GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

13 Tips Mudah Didik Anak Solat Tanpa Paksaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

13 Tips Mudah Didik Anak Solat Tanpa Paksaan | Tahu tak, majoriti masyarakat Islam kita sekarang hanya Islam pada nama tapi tidak melakukan perintah Allah yang utama iaitu solat. 

Bila yang dewasa tak solat, apatah lagi anak-anak... Tapi ada juga ibu bapa solat tapi anak tak nak solat. 

Bila semakin dewasa semakin liat anak nak solat jika tak dipraktikkan sejak kecil. Seawal usia dua tiga tahun dan boleh didik anak solat... 

Sebelum usia 7 tahun didik lah anak solat... Jangan disuruh atau dipaksa kerana itu proses mereka belajar... 

13 Tips Mudah Didik Anak Solat Tanpa Paksaan

13 Tips Mudah Didik Anak Solat Tanpa Paksaan 


Tips Mudah ni jika kita lazimi dan istiqamah... Insha Allah... Anak mudah amalkan solat dalam kehidupan... 

1. Solat Depan Anak

Jangan dihalang anak nak tengok mak bapak nye solat... Biarkan dia tengok... Memula memang kacau.. Tapi itu semua proses belajar... Biarkan dia tengok... Sebab anak-anak ini bila besar akan meniru perbuatan ibu bapa nya.. 

2. Ajak Anak Solat Bersama

Ajak Anak Solat Bersama... Tak perlu suruh.. Panggil dan solat berjemaah sekali.. Sekali pun 3 4 tahun usianya... Tapi anak ni akan excited kalau mak bapak nye ajak solat... 

3. Minta Anak Laungkan Iqamah

Bagi anak lelaki... Minta Laungkan Iqamah sebelum solat... Ni boleh dipraktikkan bagi anak yang besar sikit... Bagi anak yang masih kecil, kita Laungkan Iqamah dan minta Anak dengar dan jangan buat bising. 

4. Baca Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas.

Baca Bacaan kuat sikit walaupun kita solat sendiri... Bapa selalu kena praktis cam ni... Bila anak terbiasa dengar... Dia akan faham... Ini tanda bapanya ajak jemaah bersama... Bagi anak kecil pula.. Lama-lama dia akan ikut bacaan tu... 

5. Salam dan Peluk Lepas Solat

Lepas Solat peluk dan salam anak-anak... Minta maaf dan berikan nasihat yang baik-baik tapi ringkas menusuk qalbu... 

6. Beri Pujian Setiap Amalan Yang Positif 

Jika anak ikut kita solat, berikan pujian dan galakan supaya dia buat dan ikut lagi kita solat di lain waktu tanpa kita suruh atau ajak. 

7. Ajar Wuduk

Memula ajar anak wuduk memang kena sabar.. Sebab dia pasti akan main air dan baju confirm basah... Tapi itulah belajar namanya.. Jangan marah... Biarkan... Lama-lama dia akan tahu nak control tak nak basahkan baju ketika berwuduk. 

8. Tazkirah dan Nasihat Ringkas Lepas Solat

Berilah apa sahaja nasihat atau cerita teladan yang ringkas lepas solat... Ajar mengaji dua tiga muka surat.... Masa 5 minit yang diluangkan itu lebih berharga jika diselit dengan majlis taklim dalam keluarga. 

9. Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan

Bila tengok TV, ada waktu azan biarkan anak dengar hingga habis dan ajar anak berdoa selepas azan... 

10. Bawa ke Masjid

Jika anak lelaki, memang wajar lazimi ke masjid.. Sehari 1 waktu pun jadilah... Tapi jangan lupa ajarkan anak adab di masjid supaya tak mengganggu jemaah yang lain. 

11. Tegur Kesilapan Dengan Hikmah

Tegur dengan baik dan lemah lembut... Anak ni kadang kalau kita marah dengan nada yang kuat tak meresap di jiwa... Tapi kalau guna nada yang lembut dan penuh hikmah meresap terus ke jiwa... Ibarat kata Ustaz Kazim... Tegur dengan suara bass.... 


12. Belikan Telekung dan Kopiah yang Cantik. 

Melabur lah sikit... Kalau anak perempuan, belikan telekung ikut warna kegemaran dia... Kalau anak lelaki... Belikan kopiah dan sejadah yang khas untuk Kanak-kanak... Ini untuk berikan semangat untuk dia terus solat tanpa paksaan... 

13. Doa

Apa sahaja usaha kita, wajiblah disertai dengan doa.. Amalkan doa Nabi Ibrahim... Untuk didik anak yang mudah solat dan lazimi solat... Antara doa yang boleh diamalkan untuk didik anak lazimi solat:

(رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ(40

( رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ (41

Maksudnya: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'aku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab." (Surah Ibrahim : 40-41)


Moga kita dapat buat semua tips diatas dengan penuh istiqamah.. tiada Istilah anak kecil lagi... dari kecillah kena ajar... Bila dia dewasa, dia dah biasa solat... melentur buluh biar dari rebungnya.. 

1تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ