MF kongsikan sedikit ilmu mengenai Pertunangan dalam Islam..

Bertunang merupakan peringat awal dalam meneruskan langkah ke alam perkahwinan selepas adat merisik.

Walaupun pertunangan itu mudah, tetapi hakikatnya ramai dalam kalangan anak remaja kini mengambil ringan hingga terkeliru antara adat dan syarak.

Ketika mana kamu tertarik kepada seseorang  setelah melihatnya ,maka hendaklah kamu atau keluargamu melamarnya melalui ibubapanya. Apabila kedua-dua pihak bersetuju antara satu sama lain, maka secara tidak langsung telah berlakunya proses pertunangan.

Hikmah di sebalik pertunangan antaranya bertujuan agar pasangan yang ingin berkahwin dapat menempuh alam perkahwinan dalam keadaan pemikiran yang mendalam berpandukan hidayah, sekaligus dapat menghindari masalah serta pertelingkahan dalam kehidupan rumahtangga yang mungkin timbul pada masa akan datang, serta mengeratkan lagi ikatan antara keluarga di pihak si suami dan keluarga di pihak si isteri serta anak-anak dan sanak saudara masing-masing.

Rahsiakan Pertunangan 

Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan,
Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.”
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Secara lazimnya ia akan berakhir dengan perkahwinan. Akan tetapi tidak mustahil juga boleh tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’menjelaskan bahawa tujuan Islam menggesa pertunangan itu tidak  dihebah-hebahkan antaranya untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad dengki manusia yang akan memudaratkan orang lain.

Selain itu, merahsiakan pertunangan turut mengingatkan kepada kita bahawa pertunangan itu bukanlah pass ticket untuk kita saling bermesra-mesraan antara satu sama lain seperti gaya pasangan suami isteri, kerana pada hakikatnya pasangan bertunang itu masih dikira ajnabi dan perlu dijaga batas pergaulan antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Pertunangan tidak akan mampu menghalalkan yang jelas haramnya.

Bertunang hanyalah merupakan ikrar janji setia yang tidak akan mampu menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal. Menurut Islam, kalian masih terikat sama dengan hukum seperti seorang lelaki yang bukan muhrim kepada perempuan yang dilamar itu dan tidak boleh semudahnya keluar berdua-duaan bersama semata-mata beralasan untuk mengenal akhlak dan sifat pasangan tunang masing-masing.

Amat malang lagi apabila wujudnya ibubapa yang tidak memahami konsep pertunangan dalam Islam itu sendiri, dengan berpendapat bahawa bertunang ini menjadi ruang kebebasan mutlak kepada anak-anak mereka untuk keluar bersama pasangan tunang sehingga ada yang membenarkan untuk  tidur serumah.نعوذباللهمنذلك.

Rasullullah SAW bersabda:
لاَيَخْلُوَنَّرَجُلٌبِامْرَأَةٍإِلاَّكَانَثَالِثَهُمَاالشَّيْطَانُ
“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki berkhalwat(berdua – duaan)  dengan seorang wanita, melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”

Zaman mutakhir ini, sememangnya wujud segolongan masyarakat yang cuba memadam hujah para ulama’ dengan menyisihkan apa yang telah disyariatkan dalam agama. Kalian dapat melihat anak-anak dara dan teruna Muslim mendedahkan aurat, berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di khalayak ramai. 

Pengamalan atau adat dalam sesebuah masyarakat yang tidak selari dengan syarak secara jelasnya telah mengundang malapetaka dan keruntuhan sosial kepada alam pertunangan seperti kes zina ,rogol dan buang bayi.  Apakah ini layak dilakukan oleh pemuda Muslim yang telah merelakan Islam sebagai agamanya?

Jika kalian mahukan kemuliaan seorang wanita, kesolehan seorang lelaki, keselamatan rumahtangga serta masyarakat yang berakhlak, maka hayatilah ayat ini:
تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَا‌ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
‘’Itulah batasan-batasan Allah maka jangan kamu melampauinya! Siapa yang melanggar batasan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(al-Baqarah:229)

Si lelaki boleh berjumpa dengan tunangnya tetapi bersyarat,

Islam tidak mengongkong dan tidak bersifat tertutup .Tidak dibolehkan berdua-duaan antara pasangan bertunang tetapi dibolehkan dengan kehadiran mahram kepada si perempuan. Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam menegaskan:
أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ وَلا تُسَافِرَنَّ امْرَأَةٌ إِلاَّ وَمَعَهَا مَحْرَمٌ
“Ketahuilah! Janganlah seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan dan jangan juga bermusafir dengannya kecuali disertai oleh mahramnya”.
(HR Bukhari dan Muslim)

Maka syarak menetapkan si lelaki boleh berjumpa dengan tunangnya kepada perkara-perkara yang perlu seperti perbincangan berkenaan perkahwinan, namun dengan syarat ditemani mahramnya sebagai contoh ibu kepada si perempuan itu sendiri. Hikmahnya,  Islam turut memudahkan pasangan yang ingin melihat, berbincang serta mengenali tunangnya dengan lebih beradab dan secara tidak langsung menutup pintu fitnah kepada mereka dalam menuju hari bahagia.

Tidak boleh masuk meminang ke atas pinangan orang lain,

Islam merupakan agama yang amat menitikberatkan tentang penjagaan hak umatnya. Dalam hal pertunangan ini, jika seorang lelaki yang baik agamanya masuk meminang seorang perempuan yang bagus akhlaknya, lalu pinangannya diterima oleh si perempuan dan keluarganya, maka diharamkan bagi lelaki lain untuk masuk meminang kecuali jika putus ikatan pertunangan tadi atau lelaki itu memberi izin.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
لا يَخْطُبِ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَتْرُكَ الخَاطِبُ قَبْلَهُ، أَوْ يَأْذِنَ لَهُ الخَاطِبُ
“Janganlah seorang lelaki meminang atas pinangan saudaranya hinggalah peminang yang terdahulu meninggalkan atau mengizinkannya.”
(HR al-Bukhari).

Seperti kita semua ketahui, pertunangan atas pinangan orang lain ini akan menerbitkan rasa dendam, mewariskan sifat dengki, merosakkan ummah, menghancurkan kesatuan masyarakat serta membarahkan sifat benci dan fitnah dalam kalangan kaum muslimin. Namun Islam telah berlaku adil kepada umatnya dan memelihara pasangan yang ingin bernikah dari kezaliman.

Jadi, bertunang bukan tiket untuk hidup umpama suami isteri. Bukan tiket untuk bergambar berdua persis suami isteri...
Bertunang dengan gaya yang gah bak pengantin tiada dalam syariat Islam... Bahkan Islam minta kita rahsiakan pertunangan untuk mengelak malu.. Andaikan pertunangan tu tak berakhir dengan perkahwinan... Kita juga malu kalau kita hebohkan... Jadi, lebih baik rahsiakan.. Cukup yang mengenali yang tahu bahawa kita sudah bertunang.


MF tak de bertunang.. Cuma merisik.. Dan setahun kemudian, terus bernikah... Majlis pun hanya sebelah MF je.. Belah suami tak buat pun.. Tunggu lah anniversary kesepuluh nanti baru buat kenduri.. Hehe... Boleh anak-anak jadi pengapit kan... Baru best.. Lain dari yang lain.. Hehe... 

3تعليقات

  1. Mrs pip pun bertunang penuh rahsia...
    Cuma parents, pak long n adik beradik sahaja yg tau time tu.
    Kawan mrs pip ckp, mcm retis pula nak tunang rahsia2, hehe.
    Tp rasanya itu yg terbaik buat mrs pip time tu.

    ردحذف
  2. ida merisik sekali bertunang..sbb duduk jauh.heheh..senang sekaligus

    ردحذف
  3. good sharing. singgah klik ads and nak jemput join sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ