GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Kesan Bahaya Akibat Penggunaan Korset Yang Ramai Wanita Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Kesan Bahaya Akibat Penggunaan Korset Yang Ramai Wanita Tak Tahu | Pernah pakai korset? Korset ni pakaian dalam yang ketat dan sendat yang biasa dipakai oleh wanita untuk mendapatkan tubuh badan yang ramping serta membakar lemak. Penggunaan korset zaman sekarang memang popular... Kononnya untuk mendapatkan tubuh badan ideal dengan cepat dan mudah.

Ada juga sesetengah korset itu, kononnya dapat menyembuhkan penyakit wanita seperti mengecilkan cyst, fabroid dan sebagainya. Katanya kerana kesan dari infra red dan teknologi perubatan canggih pada korset tersebut. Tapi malangnya, sehingga ke hari ini, tiada kajian perubatan yang mengesahkan mana-mana korset dapat menyembuhkan penyakit bahkan mampu mengundang penyakit lain dalam jangka masa akan datang jika pemakai korset berterusan menggunakannya setiap hari.

7 Kesan Bahaya Akibat Penggunaan Korset

7 Kesan Bahaya Akibat Penggunaan Korset

1. Risiko Masalah Penafasan

Meningkatkan risiko mengalami masalah pernafasan kerana penggunaanya turut mempengaruhi keupayaan diaphragm(otot yang membantu dalam pernafasan) untuk berfungsi.

2. Meningkatkan risiko penyakit berjangkit tuberculosis.


TB (Tuberkulosis) ataupun batuk kering adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini sering menyerang bahagian paru-paru, tetapi kadang-kala ia juga boleh menyerang bahagian otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, kelenjar adrenal dan bahagian usus manusia.


3. Mengganggu proses penghadaman makanan(dyspepsia)

Mengganggu proses penghadaman makanan(dyspepsia) kerana mampu menghalang perut(stomach) daripada menampung makanan dengan banyak. Sekaligus membuatkan mereka yang memakainya cepat rasa kenyang.


4. Risiko masalah sembelit dan usus tersumbat

Sembelit dan usus tersumbat kerana sesetengah jenis makanan memerlukan masa yang berbeza untuk dicernakan(intestinal motility).


5. Menyebabkan masalah tekanan terhadap salur darah

Menyebabkan masalah tekanan terhadap salur darah (Inferior Vena Cava) yang mampu mempengaruhi jumlah darah yang kembali semula ke jantung daripada seluruh badan. Ini akan menyebabkan jantung terpaksa berkerja dengan lebih keras lagi dan mempunyai risiko untuk tidak mempunyai jumlah yang memuaskan untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh badan.


6. Menyebabkan otot atrophy(mengecil) 

Penggunaan corset pada jangkamasa yang panjang turut boleh menyebabkan otot atrophy(mengecil) dan menyebabkan sakit belakang kerana mampu mempengaruhi proses degeneration(penghakisan) vertebra tulang belakang(facet joints).


7. Tidak menyembuhkan penyakit tulang belakang

Tiada bukti perubatan melainkan ia hanyalah sebagai sokongan(adjunct) dalam kes masalah tulang belakang menggunakan ‘support corset’. Apetah lagi nak menyembuhkan penyakit-penyakit yang melibatkan tulang belakang dengan menggunakan corset.

Sumber: Root of Science

Jadi, sebenarnya penjual korset menggunakan idea-idea perubatan untuk melariskan jualan mereka dengan mengatakan korset sebagai agen untuk mengubat penyakit adalah tidak benar. Tiada kajian perubatan pun..

MF tak pernah pakai korset, apatah lagi bengkung... setakat pakai korset kat pinggang macam korset sajat jual tu adalah... Tapi bukan korset sajat... Tak mampu dik non... MF beli yang murah je kat Shopee Malaysia... Harga pun belasan ringgit je... Pakai bila rasa nak pakai.. hehe...

Apa pun, amalan berpantang selepas melahirkan anak tu adalah cara berkesan untuk menurunkan berat dan juga mengelakkan perut buncit... Jangan terlalu mengharap boleh kurus, ramping jika tak amalkan pantang larang. Paling kena pantang nak kurus dan ramping ialah elakkan minuman berais... Ada berani??? hehe...

1تعليقات

  1. AS dalam pantang pun tak mampu nak berbengkung lelama, sebab kepala cepat jadi pening-pening.
    Tak cukup oksigen la gamaknya kan?

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ