GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Sebenarnya Kegunaan Harta Kita Yang Ada

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Sebenarnya Kegunaan Harta Kita Yang Ada | Ada orang banyak harta... Bangga dengan harta yang ada.. Tapi dia tak tau apa sebenarnya kegunaan harta dia yang banyak tu...

Dalam Islam telah menggariskan bahawa harta yang ada sebenarnya untuk melangsaikan hutang yang ada. Harta yang ada Walaupun sikit gunakan untuk bayar hutang. Bukan berhutang untuk kumpul harta.

Ini Sebenarnya Kegunaan Harta Kita Yang Ada

Sumber :Google image 

Pemilikan Harta dan Pembayaran Hutang


عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ أُحُدٍ ذَهَبًا لَسَرَّنِي أَنْ لَا تَمُرَّ عَلَيَّ ثَلَاثُ لَيَالٍ وَعِنْدِي مِنْهُ شَيْءٌ إِلَّا شَيْئًا أَرْصُدُهُ لِدَيْنٍ

Dari 'Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah, Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya aku memiliki emas sebesar gunung Uhud, maka aku tidak suka jika ia masih berada disisiku selama tiga hari, dan sekiranya aku memiliki sedikit saja dari itu, nescaya aku telah membayarkan untuk hutang." (HR Bukhari No: 5964) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rezeki yang dimiliki adalah kurniaan Allah.

2.  Rasulullah SAW seorang yang pemurah, akan segera membantu orang lain yang memerlukan dengan rezeki yang dimiliki.

3.  Rasulullah SAW tidak suka harta yang dimiliki berada lebih dari tiga hari di sisinya melainkan akan digunakan untuk membayar hutang dan lebihan darinya akan  dibelanjakan di jalankan Allah seperti sedekah kepada yang memerlukan.

4.  Kewajipan orang yang memiliki harta adalah memberi keutamaan untuk menjelaskan hutang yang ada. Rasulullah SAW memberikan peringatan keras kepada orang yang enggan menjelaskan hutang:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan" (HR Tirmizi No: 999) Status: Hadis Sahih

Berusahalah menggunakan harta yang dimiliki dijalan Allah seperti derma, sedekah dan lain-lain. Bagi orang yang berhutang, menjadi kewajipan untk menjelaskannya.

Jadi jelaslah.. Harta yang ada untuk jelaskan hutang lebih utama... Sebab tu kalau kita mati.. Harta yang ada akan dibayar hutang dahulu... Lepas selesai hutang barulah akan diagihkan kepada waris sama ada mengikut wasiat ataupun faraid.

Tapi zaman sekarang terbalik.. Kumpul harta dengan hutang... Mati pun dalam hutang. Nak nampak kaya tapi sebenarnya dengan hutang. Biarlah tak kaya dan banyak harta asalkan tak banyak hutang... Takde hutang, tidur pun lena dan hidup pun tenang.

0تعليقات