GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Deko Rak Buku di Ruang Tamu Guna Bahan Terpakai

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Deko Rak Buku di Ruang Tamu Guna Bahan Terpakai | Projek cuti sekolah baru-baru ni...

Setelah puas 24jam jenjalan melihat keindahan alam, mula fikirkan aktiviti apa nak diisi... Hari Cuti Umum Deepavali tak sesuai nak bawa anak jenjalan sebab pasti sana sini ramai orang. Jadi, gunakan peluang yang ada untuk rehatkan diri.

Tapi dah memang dasar tak reti nak dok saja. Pastinya ada saja idea suami isteri ni nak buat sesuatu...

Pernah saja berikan idea untuk ubah suasana ruang tamu tu... Sebabnya asyik tengok rak buku dan kabinet TV tu berhabuk aje.. Nampak kusam dan suram kawasan tu... Jadi, lontarkan idea ubahkan rak tu jadi dua rak yang berasingan.

Tak sangka suami setuju dengan idea tu... Maka bermulalah kami laki bini mendeko rak buku dan TV.

Dengan menggunakan rak buku tu, kami buka dan ceraikan rak tu... Ambil beberapa keping... Ukur dan potong untuk jadikan rak buku di sudut ruang tamu.

Sebelum... Rak buku 16 kiub sebelum diubah suai

Selepas diubahsuai.... Rak buku tepi dinding dan rak TV yang siap dibina hanya guna rak kayu 16 kiub tadi


Baki kayu yang ada, Deko pula untuk bahagian laci TV, jadikan tempat letak dekoder Njoi dan DVD Player. TV terus dipasangkan di dinding untuk nampak lebih kemas.

Lepas solat Zuhur kami mula hingga ke Isyak baru siap... Sambil selang seli layan anak-anak... 10 tahun tak pegang gergaji, seronok dapat pegang gergaji dan buat kerja pertukangan ni... Bila laki bini ada minat yang sama memang menjadi aje...

Alhamdulillah... Puas hati tengok.. Bagi yang lagi kemas boleh letak wallpaper... Tapi suami kurang minat... Dia minat kalau cat je terus.. Wallpaper kena tampal kan.. Letih juga nak buat...

Apa pun ni pun dah cukup puas hati... Ruang tamu jadi lebih lapang dan lebih senang nak mop... Dan minimakan habuk juga... Kalau ada pun kena bersihkan kawasan rak buku tu aje.

Selain tu, rak buku yang terbuka camtu lebih memberi inspirasi dan semangat nak membaca... Buku kat rumah memang banyak buku agama dan ilmiah sebab MF memang suka buku camtu dari dulu.. Novel dan majalah kat kampung banyaklah... Ni pun dah lama tak beli buku... Buku untuk anak-anak aje lah yang ada pun.

Kami minat style rumah orang Jepun yang kurang perabot... Senang anak nak main dan kita pun tak penat nak mengemas.

Tahun depan tinggal nak cat dinding je la.. Dalam perancangan warna yang cerah dan terang untuk menampakkan ruang yang lebih luas dan lapang.

Puas hati Deko sendiri... Seronok tengok hasilnya... Alhamdulillah... 

4تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ