GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

YANG SUDAH 60 TAHUN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

YANG SUDAH 60 TAHUN

YANG SUDAH 60 TAHUN

Firman Allah swt: "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat bagi sesiapa yang mahu beringat" (Fathir 37)

Dapat difahamkn maksud ayat ini "..Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat.." dari sabda Nabi saw: "Allah tidak lagi memberi keuzuran kepada sesiapa yang dipanjangkn ajal sehingga umur 60 tahun" (Bukhari)

Ibn Abbas menafsirkan ayat yg tersebut yang bertepatan dengan hadits ini: "Umur yang Allah tidak lagi menerima alasan bagi anak Adam dalam firmanNya ini ialah 60 tahun"

Al-khattabi berkata: "Maknanya orang yang Allah panjangkn umur sehingga 60 tahun, tidak diterima lagi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 60 tahun merupakan umur yang dekat dengan kematian, umur kembali bertaubat, khusyuk dan bersiap-siap bertemu Allah" (Tafsir al-Qurthubi)

Bagaimana manusia berumur 60 tahun masih lalai? Nabi saw mengkhabarkan: "Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan-angan" (Bukhari)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yg telah mencapai umur 60 tahun Maka nasihat Fudhail kepadanya: "Bermakna sudah 60 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai...Buat yang terbaik dalam umur berbaki, lalu akan diampunkan dosa umur yang lalu, Tetapi jika buat tidak elok pada umur yang berbaki, kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yang berbaki sekali gus!"

Maka para ilmuan menasihati bagaimana menjalani umur yang dah mencecah 60 tahun:

Jangan banyak bergurau dan terjebak dalam perkara yang tidak ada manfaat untuk akhirat.
Jauhi mengumpat dan perkara yang sia-sia..

Jangan melampau dalam berhias, bersolek dan berpakaian Islami.
Bergaya ikut usia, jangan terlalu mengikut fesyen... terutamanya bagi wanita bekerja... Maklumlah kerja sekarang.. umur 60 baru pencen kan...

Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal.
Pilih kawan yang Soleh yang mampu bimbing ke jalan akhirat.

Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat.
Waktu sebegini jika ada duit lebih buat haji jika tak buat lagi dan tunaikan umrah dan melancong ke bumi Anbiya'.

Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian.
Jangan fikirkan sangat soal Anak-anak... Anak-anak pula jangan runsingkan fikiran orang tua ... Pandai-pandai lah aturkan kehidupan sendiri...

Banyakkan berdoa mengharapkn keredhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su'ul khatimah.


Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada pagi dan petang.
Banyakkan zikir dan amalan sunat... Praktikkan sebelum umur 60, bila dah terbiasa.. InshaAllah lebih mudah nak amal.

Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya.
Hadir ke kuliah agama di masjid atau surau...serta belek kitab agama untuk lebih amal dan pengetahuan.

Siapkan wasiat dan rancang pembahagian harta.
Supaya tidak berlaku perebutan harta antara Anak-anak.

Kerapkan menghubung silaturahim bagi menggantikan kerenggangan sebelum ini.


Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.


Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yang boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati. Seperti waqaf dan sedekah yang berterusan.

Maafkan kesalahan orang kepada diri kita, walau bagaimana teruk kesalahan itu. Berlapang dada untuk maafkan orang lain dan buang dendam untuk hidup tenang sebelum ajal.

Bereskan segala hutang yang sedia ada dan jangan buat hutang yang baru walaupun untuk menolong orang lain. Supaya mudah urusan mati kita.

Semoga manfaat untuk  semua sahabat-sahabat termasuk yang belum lagi 60 tahun..

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik dan diolah daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

0تعليقات