GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Fakta Penting Anda Patut Tahu Bila Cas Telefon Bimbit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Fakta Penting Anda Patut Tahu Bila Cas Telefon Bimbit | Bila berlaku kes kemalangan atau kecelakaan melibatkan telefon bimbit...Mula la masing-masing buat "fatwa" masing-masing... Jangan itulah, jangan inilah... Kadang rasa.. alahai.. susahnya nak cas telefon pun kan... 

Tapi sebenarnya segala petua, pantang larang dan mitos tentang cas telefon bimbit tak lah 100% betul pun sebenarnya... Kalau kita tau fakta sebenar... Mudah aje nak cas dan jaga bateri telefon... 

5 Fakta Penting Anda Patut Tahu Bila Cas Telefon Bimbit


Jadi, MF nak kongsikan 5 Fakta penting tentang cas telefon bimbit.

1.    Mitos: Menggunakan alat pengecas daripada jenama lain akan merosakkan bateri.


Fakta: Pengecas telefon bimbit daripada jenama lain adalah baik selagi ia bukanlah produk tiruan.


Ramai yang kata , jangan campur-campur wayar cas telefon bimbit apatah lagi kongsi-kongsi... Nanti mudah rosak baterinya.... Sebenarnya itu hanya mitos sebab alat pengecas daripada jenama lain juga sama mempunyai fungsi yang sama.

Prestasi yang ditunjukkan mungkin tidak optimum sebab bergantung kepada wayar cas ada yang cepat dan ada yang lambat... macam MF pernah beli wayar cas mudah gulung warna warni yang murah ... Boleh cas tapi lambat nak penuh... tetapi tidak sampai mengakibatkan bateri telefon rosak.


2.    Mitos: Cas telefon sewaktu tidur malam sehingga pagi akan memberi kesan pada bateri.



 Fakta: Bateri telefon bimbit akan berhenti mengecas setelah penuh.


Mesti korang selalu dengar cakap-cakap orang tentang tidak bagus untuk mengecas telefon bimbit sewaktu nak masuk tidur.

Yang jelas, apabila ia sudah mencapai caj maksimum, ia akan berhenti dengan sendirinya. Ini bermakna, telefon bimbit tidak akan dicas sepanjang waktu malam tersebut. Kita pun percaya dengan mitos ni...Termasuk MF sendiri... Haha... Tapi sebenarnya telefon canggih kan tak kan lah bab cas tak dicanggihkan juga kan.. jadi semestinya lah dia akan stop cas bila penuh... Sebab tu kat phone dan sesetengah wayar cas ada lampu... Bila penuh bertukar warna.. maknanya dah penuh dan dia stop mengecas.



3.    Mitos: Dilarang menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.


Fakta: Guna telefon bimbit sewaktu dicas adalah tidak mengapa selagi alat pengecas yang diguna itu adalah original.


Terdapat kebimbangan oleh pengguna telefon bimbang tentang situasi ini. Ada yang mengatakan nanti terkena kejutan elektrik jika menggunakannya semasa di caj. Terdapat insiden yang benar-benar berlaku di mana telefon tersebut meletup.

Walau bagaimanapun, dalam semua kes yang dilaporkan, pengguna telah mengecas telefon bimbit mereka dengan pengecas tiruan. Jika kita cas menggunakan telefon bimbit daripada pengilang yang diluluskan, maka tiada risiko telefon akan meletup. Jadi, gunalah wayar cas yang original...


4.    Mitos: Jangan pernah matikan telefon bimbit.

 Fakta: Mematikan telefon bimbit dapat membantu bateri tahan lebih lama.


Menurut seorang pakar jenama Apple, mematikan telefon bimbit dari semasa ke semasa dapat memaksimumkan jangka hayat bateri.

 Jika kamu pengguna tegar telefon bimbit, dinasihatkan agar mematikan telefon pada waktu malam untuk memastikan bateri telefon bimbit sentiasa dalam keadaan yang baik. Tapi malam guna juga phone sebab set buat alarm... Bila Masa nak matikannya ya... Hehe...


5.    Mitos: Cas telefon bimbit pada waktu ia benar-benar ‘low’.


Fakta: Cas berkala adalah lebih baik


Kenyataan mengecas telefon bimbit  pada masa benar-benar kritikal adalah tidak benar sama sekali kerana pada waktu itu, bateri menjadi agak tidak stabil. Lebih baik cas telefon dalam kadar berkala.

Berkala ni maknanya... Bila level bateri 30% baru cas... Dan konsisten dengan tahap itu... 

FAKTA TAMBAHAN– Keadaan panas dapat merosakkan bateri telefon bimbit.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemanasan mampu untuk merosakkan bateri telefon bimbit. Jadi, jika meletakkannya di tempat yang panas, kemungkinan bateri tersebut akan rosak.

Begitu juga jika suhu terlalu sejuk turut memberi kesan kepada bateri. Bateri akan lebih cepat mati dalam keadaan suhu yang rendah. Owh... Patut la... Bila malam yang sejuk bateri lagi cepat habis... Sama juga smartphone yang masuk air... Jangan terus cas, sebab phone yang masuk air automatik phone akan off sendiri... Jadi, buka dan keringkan dulu.. dah betul kering baru cas dan on semula... 

Banyak rupanya kita tak tau pasal smartphone.... Tau guna je kan... Tapi bila tau fakta macam ni lebih senang nak jaga gadjet yang ada supaya tahan lama... 


Olahan dari sumber rujukan: Majalah REMAJA

5Ulasan

  1. byknya mitos yg selama ni main percaya je huhu

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing this facts kak! Kebetulan pulak phone battery fae tgl 30% plus so soon blh cas dah ne hehe. So now fae tak perlu worry pasal overcharging kalo caj phone time tido hehe.

    BalasPadam
  3. Ada banyak mitos kan. Amy pun ada terfikir jugak, punyalah canggih tipun sekarang tapi kalau tu tak boleh ni tak boleh tak delah canggih namanya kan :)

    BalasPadam
  4. Selalu kena marah guna phone masa caj hehehehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ